Wednesday, June 17, 2015

Pesanan Khidmat Masyarakat: Koreklah Hidung Kamu!

Madu tualang power! Click here

Para pembaca budiman,

ingin kami maklumkan di sepanjang bulan Ramadhan yg bakal menjelang ini, blog Libang Libu akan kurang aktifnya.

Ini adalah disebabkan 3 perkara;

1. Blogger Libang Libu dah dapat anak sorang lagi. Nombor 3 daaaa.... kah kah kah! Letih main taik budak!
2. Kami nak buat kuih raya besar-besaran, utk eksport ke Mongolia.
3. Kami nak bercuti mengata org HAMNO dan wala'on-wala'on PAS, bagi dia chan sikit la bulan pose ni. Kan? Lepas bulan pose kita sambung balik. Kah kah kah!


Pesanan Khidmat Masyarakat ini bertajuk, Trim dan Cabutlah!

Trimlah dan cabutlah. Sementara kamu sempat. Sementara kamu masih lagi berada dalam bulan Syaaban.

Kerana disepanjang bulan Ramadhan kamu tidak lagi dibolehkan bermain-main dgn lubang hidung kamu disiang hari. Lagi pun dimalam hari kamu akan bertarawikh manakala disiang hari pula kamu akan membuta sampai berbuih-buih. Ketahuilah bahawa nikmat mengorek hidung dan mencabut bulu hidung di siang hari amat jauh berbeza dgn di malam hari.

Cabut dan trimlah supaya lubang hidung kamu kemas dan rapi. Adalah amat selekeh dan memalukan sekiranya ada bulu hidung yg panjang terjulur-julur dan taik hidung keras berjuntaian di bulu hidung. Jangan jadikan alasan larangan mengorek hidung itu menyebabkan hidung kamu berserabai. Malu la sikit kat Benggali.

Kahkahkahkah!!! 



Mengorek lubang hidung itu juga termasuk dalam 7 nikmat dunia, kahkahkahkah!

Tapi awas, kamu tidak lagi dibolehkan disepanjang bulan Ramadhan di siang harinya mengorek lubang hidung sambil memandu, sambil menonton t.v atau sambil mengetik keyboard notebook. Korek puas-puas waktu malam.

Juga jangan lupa, sediakan sebotol dua air mineral di dalam kereta sebagai persediaan untuk berbuka puasa di dalam kereta sekiranya terperangkap di dalam kesesakan lalu-lintas. Jangan pulak hingga terpaksa korek hidung sebagai isyarat berbuka puasa.

kah kahkah kah!!!

Lubang hidung yg bersih pastinya menjamin jejari yg bersih, sekiranya terodok juga lubang hidung secara tidak sengaja. Mana tau, lupa dan korek-korek idung kemudian lupa basuh tangan kemudian picit-picit buah kurma. Kah kah ka hkah!!!.

Tangisilah dan raikanlah, mudah-mudahan Ramadhan kali ini selamat tiba dan kita masih bernyawa.

Dol & Dolly,

Ramadhan tahun depan kita belum tentu masih ada nyawa.

Selamat berpuasa para pembaca, muslimin dan muslimat!

4 comments:

  1. Bhai LL..

    Macam gampang punya statement.... Hahaha

    ReplyDelete
  2. Phuiii.....Buat anak aje koje nye...korek idung sambil buat anak lg nikmat tu...hahahaha....jgnla stop wahai blog libang libu.... Nukilan mu amat bernas..selalu tertunggu2 update blog ni...la ni apa nk tunggu.nk korek idung pun xblh.kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbini ni serupa duduk dekat mesin ATM.

      Cucuk-cucuk keluar hasil. Kah kah kah kah!!!

      Delete
  3. U memang championnn...sila nyanyi ala ala chiken lil tuu...blog u memang lawak sadis n tepat kena btg idung geng wala,geng ameno,geng sb cakau rimau,siku lutut,geng zuhudi ejen ameno,geng bankrap negara etc...teruskkn berblog walaupun la ni kena jd bidan n bibik jaga anak bini...tahniah bro!

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.