Friday, October 3, 2014

Terbaik Dari A Samad Said

Madu tualang power! Click here

HAI MELAYU

Hai Melayu!
Rumahmu semua dibina Indonesia, ekonomi pula dikuasai Cina, golongan profesional semuanya India,
warung makan pun, Mamak dan Siam yang berkuasa,
warga Bangla pula menjadi jaga, orang Nepal yang menabur baja, orang Pakistan usung karpet jaja merata, lalu Melayu ada apa?

Harapkan ustaz, saling menyesat, harapkan hiburan, lagi best filem barat, harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat.
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat, harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai Melayu!
masih mendabik menjadi tuan? Sibuk mahu menjadi tuan, rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan, konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja sikit, sembang kencang, banyak rungut, sikit rancang, siapa tegur, dituduh lancang duduk warung, gigit kacang!

Hai Melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar, tapi cuma indah khabar, rentakmu makin lama makin hambar
kau Melayu aku pun Melayu, aku menulis bukan cemburu, aku mahu engkau tahu,
kenapa Melayu tak macam dulu.

Hai Melayu! 
Jari mu hebat bertutur di Facebook alam maya, bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya, kau cuma tahu bergaya. 

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya, bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya, pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai Melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka, bila dah kaya kau jadi puaka, ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai Melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana Malaya bukan lagi milik mu !
aku pun Melayu,
engkau pun Melayu,
bodoh sombong harus di tepis, riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah Melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.

5 comments:

  1. best............
    bodoh sombong milik melayu........

    ReplyDelete
  2. Idea yang bernas untuk menentang kenaikan harga petrol. Sila ke:

    http://manjongmari.blogspot.com/2014/10/jom-kita-semua-lawan-kenaikan-harga.html

    ReplyDelete
  3. betui cakap pak samad ni, sama macam Tun Mahathir yang kita sayangi

    ReplyDelete
  4. Apa yang nak di risau kan kerana kebanyakan otak orang Melayu sudah "KEMETOT" setelah berjaya di "BONGSAI " oleh umNONGok.
    Maksud "ADIL" pun mereka salah tafsir. Kalau mereka tau apa yang di kata kan adil, tak kan mereka berterusan menyokong umNO/BN yang ternyata tak pernah "ADIL".

    Kini harga minyak sudah pun naik. Kemungkinan kebanyakan dari mereka sedar bahawa kenaikan tersebut akan mencengkam ke hidupan mereka. Tetapi setelah Menteri yang berkenaan menyanyi kan lagu rindu. Aku rasa puak puak yang tak mau berubah ini akan terdodoi.

    Aku masih ingat pesanan tok guru bahawa di mashar nanti ada tujuh gulungan yang mendapat lindugan Aras. Salah satu dari nya adalah IMAM(PEMIMPIN YANG ADIL). Pemimpin yang adil adalah mereka yang menjaga kebajikan rakyaat nya, tidak memindas dan sebagai nya. Serta adil didalam segala urusan dengan tidak membezakan di antara kroni dan rakyaat biasa. Persoalaan nya sekarang adakah kerjaan yang memerintah sekarang Adil? Sekira jawapan nya tidak, bagaimana pula kedudukan mereka yang terus menyokong kerjaan yang ternyata zalim ini. Kalau di ikut maksud ayat 113 Surah Hud, bagaimana kah mereka di hari mashar nanti? Sendiri mau fikir. Kalau hidup di dunia sudah semakin sempit dan menyusah kan, tak kan di akhirat yang kekal itu kita masih berkehendakan kehidupan saperti di dunia juga!!! Kalau tak nak, hayati lah ayat 113 dari Surah Hud itu.

    Menjadi pemerintah di Malaysia ini cukup senang. Pemimpin boleh berbelanja sakan. Bila hutang melambung tinggi saperti Syarikat 1MDB yang selama 6 tahun beroperasi hutang nya telah mencicah 6 billion senang sahaja jalan penyelesaan nya - korek kocek rakyaan sehingga berlubang.

    Wahai para pemimpin, selagi kamu berkuasa laku kan lah dengan mengikut kehendak hati kamu. Ingat bahawa ribut dan taufan tidak pernah berkekalan kerana ia nya akan berhenti bila tiba masa nya.

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.