Thursday, November 13, 2014

Lagi Kisah Pembesar Melayu Membela Nasib Melayu di Tanah Melayu

Madu tualang power! Click here


Telinga HAMNO mana yg tak berdesing bila disebut, "di mana HAMNO kuat, di situ Melayu merempat"

Sebelum ini aku ada memaparkan artikel dari Malaysiakini tentang keresahan Opah Wahidah dan terbaru kisah yg hampir sama terjadi di Johor.

Negeri kelahiran HAMNO, kununnya. KUNUNnya!!!

RM500-00 sheikh, zaman sekarang nak dihapa-ke-bendakan dgn RM500-00?

Tapi itulah yg diperjuangkan HAMNO. RM500-00 utk orang kampung, kununnya akan cukup dimakan dipakai seumur hidup.

RM500-00!

Dipaparkan dibawah ini artikel tersebut.

Tanah di JB cuma dibayar pampasan RM500

NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak pejabat menteri besar Johor segera menangani isu bayaran pampasan yang "tidak munasbah" daripada pemaju ekoran pengambilan tanah pada 1997.

Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal berkata, pihaknya difahamkan, pampasan terhadap tanah pengadu di Kampung Bakar Bata, Plentong di Johor Bahru hanya dibayar RM500, setelah 17 tahun cuba mendapatkannya.

“Tidakkah menteri besar Johor juga memahami tidak mungkin pengadu dapat mencari tanah yang baru dengan nilai pampasan RM500 itu?” soal Hadzril.

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, Hadzril berkata, bayaran melalui cek pada 25 April lalu dipulangkan kembali kepada pemaju, sebuah firma milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Dalam kenyataannya hari ini, Hadzril menggesa pejabat Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin segera mengarahkan pemaju memberikan pampasan setimpal.

Hadzril juga menyatakan kekesalannya terhadap tindakan pejabat menteri besar bagi menangani isu itu.

Dakwanya, setelah pengadu menulis surat dua pucuk surat, terakhir pada 21 Oktober lalu, barulah pejabat menteri besar memberi maklum balas dengan mengarahkan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru memberi respon.

"Seharusnya, menteri besar Johor tidak perlu menunggu untuk surat kedua sebelum tindakan diambil kerana ini melibatkan penindasan terhadap hak pengadu oleh pemaju," katanya.

Dicedok dari Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.