Thursday, November 13, 2014

Lagi Kisah Pembesar Melayu Membela Nasib Melayu di Tanah Melayu

Madu tualang power! Click here


Telinga HAMNO mana yg tak berdesing bila disebut, "di mana HAMNO kuat, di situ Melayu merempat"

Sebelum ini aku ada memaparkan artikel dari Malaysiakini tentang keresahan Opah Wahidah dan terbaru kisah yg hampir sama terjadi di Johor.

Negeri kelahiran HAMNO, kununnya. KUNUNnya!!!

RM500-00 sheikh, zaman sekarang nak dihapa-ke-bendakan dgn RM500-00?

Tapi itulah yg diperjuangkan HAMNO. RM500-00 utk orang kampung, kununnya akan cukup dimakan dipakai seumur hidup.

RM500-00!

Dipaparkan dibawah ini artikel tersebut.

Tanah di JB cuma dibayar pampasan RM500

NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak pejabat menteri besar Johor segera menangani isu bayaran pampasan yang "tidak munasbah" daripada pemaju ekoran pengambilan tanah pada 1997.

Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal berkata, pihaknya difahamkan, pampasan terhadap tanah pengadu di Kampung Bakar Bata, Plentong di Johor Bahru hanya dibayar RM500, setelah 17 tahun cuba mendapatkannya.

“Tidakkah menteri besar Johor juga memahami tidak mungkin pengadu dapat mencari tanah yang baru dengan nilai pampasan RM500 itu?” soal Hadzril.

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, Hadzril berkata, bayaran melalui cek pada 25 April lalu dipulangkan kembali kepada pemaju, sebuah firma milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Dalam kenyataannya hari ini, Hadzril menggesa pejabat Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin segera mengarahkan pemaju memberikan pampasan setimpal.

Hadzril juga menyatakan kekesalannya terhadap tindakan pejabat menteri besar bagi menangani isu itu.

Dakwanya, setelah pengadu menulis surat dua pucuk surat, terakhir pada 21 Oktober lalu, barulah pejabat menteri besar memberi maklum balas dengan mengarahkan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru memberi respon.

"Seharusnya, menteri besar Johor tidak perlu menunggu untuk surat kedua sebelum tindakan diambil kerana ini melibatkan penindasan terhadap hak pengadu oleh pemaju," katanya.

Dicedok dari Malaysiakini.

Lebuhraya PLUS Ipoh - Kuala Kangsar Yg Malang

Madu tualang power! Click here

Malang sekali lebuhraya ini telah banyak menyaksikan kemalangan maut, akibat kecuaian manusia atau mungkin juga disebakan rekabentuk lebuhraya itu sendiri.

Elakkan dari menggunakan lebuhraya ini , terutama di waktu hujan, senja, hujung minggu dan musim2 perayaan.

Ketika waktu2 tersebut, kenderaan beratus ribu. Drebar kereta ada yg macam haramjadah dan drebar lori/bas dah kompom macam cilake.





PLUS ni memang lahanat. Kita bayar tol beratus-beribu semata-mata utk menikmati jem sesak kot? Kah kah kah kah!!!

Memang lahanat, tol mahal nak mampus tapi jalan sesak tak ada sapa kawal.



Daripada mengharung jem sesak dan juga dapat mengurangkan risiko kemalangan di PLUS Ipoh-Kuala Kangsar, apa kata try sesekali ikut jalan lama.

Tak payah bayar tol. Dapat mengurangkan sedikit sumbangan kita kpd Mahafiraun, Daim & gang, kan? Kah kah kah!!!

Exit ikut jalan lama, lalu menuju Kuala Kangsar. Ni le pekan teman sejak kecik weh! kah kah kah!!

Familiar kan? Tak payah cerita. Satu dunia suda taw!

Ini medan khas utk penggemar cendol & laksa.
Jangan makan banyak kalau perut tak tahan.
Pedas. Jangan sampai terberak dalam kereta.
kah kah kah kah!!!

This is the best laksa in the whole wide world.
Singgah kuala tak sah/valid kalau tak kena laksa Pak Ngah.

Rumah kutai.
Rumah mcm ni byk penunggu. Polong. Jin. Iprit semua ada!
Mana taknye, rumah tak guna paku. Semua guna pasak.
Letih teman memikiorkannye! Kahkahkah

Kuala Kangsar pride.
Labu Sayong hanya boleh didapati di Sayong, K Kangsar
kerana di sini sahaja komposisi tanah yg sedemikian rupa
utk mengizinkan pembuatan Labu Sayong.
Labu Sayong Pahang? Labu Sayong Ganu? Labu Sayong
Klate? Kah kah kah kah jangan nak kincin le weh!

Jet ini tersadai di tepi pasar basah Kuala Kangsar.
Sakit mata aku menengok ada logo 1Msia kat situ.
Kah kah kah!

Ini yg paling haram tak guna.
Kah kah kah kah kah!!!
Riverfront konon...... kahkah kah kah!!
Pada hal orang2 Kuala nak sebut riverfront pun boleh tanggal gigi palsu. Kah kah kah kah!!!
Riverfront konooooon.... kah kah kah!!!
Ini projek nak penuhkan kantung kroni.
Hasilnya haram satu habuk tak ada.
Boleh jadi pot Mat Gian ni.
Kah kah kah kah!!!
Riverfront konooooooon... kah kah kah kah!

Hotel ada 2-3 bijk kalau tak larat nak sambung perjalanan akibat laksa dah berputar dalam usus! Kah kah kah!!!