Wednesday, September 10, 2014

Solidariti Azmi Sharom: Berapa Kerat Pelajar Cina/India Akan Tampil?

Madu tualang power! Click here

Dasar pendidikan kita telah gagal dalam memupuk keharmonian antara kaum. Letak la sapa pun jadi Menteri Pelajaran dan menteri itu dari HAMNO, hasilnya tetap sama.

Melayu dgn Melayu. Cina dgn Cina. India dgn India.

Di mana2 universiti tempatan pun, pelajar Cina akan berlonggok dan berbincang sesama pelajar Cina. Budak Melayu akan mencari budak Melayu. Group budak India dengan groupnya sendiri. Perkara ini bermula seawal tadika lagi.

Memang ada kes terpencil, budak India terselit dalam kumpulan budak Melayu atau jantan Melayu kantoi jiwang dengan amoi Cina.

Ini hakikat, kampus ialah tempat bakal2 tenaga kerja kolar putih mengasuh sentimen perkauman. Racist.

Jangan pelik, yg tak reti satu haram bercakap Melayu pun ada.

HAMNO boleh bagi macam2 statistik, namun jelas, dasar pendidikan kita telah gagal menangani permasalahan perkauman.

10hb Sept 2014 ini akan diadakan solidariti menyokong Dr Azmi Sharom yg telah dikantoi Akta Hasutan.

Adalah sekor Mamat/Minah Cina yg menyuarakan isi hatinya betapa dia begitu menyanjungi Dr Azmi. Kalau beriya menyanjung, turun padang dan nyatakan.

Nanti kita boleh tgk berapa kerat pelajar undang2 dan bekas pelajar undang2 Universiti Malaya yg telah menimba ilmu dari Dr Azmi, akan turun padang menyatakan solidariti mereka.

Rasa2nya tak ramai. Paling ramai muka Melayu. Nak kasi ramai lagi, ianya mesti digerakkan oleh pakar penyusun demonstran Malaysia, iaitu PAS.

Kalau diukur dari pengalaman BERSIH, tak ramai budak Cina/India yg akan turun.


No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.