Thursday, August 14, 2014

Kisah Hamas Dan Khalid Kidex

Madu tualang power! Click here


Yahudi mengebom Palestin bukan main suka-suka bom. Kerja jahat itu mestilah memerlukan perancangan rapi yg memakan masa berminggu-minggu, bulan mungkin juga tahun. Dari sebijik peluru hinggalah demo dan boikot McD, semuanya telah ada dalam kocek Si Yahudi.

Sesulit mana pun rancangan jahat itu, ianya pasti akan menerbitkan riak-riak di gigi air, katil akan berkeriut, pokok akan bergoyang dan bermacam-macam lagi tanda menunjukkan sesuatu yg jahat sedang dirancang dan bakal dilaksanakan.

Pejuang Hamas pun bukan kecik anak Dia tengok asap yg keluar dari corong kilang di Israel, dah tau kilang itu buat tepung jagung atau tepung belerang untuk meriam.

Mereka senantiasa dalam keadaan siap-siaga. Berapi punggung roket Yahudi, berapi jugak lah punggung roket al Qassam.

Dalam menangani kes Khalid Kidex, PAS nampaknya tidak bersiap sedia. Tiada risikan. Tiada rancangan strategik. Segala benda strategik semua habis diborong Si Rafizi Ramli. Kita ahli PAS ibarat ayam bawah rumah, tunggu beras jatuh dari celah gelegar. Dapat la kulit bawang.

Jampi pun kena jampi jugak. Doa pun kena doa la jugak. Tapi paling penting kena buat kerja. Kena tau apa yg nak dibuat.

Mana risikan dan pasukan pencernaan maklumat PAS? Tidur ka? Kita ahli PAS ramai, pimpinan ramai, jangan la semua dok sibuk kira telur Din Ayam.

Sepatut bila keluar gambar Khalid Kidex bersalam, berpeluk dan bergambar dgn Najib, Muhyiddin dan Ongkili, PAS dah tau apa nak buat. Maksud gambar itu cuma satu, Khalid Kidex dah nak berkawan dengan lanun. Tak kan itu pun tak boleh nak baca?


Setelah Khalid Kidex dipecat dan setelah 6 EXCO PR pula dipecat sebagai timbal balas, PAS masih terkebil-kebil. Baru nak susun mesyuarat. Yg paling tak tahannya, bertarikh 17 Ogos 2014. Kah kah kah kah kah!!!!

Kah kah kah kah!  Woi, orang dah mandi-manda di Sg Langat dia baru nak susun mesyuarat.

Rumah dah ranap kena bom. Tok Penghulu Adi Bawang Besar boleh kata, "Oh... kita kena mesyuarat dulu 17hb ni, selepas itu baru kita buat keputusan samada nak bom balik atau kita lancarkan mercun thunder-clap sahaja"

Kah kah kah kah!

Dol, 
mesyuarat 17hb ni dah tau ke karipap yg mana nak order, teh cap apa nak guna? Kah kah kah kah!
Mee hoon cap masjid? Kah kah kah!

5 comments:

  1. Suka dengan pemerhatian tuan. PAS kebali jadi parti kampung disebabkan pemimpin pemimpin yang fakeh agama tapi tak sedar jahil politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbezaan antara Haniyeh dengan Hadiyeh....LEMBAB!!!

      Delete
  2. Dieorg kene buat premeeting dulu 16hb tok membincangkan ape yg perlu dibincangkan dalam perbincangan 17hb ni..aaa..karipap teh ape bagai tunggu meeting 16hb dulu

    ReplyDelete
  3. bahalol sungguh PAS.....
    srategi lembik......
    orang dah nak pancut.......
    dia baru nak buka seluar.....
    kah...kah....kah...

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.