Tuesday, November 4, 2014

Nasi Vanggey Hantu Raya

Madu tualang power! Click here


Ini la dia nasi vanggey/nasik ganja Ipoh. Only one in Msia. Tertera satu notis di dinding kedai menyatakan Nasi Vanggey tidak mmpunyai cawangan. Kalau ada kedai yg guna nama Nasik Vanggey, itu semua 'kincin' juga... Kahkahkahkah!!!

Nasiknya macam biasa, nasik putih. Standard servingnya, ayam goreng seketul, telur masin sekerat & bendi sebijik. Kemudian kuah. Tang kuah ni yg aku tak tahan. Entah jin apa yg tolong masakkan. Kah kah kah kah!


Restoran nasik vanggey ni sebenarnya menempek kedai kopi Cina je. Dah lama berpuluh-puluh tahun. Cina tu pun kompom tak bagi nasik vanggey keluar punya. Nasik vanggey memang crowd puller.

Itu dia punya crowd. Berbelit-belit orang beratur. Sanggup menunggu tengah panas nak mencekik nasik mamak. Kah kah kah!

Hujung minggu lepas aku berpeluang mencekik nasik vanggey. Orang belanja daaaa...

Crowdnya berbilang kaum. Mat Salleh pun ada. Tapi paling ramai, Melayu. Melayu ni kuat makan. Kah kah kah kah!


Restoran nasik vanggey ini terletak betul2 berhadapan dgn Hotel Bajet Memori Ipoh. Terletak di Jalan Yang Kalsom. Memang mudah dicari.


Ipoh barang baek. Kincin tara munyi! Kah kah ka hkah kah!!!

Tapi kalau perut tak tahan kari mamak, memang macam2 bunyi akan keluar dalam jamban nanti. Kah kah kah kah!!!