Tuesday, July 7, 2015

Air Paip Pak Hamid Janda

Madu tualang power! Click here


Pak Hamid dah arwah pun. Aku tak tahu bila dia jadi arwah kerana lama aku meninggalkan kampung.

Pak Hamid seorang duda, tapi amat menghairankan kenapa orang kampung menggelar beliau 'Janda'? Kah kah kah! Aku pun tak tahulah asal-usul kejadiannya.

Rumah Pak Hamid terletak dalam kebun getah di atas bukit dan ngam-ngam betul bertentangan dengan rumah makcik aku yg terletak di seberang jalanraya. 

Ramadhan akan mengingatkan aku kepada Pak Hamid, sepertimana aku akan bernostalgia tentang sekolah lama, rumah-rumah bujang aku, bazaar Ramadhan Pantai Dalam KL, roti john, air soya, milo ais Kedai Slow, flat taik dan banyaklah lagi.

Masa kecik2 dulu, aku menapak ke sekolah. Mak bapak aku bukan berduit nak belikan basikal BMX macam yg kau naik tu. Kahkahkah! 

Bulan puasa ke, bulan tak puasa ke, aku tetap akan menapak ke sekolah. Jangan harap bapak aku nak hantarkan. Lagi pun sekolah bukan jauh sangat dan ramai lagi budak-budak yg senasib dgn aku.

Bulan puasalah paling mencabar, sebab kami akan melalui rumah Pak Hamid. Bukan sebab Pak Hamid bela anjing atau itik angsa, tapi di luar rumah Pak Hamid ada sebuah bilik air dan kompomlah dalam bilik air ada paip air! 

Paip air! Kah kah kah kah kah!!!

Dol,

kau bayangkanlah betapa sejuknya air paip di atas bukit di dalam kebun getah yg sentiasa redup. Kah kah kah kah!!!

Jantung aku akan berdegup kencang apabila melalui paip berhantu itu, bukan sekali, malah berpuluh kali aku tewas.Kah kah ka hkah kah!!!

Upacara menogok air paip rumah Pak Hamid biasanya akan dimulakan dengan meredah semak mencari 'buah lemba'.

Buah lemba inilah yg akan menambah perisa manis air paip sejuk itu yg bakal melalui tekak aku. Kah kah kah kah!!!

Bukan aku sorang, ramai lagilah dari darjah satu sampai la ke budak darjah enam. Mudah2an banyaklah pahala buat Pak Hamid yg berbakti kepada kami budak-budak sekolah yg pokai nak beli air sirap di kantin sekolah pun tak berduit.

Tapi Dol,

jangan tak tau, orang kampung yg tua bangka nak mampus pemalas nak puasa itu pun kat situ jugaklah menogok air paip.

Kah kah kah!

sapa-sapa baca artikel ni kena sedekah Fatihah sekali kpd Pak Hamid. Kalau tak sedekah, aku sumpah telor kau berat sebelah. Kah kah kah kah!

Al-fatihah.

11 comments:

  1. Kahkahkah.aje gampang libang libu.. Aku igt cter janda apa td semamgat je aku bace.kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Kah..kah..kaaah....syok layan baca sebelum berbuka

    ReplyDelete
  3. bila aku baca hang kata cari buah lemba memang bila makan buah tu tak rasa pa,tapi bila 'makan' ngan ayaq sejuk dia rasa maniaih.la ni tak dak dah pasai dah da hutan batu.

    ReplyDelete
  4. djanggo pulut hitamJuly 8, 2015 at 8:33 AM

    kesian kat telor dah lah tak boleh masuk,ko sumpah pulak jadi berat sebelah...cerodik buah pelior....macam yang ade ade tu

    ReplyDelete
  5. Yop oiiii
    X abih2 nk nyakat org..tajuk nye rope gampang..kahkahkah..Kalo janda mcm rosmah miker amik lerr..teman x sior..kahkahkah

    ReplyDelete
  6. Jande mude ade bende yop

    ReplyDelete
  7. Daun pokok lemba ni macam daun pinang.

    ReplyDelete
  8. Kurang pahale pose mbace nye.br nk naik syahwat tp bulan posa xblh lebih2.kahkahkah

    ReplyDelete
  9. hehehe...pengakuan berani lubanglibu... ingatkan kami kat pahang aje yg tahu buah lemba ni... bebudak sekarang bukan tahu pokok ni... syabas yop.. bernostagia kita di bulan mulia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak takut?
      Apa nak malu?

      Dah aku anak kampung. Kahkahkahkah!

      Delete
  10. Nostagia dulu2 semua budak kampung memang macam tu. Nakal budak dulu tak macam sekarang dah besar jadi org berguna & ada jati diri. Budak sekarang nakal merosakkan diri & harta benda. Kita kena didik generasi sekarang supaya jadi insan berguna & bertakwa, insyaAllah.

    Abuamir

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.