Monday, January 6, 2014

Mereka Itu Sangatlah Jahil Tentang Hard Rock Cafe

Madu tualang power! Click here




Mereka itu tidak tahukah Hard Rock Kape akan membawa bersama segala macam pertumbuhan ekonomi yg pesat untuk masyarakat setempat?

Tauke simen akan buat untung juta-juta.
Tauke lampu akan buat untung juta-juta.
Tauke sound-system buat untung.
Tauke kerusi-meja akan buat untung sekian ratus ribu.
Dan sudah tentu tauke lendir akan untung puluh ribu-riban tiap2 malam..

Segala macam tauke lah.

Seperti mana KFC dan Mc D, Hard Rock Kape juga akan menyediakan peluang pekerjaan untuk belia Melayu.

Tukang lap meja.
Tukang lap cermin.
Tukang lap jamban.
Tukang lap gelas.
Tukang hidang.
Tukang tuang arak.
Tukang kutip duit di kaunter.
Tukang pukul orang.
Tukang jaga pintu.

Segala macam tukanglah.

Ini semua untuk orang Melayu. Sesungguhnya mereka itu amat jahil tentang Hard Rock Kapir.

Mereka tak tahu Hard Rock Kapir itu kepunyaan Melayu? Idop Melayu! 
Mereka tak tahu ke sapa yg ada share besar dalam Hard Rock Kapir? Idop Ketuanan!

Kah kah kah kah!