Monday, May 18, 2015

Petua Ustaz Ahmad Awang Bertenaga & Awet Muda

Madu tualang power! Click here

Ustaz Ahmad Awang orang bendang.

Orang bendang kehidupannya mereka lebih beruntung dari orang ke laut. Orang ke laut lebih sengsara derita melawan ombak.

Orang bendang kerjanya menghasilkan makanan asas utk kita semua. Pagi ke bendang, petang ke bendang dan malam ke surau mengaji agama atau berehat bermain2 dgn anak, seterusnya main pulak dengan bini. Kah kah kah!!! 

Tambahan lagi setelah selesai menuai, sementara menunggu musim baru, pesawah biasanya tidak membuang masa lalu memeriahkan masjid surau kampung.

Di sinilah, di perbendangan inilah, kalau tak tahu, lahirnya ramai ulamak-ulamak terkemuka. Lahir dari kawasan padi. Kawasan hijau. Penuh dengan madrasah dan pondok-pondok pengajian agama.

Kawasan-kawasan seumpama inilah yg banyak menyerabutkan Mahafiraun & HAMNO. Kawasan yg byk alim ulamak yg keras liat tak boleh dibeli dgn not RM50-00 & pelikat cap Mangga.

Peliknya sekarang ini, ada jugak orang PAS sendiri yg serabut dgn Gunung Semanggol. Kah kah kah kah!!!


Wooi! Ahmad Awang itu orang Perak lah!

Dia makan padi tanam sendiri. Dia makan nasi dengan deroyan. Nak kasi syiok lagi, tambah tempoyak.

Tak ada ikang pun takpe, semua boleh jalang. Tak ada ikang pung semua boleh telang! Kah kah ka hkah!!!

Itu sebab, makin tua makin sihat bertenaga macam orang muda. Tak payah keluar masuk rumah sakit. Tak payah pil-pil kuda. Ooooops!!!!

Kah kah kah kah!!! Apa punya barua. Ooooops!!! Kah ka hkah!!!

12 comments:

  1. lagi tua lagi menjadi.................
    hidup ustaz ahmad awang.................

    ReplyDelete
  2. Pejuangan mulia Ustaz Ahmad Awang
    semuga berjaya
    lawan tetap lawan

    ReplyDelete
  3. Haku sokom! Kah kah kah

    ReplyDelete
  4. U tak tau lg ke... Lagi tua lagi banyak santan dan lagi berisi .. Bukan muda... Gagah tapi makan pil kudaaaaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah...kah....kah.....

      Delete
  5. bukan tua atau muda tp sihat atau tidak! brp ramai org muda skrg yg tak sihat

    ReplyDelete
  6. Usia, sihat, tenang dan masih bernafas adalah rahmat Allah.

    ReplyDelete
  7. Assalam... sy bkn pro AHA atau UG tapi perumpamaan seolah2 semua nelayan jahil & malas mengaji... seolah2 semua pesawah alim ulama. Bahkan menghina rezeki yg dicari dan dikurniakan Allah swt. Menghina sedara2 yg kerjanya sebagai nelayan. Tahukah tuan betapa susahnya hidup mereka??? Nyawa ditengah ombak yg boleh ditelan dengan sekelip mata semata2 utk mencari rezeki Allah. Hebatnya manusia bkn pada asal usul, keturunan, darjat, harta atau ilmu tetapi pada TAQWA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit pun tidak berniat memandang rendah golongan nelayan.

      Cumanya, saya rasakan pesawah lebih beruntung. Itu saja.

      Lagi pun, kalau diperhatikan, gejala sosial lebih senang merebak didalam masyarakat nelayan & Felda dari masyarakat pesawah.

      Mungkin saya betul atau mungkin salah.

      Delete
    2. Sdr Salahuddin, dlm tulisan ini tidak ada satu pun mesej yg menyatakan kerja nelayan itu pekerjaan yg rendah martabatnya. Apa yg disampaikan adalah sebagai pesawah, masa petani adalah amat banyak di daratan dan sentiasa lebih dekat dgn masyarakat. Melainkan nelayan pantai, nelayan laut dalam menghabiskan masa beberapa hari di laut setiap kali keluar menangkap ikan. Ia bukan pula menuduh nelayan jahil dan malas mengaji, sila fahami.

      Delete
  8. Walau UAA tua, dia sihat bugar berbanding dgn yg lebih mudah itu. Dia tidak ada penyakit jantung, keluo masuk sepital.Dia ligat kesana kemari aktif berdakwah.Dia tidak pernah mahu jd presiden parti sebelum ini dan mengundurkan diri aktif di barisan utama parti ketika PAS Perak berjaya meletakan DS Nizar sebagai MB Perak.Dia tidak oportunis atau mengambil kesempatan ketika PAS Perak berada di ambang kejayaan menerajui Perak.Tetapi kali ini dia muncul semula utk mencabar Hj Hadi kerana keranan mahu menyelamatkan PAS yg kini semakin berserabut dgn masalah dalaman yg tidak mampu ditangani oleh Hj Hadi kerana sikapnya yg berpihak dan tidak berkecuali. Sokong UAA untuk reform PAS ke landasan perjuangan asalnya.! UAA 4presiden!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadi berserabut sebab pilkuda ka?
      kah...kah...kah...

      Delete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.