Sunday, May 31, 2015

Kayanya Negara Kita

Madu tualang power! Click here


Betullah tu, negara kita ini dahulu kala diberi jolokkan 'Swarnabhumi'.

Bumi yg penuh emas. Bukan emas berjongkong-jongkong, bergunung-ganang, tapi maksudnya penuh hasil masyhul.

Dijajah, dijarah bangsa asing, kemudian dipunggah dan dijual timbang kati oleh bangsa sendiri, namun kita masih cukup makan.

Kita belum lagi jadi Greece, Portugal, Sepanyol, Amerika Syarikat kerana kita masih lagi punya hasil bumi. Petrol, sawit dan air hujan yg melimpah ruah sepanjang tahun yg mana kita mampu jual murah gila babi kepada Singapura dgn hanya 3 sen utk 1000 gelen.

Dol, 
Kah kah kah kah 3 sen seribu gelen! Kita boleh bermurah hati dan juga boleh membazir-bazir.

Kecelakaan kewangan diatas bukan disebabkan Belanda atau Portugis masuk melanun, tapi ianya dilanun bangsa sendiri.

Ala, suku Bugis pun kalau dah beranak disini, dah kira org Melayu la, kan?
Suku dari Kerala pun kalau dah puluhan tahun menetap, dapat PR kemudian jadi warganegara. Walaupun bila jumpa geng, dia bedal cakap Tamil, tapi dia dah kira jadi Melayu la kan?

Kah kah kah kah!


Saturday, May 30, 2015

Mari Kita Tonggang-langgangkan Ayat Haji Hadi

Madu tualang power! Click here




Menurut Hadi, calon yang bertanding dalam muktamar kali ini terbahagi kepada yang ingin mengikut telunjuk DAP  HAMNO atau sebaliknya, dan kedua-dua kumpulan mempunyai ulama.

"Cuma satunya yang DAP hendak HAMNO berkenan, satu lagi DAP tak nak... HAMNO dah perit,  pilihlah," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS Stopa Ali ...Oooooops!, Harakahdaily.

Hadi yang juga ahli Parlimen Marang itu berkata, jika ada mana-mana parti lain termasuk DAP HAMNO mempunyai pandangan mengenai PAS dan mahu kehendaknya diikuti, terpulang kepada ahli parti membuat keputusan.

"Terpulang kepada ahli-ahli PAS hendak pilih. Hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP HAMNO,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.


Ada orang kata, "jangan masuk lubang 2 kali"
Kah kah kah kah!!!

Memang betul tu.
Tapi sekarang Pak Lebai dah moden. Serban dah 5 kilo. Jubah dah boleh sapu taik ayam. Kereta makin besor, senang nak berpoligami anak ramai-ramai.
Kah kah kah kah!!!

Dol, 
apa barang masuk lubang dua kali.
Masuk lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. lagi.. lagi. la.!
Kah kah kah kah kah!!!!

Proton Turut Disengat Bahana GST

Madu tualang power! Click here


Kah ka hka hka hka hkah kah!!!

Kot ye pun korang nak buat 1MDB la, GST la, korang jgn kacau Protong. (read at Paultan here) Kah kah kah!
Protong tu lubuk utk aku dan sahabat handai anak beranak aku.
Protong tu hasil ilham mimpi berahi tengah malam sebelum aku terjaga utk bangun kencing.

Kah kah kah kah kah!!!!

Ingat Mahafiraun ambik berat sangat tentang Sirul? Kah kah kah kah! Kalau benar Mahafiraun ini pengasih & penyayang, kenapa tak bukak cerita Sirul dulu-dulu lagi?

Mahafiraun risau sangat tentang 1MDB? Habis segala kenapa bentuk benda Scorpene, cincin, karipap RM5 sebijik, lembu juta-juta dan beranekalah lagi, tak pernah pun Mahafiraun nak berkicau?

Dia pun lagi haru lah, RM100 bilion lesap celah mana?


Tuesday, May 26, 2015

Rambut Sama Hitam, Kopiah Lain-lain

Madu tualang power! Click here


Peraduan cari barang tersembunyi.

1. Kopiah, 
2. Janggut.

Kah kah kah kah!

Harga Petrol Naik Menjelang Puasa?

Madu tualang power! Click here

Kah ka hka hkah kah kah!

Mana mau lari?

Tak mau isi petrol? Anda boleh tuang minyak tanah. Ooooops! Minyak tanah pun mahal sekarang ni Dol..

Harga petrol ni mengikut harga pasaran. Kalau harga pasaran global naik, harga petrol pun naik la.
Kalau harga pasaran global turun, harga petrol pun susah la nak turun. Ooooops! Kah ka hkah kah!

Kah kah hkah kah!

Kayuh sampan la balik kampung. Kalau tak nak kayuh sampan, beraya la dgn Bangla. Kalau tak ada Bangla, Nepal pun ada. Kalau Nepal tak ada, beraya dgn Myanmar. Kah kah kah kah!

Pun begitu, kita berharap ramalan Malaysia Chronicle ini salah dan tersasar sama sekali.




Jepun Pun Nak Tumpang Sekaki 2 Kaki

Madu tualang power! Click here


Kah kah kah kah!
Mintak ampun bebanyak. Kah kah kah kah!

Idak le teman teringin naik keretapinya itu.
Kalau teman teringin bebenor, teman kumpul duit le pergi Jepun. Naik yg di Jepun sana.

Idak teman berani kalau namanya nak dibuat di Malaysia. Kah kah kah kah!!!!

Monday, May 25, 2015

Lagi Cerita Melayu Kaya Raya Tak Hingat!

Madu tualang power! Click here

(Artikel ini dicedok dari blog Yong Suka Kunin)

Beberapa keping gambar peserta kursus MLM Magnet Duit, mencium duit kini viral di Media Sosial. Kursus ini diberitakan dihadiri oleh 100% orang Melayu. Kalau dah Melayu tu tentu Islam, kan?

 Eh? Boleh ke buat kursus macam ini? Tak khurafat ke?

ADA PENGIKUT CIUM TANGAN, YANG INI CIUM DUIT


Dalam keadaan negara yang dilanda berbagai-bagai skandal kewangan, rakyat terus dihimpit masalah bagaimana hendak meneruskan kehidupan yang selesa.

Ada yang sanggup mencuri di masjid, mencuri milik mangsa kemalangan dan kebejatan lain-lain.

Ada yang sanggup menipu, ada yang sanggup ditipu.

Kalau iapun ingin memberi motivasi kepada peserta, gunalah cara yang tidak kontroversi dari segi syarak.

Ada juga yang pertahankan kaedah ini. Ikut suka komerlah.

Siapa yang akhirnya "laughing all the way to the bank?"

Mengkomer jawab le sendiri.

Penyakit Bahaya 'Sindrom Melayu'

Madu tualang power! Click here


Serius dah ni. Kah kah ka kah!!!

Tanggapan bahawa penyakit yg dibawa pendatang cuma yg berasaskan lendir-lendir atas salah sama sekali.

Tak cukup dgn siplis, gonorhea, VD dan bermacam-macam lagi penyakit memalukan, depa bawak kusta pulaaak dah. Kah kah kah kah!

Tapi Dol,

ada lagi satu penyakit merbahaya.

Penyakit nak jadi Melayu.

Peliknya, tak ada pun pendatang ni nak jadi Ah Seng ka atau Rajoo ka. Semua nak jadi Melayu. Kah kah kah!

Semua nak dapat PR.

Semua kalau boleh tak nak balik. Semua nak mati di sini. Kah ka hka hkah kah!!!

Semua nak pandai cakap Melayu, nak jadi Melayu lebih dari Melayu.

Kalau boleh nak masuk siap jadi lembaga Tabung Haji.

Kah kah kah ka hkah kah!!!!


Friday, May 22, 2015

Belanja Mencekik Naik 21%

Madu tualang power! Click here


Dol,

kita masih lagi di awal Sya'ban. Kalau macam inilah gayanya, apa kita nak makan dalam bulan Ramadhan?

Semua naiklah kalau dah kena cukai segala aplanchaw.

Yg tak naik IQ Hasan Malek.

Thursday, May 21, 2015

"Agaknya, rumah kami tanah kubur.."

Madu tualang power! Click here



Sedar tak sedar, banjir itu telah berlalu hampir setengah tahun.

Jgn kita lupa, betapa PM & orang kuatnya Mat Maslan dgn gahnya berbuih-buih mulut mengumumkan sekian juta, sekian ratus juta & sekian puluh juta bantuan akan disalurkan.

Kalau bantuan itu wujud, masakan masih ada anak kecik Melayu masih duduk bawah khemah. Kan?

Persoalannya, mana? Mana 'ta' sana, 'ta' sini, ratus 'ta' situ?

Kerajaan negeri dulu offer berapa bijik 'ta' pulak? Kah kah kah kah!!!


Wednesday, May 20, 2015

Mari Kita Bagi Petrol Sama Pandikar

Madu tualang power! Click here


Demand lagi Pandikar! Mintak lagi Pandikar! Mintak macam-macam. Kah kah kah!

Time ni lah boleh mintak yg bukan-bukan. kah kah kah!

Mintak jamban. Dapat jamban menyanyi macam Jepun punya. Kah kah kah!

Demand. Jgn tak demand. Towkey tengah senak tu. Kah kah kah!

Boleh mintak bulan.
Mintak gunung.
Mintak hutan.
Mintak rimba.
Mintak balak. Kah kah kah kah!

Ini Pandikar Amin Mulia lah. Satu Malaya suda taw! Kah kah kah!

Ini Pandikar dari Sabah.

Bah bah bah bah bah bah!!!
Kah ka hka hkah ka kah kah!!!

Angkara Jamban, Pandikar Susah Hati

Madu tualang power! Click here


Besar sangat ke kusyen Amin Mulia nih? Kah kah kah!!!

Nak jamban bernyanyi macam orang Jepun punya ke? Kah kah kah kah!

Amin Mulia ini mungkin tidak sedar bahawa masih ramai pengundinya yg belum menikmati kemudahan asas.

Toksah cerita 4G. Broadband. 1MDB. Cerita bab api air dulu.

Ramai pengundinya masih duduk dalam gelap tak ada api elektrik. Ramai pengundinya masih ke sungai mengangkut air buat makan minum.

Nak resign konon.  

Sedar la sikit, ramai lagi orang bertinggung atas batang balak atau pokok tumbang. Ok je. Lancar.

Kah kah kah kah!!!

Tuesday, May 19, 2015

Penggunaan Tetek Untuk Melariskan Produk

Madu tualang power! Click here


Kempen boikot MekD kita dulu haram tak menjadi. Akhirnya Melayu berbondong-bondong juga makan MekD. Kan?

Buktinya, kedai MekD ini masih ada merata-rata sihat segar bugar. Kah kah kah kah! Ptuih!

Seriously, aku dah berpuluh tahun tak makan MekD.

Pertamanya, harga mahal macam gampang.
Kdua, entah apa racun, entah berapa puluh pengawet, entah berapa ratus perisa dibubuh. Tak berkhasiat langsunglah.
Ketiga, bukan sedap sangat pun. Bukan kenyang pun. Kan? Silap haribulan berak cair. Kah kah kah kah!!!

Berbalik kepada bab tetek, menurut undian penggemar-penggemar tetek sedunia satu ketika dahulu, hasilnya terbukti bahawa saiz tetek yg optima ialah yg muat-muat 'champangne glass'.

Tak payah besar-besar 4D, 44D, 55D.


Besar-besar nak buat hapa? Kah kah ka hkah!!!

Habis beratus beribu jumpa doktor nak bagi tetek besar, buat hapa? Kah ka hkah kah!!!

Tak takut dah tua-tua nanti melayut terbuai-buai? Kah kah kah!!

Atau pun untuk senang menyusukan anak? Boleh libas kiri, kanan, belakang?? KAH KAH KAH KAH!

Monday, May 18, 2015

Petua Ustaz Ahmad Awang Bertenaga & Awet Muda

Madu tualang power! Click here

Ustaz Ahmad Awang orang bendang.

Orang bendang kehidupannya mereka lebih beruntung dari orang ke laut. Orang ke laut lebih sengsara derita melawan ombak.

Orang bendang kerjanya menghasilkan makanan asas utk kita semua. Pagi ke bendang, petang ke bendang dan malam ke surau mengaji agama atau berehat bermain2 dgn anak, seterusnya main pulak dengan bini. Kah kah kah!!! 

Tambahan lagi setelah selesai menuai, sementara menunggu musim baru, pesawah biasanya tidak membuang masa lalu memeriahkan masjid surau kampung.

Di sinilah, di perbendangan inilah, kalau tak tahu, lahirnya ramai ulamak-ulamak terkemuka. Lahir dari kawasan padi. Kawasan hijau. Penuh dengan madrasah dan pondok-pondok pengajian agama.

Kawasan-kawasan seumpama inilah yg banyak menyerabutkan Mahafiraun & HAMNO. Kawasan yg byk alim ulamak yg keras liat tak boleh dibeli dgn not RM50-00 & pelikat cap Mangga.

Peliknya sekarang ini, ada jugak orang PAS sendiri yg serabut dgn Gunung Semanggol. Kah kah kah kah!!!


Wooi! Ahmad Awang itu orang Perak lah!

Dia makan padi tanam sendiri. Dia makan nasi dengan deroyan. Nak kasi syiok lagi, tambah tempoyak.

Tak ada ikang pun takpe, semua boleh jalang. Tak ada ikang pung semua boleh telang! Kah kah ka hkah!!!

Itu sebab, makin tua makin sihat bertenaga macam orang muda. Tak payah keluar masuk rumah sakit. Tak payah pil-pil kuda. Ooooops!!!!

Kah kah kah kah!!! Apa punya barua. Ooooops!!! Kah ka hkah!!!

Friday, May 15, 2015

Hari Ini Tun Balik Dari Mekah! Balik Dari Mekah!

Madu tualang power! Click here

Mekah. Kah kah kah.
Sila kompom DISINI.

Semestinya lah Tun pergi umrah guna duit sendiri.
Menabung sikit-sikit dalam Tabooong Hajeeee.
Kah ka hka hkah!

Pepatah-petitih,

Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
Mahafiraun kencing tak mau basuh, anak didik??

kah kah ka hkah kah kah kah kah kah kah kah!!!

Thursday, May 14, 2015

Memperkenalkan! Wak Dogol UIA

Madu tualang power! Click here

Kah ka hkah kah kah!!!

Inilah Wak Dogol UIA.

Kata Wak Dogol, "kampung saya tak kena GST pun"

"Org kampung saya beli prepaid RM10 dapat kredit RM50" Kah ka hkah!!
"Org kampung saya jual getah buku harganya RM20 sekilo" Kah kah kah!
"Saya pun selalu makan getah buku" Kah ka hkah!


Gambor close-up. Tengok tu siap ada lebam di dahi ala-ala Saiful BauKari. Kah kah kah!

Friday, May 8, 2015

Penyakit Kancing Gigi Dikalangan Para Ulamak/mufti

Madu tualang power! Click here

Penyakit ini biasa menyerang ulamak. Lagi power ulamak itu, lagi hebat virus dihantar.

Penyakit ini menyerang dengan cara penghidapnya ada selera makan minum bukak mulut, tapi nak bercakap tak boleh. Kah kah kah!!!

Lagi korup satu masyarakat itu, makin kroniklah penyakit ini menyerang para ulamaknya.

Serupa di Malaysia ini, penyakit ini nampaknya dah selamat sampai. Kah kah kah!!!

Nasib baiklah ada sorang yg masih muda terselamat. Dr Asri mufti Perlis masih boleh berkata-kata.


Lagi di Malaysiakini.

Baik Bagi Jin Ifrit Uruskan Tabung Haji

Madu tualang power! Click here

Sejak perlantikan Azeeeez sebagai Pengerusi Tabung Haji yg baru, ramai yg dah terbau-bau taik kambingnya. Klik disini.

Mamak itu yg tak tau ujung pangkal, tiba-tiba dapat cincin. Kita tak tau la dia sarungkan kat mana. Kah kah kah!

Pencarum di Tabung Haji rata-ratanya org kampung/org berpendapatan rendah yg mencarum sedikit demi sedikit dgn harapan satu hari nanti berpeluang ke Mekah menunaikan fardhu itu.

Berapa kerat sangat org kaya-raya menyimpan di Tabung Haji? Kalau nak ke Mekah pun puak-puak ini akan menggunakan khidmat travel agency. Kan? 

Sudah sampai masanya kita bagi sama jin ifrit sajalah untuk menguruskan Tabung Haji. Yakinlah jin ifrit tak akan mencelup tangannya ke dalam peti Tabung Haji utk membeli tanah yg bukan-bukan.

Jin ifrit tak akan buat kerja bodo maslan beli tanah mark-up bepuluh kali ganda.

Tabung Haji telah tunggang-langgang-terbalik-pusat sebab diuruskan manusia.

Menengokkan gelagat manusia dgn duit Tabung Haji, jin ifrit, setan, iblis & polong pun naik malu la.

Kalau duit zakat pun turut kena punggah nanti, habis lari ke tempat lainlah geng-geng syaitan ini sebab manusia pun lagi advance & sistematic buat kerja pokaimaknya. Kerja jahatnya pun dah kalah setan. Kan?

Sila klik utk ke website ini yg penuh dgn fakta penyelewengan duit Tabung Haji. Fakta bukan auta.

Thursday, May 7, 2015

Azmin Ali Menuntut Ilmu Dgn Hadi Awang

Madu tualang power! Click here


Apa pasal la dapat yg senak-senak? Yg sengal-sengal?

Kah ka hkah!!!

Dulu sorang tu tak pernah jumpa ayat Quran melarang judi.
Kemudian sorang lagi dok kerja usung tilam bertompok segala lendir, segala bulu. Kah kah kah!



Kah kah kah!

Sekarang dah dapat 'barua'.
Azmin Ali ni belajar dari mana molot kurang hajau sangat nih?
Hadi Awang ke?

Kah kah kah!!!



Cungkil Tun Sikit

Madu tualang power! Click here


Ala, cungkil sikit je. Kah kah kah!
Tak kan lah geng-geng sebelah sana nak duduk diam, kan? Kah kah kah!
Cungkil jangan tak cungkil. Londeh jangan tak londeh.

Lagi lama 2 ekor chief lahanun ini berkelahi, lagi bagus. Banyak maklumat rakyat dapat.


Tuan-tuan dan puan-puan,

memanglah Tun bukan manager bank.

Kalau manager bank sekali pun, berapa juta sangatlah loan yg dia boleh luluskan. Kah kah kah!

Kalau Loraine Osman pengerusi/CEO sekali pun, berapa ratus juta sangat dia boleeh sain. Kah kah kah!!!

Ini loan bilion-bilion la Dol.... kah ka hkh kah!! Sapa sain nih?


Memang betul Tun bukan penasihat bank, tapi Tun pernah menasihati Petronas. Kah kah kah!!!

Tapi, entah hapa ke bingainya MAS, boleh pergi beli petrol dari Petron. Petron bukankah syarikat anakanda Tun?

Kah kah kah!

Tun bukan penasihat bank, Carrian kapur berbilion.
Tun bukan penasihat MAS, Petron untung bilion-bilion.

Tun tak payah nasihat-nasihat lagi bagus. Sebab, hapa ke benda yg dinasihati Tun, semua rentung.

Kah kah kah kah!!!
ஹா ஹா ஹா ஹா!
என் சகோதரி செய்ய!


Tuesday, May 5, 2015

Pernah Tengok Pokok Getah Mintak Ampun?

Madu tualang power! Click here

Kah kah kah kah!!!

Pokok getah pun menyesal jadi pokok getah, 'apsal la aku tak jadi pokok tauge?'

Kah kah kah!!!



Seksa jadi pokok getah. Kah ka hkah!!

Sebuah Hotel di Padang Serai Yg Mengerikan - Hotel D'Keriangan

Madu tualang power! Click here


Kah kah kah kah! Tak lah mengerikan sangat, cuma amat menyerabutkan kepala. Hotel hamprak.

Kah kah kah kah! Harap namanya je sedap, Hotel D'Keriangan.

Hamprak-hamprak pun, 2 malam jugaklah aku terpaksa menginap di sini memandangkan aku tak jumpa alternatif lain.

2 malam itu geng-geng ni menyakat aku.


Hotel ini kepunyaan Melayu Bumiputera Islam. Kah kah kah kah! Tang ini aku cukup lemah. Sebabnya, sudah tentulah aku teringin untuk menyokong usahawan bangsa sendiri. Tambahan pula, di bidang perhotelan, berapa kerat sangatlah usahawan Melayu.

Tapi hotelnya hamprak. Serius.



Buiding cantik. 2 tingkat. Bilik pun banyak, ada 12 kalau tak silap. Tapi hamprak. Kah kah kah!

Hamprak disebabkan malas buat 'house-keeping'. Itu sahaja. Agaknya tauke kemut nak bayar Neng Indon.

Hotel ini dah menjangkau usia 5 tahun. Sepatutnya si tauke dah tau apa nak buat dalam bab house-keeping. Tapi hamprak. Kah kah kah!

Tangga tak bersapu. Kalau bersapu pun, aku rasa tukang sapunya menyapu guna lutut dan dagu. Kah kah kah!

Bau bilik hapak. Bilik berabuk. Lantai berabuk. Jamban entah bila kali terakhir dicuci. Tingkapnya anak kecik aku pun boleh bukak, amat merbahaya.

Sewanya? RM109-00 semalam utk sebuah bilik 2 katil, ada tv, air-cond yg entah bila nak servis dan bilik air  yg dilengkapi pemanas. Wi-fi tarak.

Inilah hotel hamprak yg kedua aku diami. Tapi ranking no. 1 masih dipegang Hotel Leh Hua, Sarikei, Sarawak. Siap ada bau taik kucing. 

KAH KAH KA HKAH!!!