Thursday, October 16, 2014

Ubat Sakit Gigi Palig Mujarab

Madu tualang power! Click here


Yg paling mujarab ialah cabut, kalau dah teruk sangat.

Kalau lubang/reputnya masih belum kritikal dan tiada jangkitan, menampal sudah memadai.

Kalau tak cukup modal, tumbuk bunga cengkih. Kemudian serbuk cengkih itu disumbat ke dalam gigi yg berlubang.


Kah kah ka hkah kah kah kah!!!!

Nak dijadikan contoh, serbuk cengkih ni macam BR1M la. Merasa 5-6 ratus masuk kocek.

Kah kah ka hkah kah!!!

Leganya sekejap, habis lama setengah jam.

Lepas tu kompom meraung balik,

"minyak dah mahal,
tepung mahal,
tambang bas sekolah naik harga,
ikan mahal,
ayam mahal,
daging dah takmampu beli,
beras mahal,
getah RM1.90-00 sekilo,
segala mak nenek mahal!"


LK Siang; "Aji, sakit perut ka Aji..?"

Madu tualang power! Click here


DSAI: Pssssssst! Hang buat apa?
LK Siang: Tengah main Candy Crush, kenapa? Takpe kot?

DSAI: Ke mana la sorang lagi tak mai-mai ni..
LK Siang: Sat lagi sampai kot.

DSAI: Ntah-ntah dia singgah kat jamban bawah sana.
LK Siang: Mungkin kot.

DSAI: Iya lah, makin tua-tua ni, perut macam-macam ragam.
LK Siang: Lama tu.... berak batu kot.

DSAI: Mmmmph... sampai subuh esok tak sudah-sudah tuu.

KAHKAHKAH!!!!! KAHKAHKAH!!!!

Aji,

memang betul Aji, memang betul HAMNO umpama bulldozer dalam dewan.

Memang betul HAMNO buat dewan umpama rubber-stamp. Apa HAMNO hendak buat, semua lulus. Ahli-ahli dewan yg lain tak berupaya menghalang.

Perkara-perkara ringgit dan sen itu tak memerlukan kekuatan 2/3 dewan untuk kelulusan. Apa saja kandungan dalam bajet kompom akan lulus. Menyalaklah ahli dewan pembangkang sekuat mana pun.

Sejauh pemahaman aku, sebagai contoh, perkara seperti agama rasmi, bahasa rasmi, inilah yg memerlukan kekuatan 2/3 dewan untuk dipinda/digubal.

Undang-undang kapir Westsminter yg kita pakai sejak merdeka itu, tidak memperuntukkan satu kekuatan 2/3 dewan perlu untuk meluluskan/mengubah Bajet yg dicadangkan HAMNO. 

Pun begitu Aji,

Aji pergi mana?

Aji perlu berada di dewan dan dilihat berada di dewan utk;

1. memperlihatkan kekutan PR,
2. sama-sama bersama pemimpin lain memperlihatkan kebencian terhadap Bajet yg boros,
3. menggalas undi yg diberi kpd Aji sebagai pembangkang,
4. yg dah lepas, sudah la. Let's bygone, be bygone. (eeewah!)
5. membuktikan Aji tidak berak batu & main Candy Crush dalam jamban. 

Kah kah kah kah kah!!!!

Lawak pun lawak juga, tapi kita kena tahu, ketidakhadiran Aji tempohari adalah satu perkara serius.

Aji perlu diperli, disindir, kerana itu sahaja kita boleh buat. Kita bukan macam Din Ayam yg rapat kamceng dgn Aji.

Aji perlu diperingatkan bahawa, Dr Burhanudin al Helmi, Yusuf Rawa & Fadzil Nor telah meninggalkan kita dgn nama yg harum jadi sebutan di masa-masa hadapan.

Tak kan satu masa nanti Aji akan meninggalkan kami dalam keadaan Aji masih dibelit perkataan-perkataan, 'barua, brokar & pil kuda'?