Ada 3 Benggali yg begitu berpengaruh kpd aku sejak aku pandai makan sendiri, tengok TV dan baca paper.

Benggali Roti.
Benggali ini akan keliling kampung waktu petang menaiki motor bawak roti. Roti untuk minum petang atau untuk makan pagi esok hari.
Benggali2 ini sudah tak ada lagi sebab tua atau pun anak2 dah kaya raya jadi doktor atau lawyer.

Benggali Suara Sedap
Harjit Singh Hullon bekas pembaca berita RTM. Dia punya suara dan sebutan kalah orang Melayu. Aku pun tak tau dia ni entah di mana sekarang.

Benggali DAP
Waktu dulu aku amat pelik kenapa Karpal Singh duduk dalam DAP parti Cina? Zaman itu aku tak tahu hapa benda itu prinsip.
Malang sekali sejarah tidak sempat merakamkan Karpal Singh bersoal dgn Mahafiraun didalam Mahkamah. Amat ralat.
Sekiranya terjadi, aku berani kompom terberak-tercirit-terkencing-terkincit cair Mahafiraun.
RIP Karpal.