NGO pendesak makhluk amfibia lidah bercabang, PERKAtak mencadangkan supaya Zoo Taiping dan Zoo Negara mengetuai perhimpunan besar-besaran segala jenis katak dalam menyokong pelaksanaan GST - Gagasan Selamatkan Tadpole (berudu).
Presidennya seekor katak puru kulit muka tebal dan lidah bercabang 3, Broheng berkata, ia sebagai tindak balas kepada perhimpunan anti-GST 1 Mei anjuran NGO anti amfibia yang didakwanya telah mengelirukan alam rimba.
PERKAtak, katanya, akan memberi sokongan demi kebaikan seluruh rimba.
Malah PERKAtak bercadang untuk mengadakan kenduri-kendara 44 hari 44 malam sekiranya ketua anti-GST itu masuk penjara sekali lagi.
GST penting menurut Broheng. Tiada GST, tiadalah tadpole. Tiada tadpole, tiada katak.
Tiada katak, sapa nak meraung panggil ujan? Kah kah kah kah!!!