Friday, April 10, 2015

Saja Nak Share Kisah Poket Lebat Ahli Dewan Rakyat

Madu tualang power! Click here



Semalam aku post pindaan kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 berkaitan kenaikkan gaji asas Ahli Parlimen. Aku printscreen pindaan yang nak dibuat iaitu menaikkan gaji Ahli Dewan Rakyat daripada RM6,508.59 kepada RM11,000.00 sebulan.

Rupanya Parlimen yang bersidang sehingga jam 4:20 pagi td telah membuat pindaan lagi di peringkat Jawatankuasa menaikkan gaji daripada RM11,000.00 kepada RM16,000.00 sebulan.

Maka bermula sekarang setiap Ahli Dewan Rakyat akan menerima gaji bulanan yang tidak termasuk elaun tambahan sebanyak RM16,000.00. Setiap Ahli Dewan Rakyat pula akan mendapat elaun tambahan RM5,000 sebulan bagi elaun keraian, elaun telefon bimbit dan lain-lain. Selain itu mereka juga mendapat elaun kehadiran sidang sebanyak RM200 sehari.

Ponteng sidang pun tiap-tiap bulan wajib dalam akaun ada RM16,000.00 dan bayaran bermula 1 Januari 2015.

Kita yang menyokong depa dan mengundi depa kena tipu... Sekarang mereka akan dapat RM16,000 elaun asas dicampur dengan elaun tambahan RM5,000 maka tetap setiap bulan RM21,000 setiap orang.

SYABAS.

ZULHAZMI SHARIFF

1 comment:

  1. Bhai LL ...

    Untung la Temerloh... Boleh la beli BMW 7 series lepas nih... Hahaha.. Lagipon Alphard tue dah sezen ... Haaha

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.