Friday, May 23, 2014

Haramjadass, Haramzadeh, Haramjadah Punya Selfie (Foto)

Madu tualang power! Click here


KAH KAH KAH KAH KAH!!!

Kalau korang tak ada rasa nak terberak selepas menengok gambor kelaku Si Hamprak diatas,

anda disaran pergi ke hospital.

Buat check-up. Tanya tuan doktor,

"Tuan doktor, saya tak boleh gelak-ketawa, apa tak kena dengan usus-usus dan injap saya ni?"
"Tuan doktor, ada kena mengena dgn saluran peranakan saya tak?"

KAH KAH KAH KAH KAH!!!!

Dyana, Abang Dah Langgar Kapalterbang!

Madu tualang power! Click here


"Semalam abang langgar kereta Lim Guan Eng sampai kemek, hari ini abang langgar kapalterbang.  
Sudahlah Dyana, buang yg keruh ambik yg jernih. Buang DAP, ambiklah HAMNO. Kembalilah ke pangkal jalan Dyana. Kembalilah kepada kami. Bersama-sama kami di HAMNO menegakkan agama, bangsa & negara"

Menegakkan yg dah tegak tau mau turun-turun,
KAH KAH KAH KAH KAH!
Pooorah cit!
KAH KAH KAH KAH KAH!
KAH KAH KAH KAH KAH!
Pooorah cit!
Pooorah cit!

Thursday, May 22, 2014

Babi Yg Bermanfaat

Madu tualang power! Click here


Sejujurnya aku fikir, bela babi lagi untung.

Belakang kandang, laut lepas.
Depan kandang, reban itik.
Sebelah kanan kandang babi, boleh tanam Limau Bali.
Sebelah kiri kandang babi, buat kolam ikan keli.

Bukan main membiak ikan laut.
Itik sampai jalan mengengkang dek punya sihat.
Ikan keli gemuk-gemuk.
Limau Bali bulat subur-subur.

Jadi, tak membazir.
Kah kah kah kah kah!!!

Foto Terkiut Miut Calon DAP Teluk Intan

Madu tualang power! Click here

Yilek!!


Yilek!

Kesian.....

KAHKAHKAHKAH KAH KAH KAH!

Pakatan Rakyat Perlukan 99 Mahafiraun

Madu tualang power! Click here


Kalau diikutkan nafsu-nafsi HAMNO,

Harga getah sekarang 5 kupang sekilo.
Tarif api dah naik 6 bulan sudah.
Petrol RM5 seliter.
MAS & KTM dah jadi harta Mohtar BauKari
GST akan dilaksanakan ujung tahun ini jugak.

Nasib baik jumlah wakil Pakatan Rakyat agak besar di parlimen. Kita dapat maklumat terkini. Jika tidak, pagi kena kencing, tengahari kena lebong, malam kena cret! kah kh kahak hka kah!

Juga kita kena berterima kasih kepada Mahafiraun yg terus menerus menyalakan api kebencian terhadap HAMNO/BN. 

Tanpa Mahafiraun, amat payah PR nak buat kerja.

Kalaulah ada 99 lagi Mahafiraun,

Hari ini jugak HAMNO/BN tergolek dog.
Esok jugak PTPTN mansuh.
Petrol RM1.30 seliter.
Harga gula kembali RM1.20 sekilo. Tepung boleh dapat 5 kupang sekilo.
Sapa sebut GST, dia memang mintak pelempang.
Harga getah RM7.00 sekilo.

Proton dijual sebagai besi buruk.
Kah kah kah kah!!!

Ahli HAMNO Mengamuk Tak Dapat Nasi Lemak

Madu tualang power! Click here


Calon DAP: "Berpeluh-peluh, muka berminyak-minyak, badan bau hamprak, terjerit-jerit sampai nampak anak tekak. Kenapa tu bro?" 

Bro Baju Oren: "Buat-buat tak reti je. Dia cuma nak bagitau kat kita, tak payah pegi pondok HAMNO. Nasi lemak dah habis. 

Dia tak dapat, menunggu lama dari subuh.

Habis la dia kena marah sebab nasi lemak tu, bini dia kirim suruh bawak balik!"

KAH KA HKAH KAH KAH KAH KAH KH!
KAH KAH KAH KAH KAH AKH KAH KAH!!!



Mari Belajar Sejarah Sikit-sikit

Madu tualang power! Click here

Sejarah penting. Apatah lagi sejarah HAMNO.

Kena bagi tau kepada anak-cucu-cicit sebagai peringatan.

HAMNO itu ditubuhkan pada tahun 1946 di Johor. Dari dulu sampai sekarang dan mungkin sampai kiamat akan menggunakan akronim orang puith.

Ianya dah diharamkan, yg ada sekarang itu ialah HAMNO terbitan Mahafiraun dan dia selaku ahli pertamanya.

Apa yg HAMNO buat untuk rakyat?

Banyaaaaaak.... kah kah ka kah kah!!!

Tulisan Jawi dihapuskan disekolah.
KLCC, PWTC, KLIA, ERL, tranformasi, farmasi, LCCT - semua mat saleh.
Tanah KTM di Singapura.
Hutang negara dah 700 bilion.
LLN jadi TNB.
JKR dah jadi apa ye?
Lembaga Padi dan Beras Negara dah ghaib.
PTPTN.
Tanah rezab Melayu licin.
Saham pun licin.
Bangla makin ramai. kah kah kah kah!! 
Panjang list ni. Tak muat page. Kah ka hkah!!!
Pulau Batu Putih pun dah lesap.

Apa yg tinggal?
Last-last yg tinggal batu karang dalam buah pinggang & batu 2 bijik celah kangkang.
Kah kah ka hkah kah kah kah kaha kah kah!!!!

Paaaaaaangkah lagi!

Proton Akan Untung Bilion-bilon

Madu tualang power! Click here


Punca kita bersesak-sesak di jalanraya, terkandas dalam kesesakan berjam-jam dan pengangkutan awam kita serupa pokaimak ialah kita, tanpa disedari menanggung biawak hidup peliharaan Mahafiraun.

Nama biawak hidup itu ialah Proton.

Proton ini lahir setelah Mahafiraun mengigau dan meracau-racau akibat tidur selepas waktu Asar. Itu saja. Tapi disebabkan dia seorang mandur yg berkuasa ketika itu, semua orang kecut telor tak berani bangkang.

Sekiranya Malaysia sejak 1980an mengambil iktibar dari negara-negara maju yg menekankan aspek pengangkutan awam yg terbaik, rakyat Msia akan ketiadaan kes kencing dalam botol di atas Lebuhraya PLUS mahu pun kes terberanak dalam kereta.

Satu contoh pengangkutan awam yg efisyen ialah keretapi. Keretapi akan bergerak lurus, laju dan berketepatan masa. Keretapi tak akan meredah road-block dan kena pau RM50-00! Kah kah kah!!!

Tapi kita terpaksa membeli biawak hidup Proton kerana itulah alternatif terbaik memandangkan pengangkutan awam yg macam pokaimak.

Ada teksi, silap haribulan kena sembelih. Ada bas, masuk gaung. Ada kapalterbang, boleh ghaib. kah kah kah!

Kajian sebenarnya menunjukkan Malaysia tidak mampu dari segenap segi untuk mengeluarkan kereta sendiri dan kajian juga telah menunjukkan lebih baik bagi Malaysia utk mengimpot kereta bagi kegunaan domestik.

Tapi Mahafiraun mana mau dengar cakap orang. Kan ke dia tu Mahafiraun? Kah kah kah!

Serupalah kalau kita cuma cuma membeli 30kg beras sebulan, tapi nak buat gila, nak glamer muka masuk paper dan nak tunjuk banyak duit, kita keluarkan modal bina kilang proses beras tepi rumah.

Itu kerja gila, bagi can la Mohtar BauKari proseskan beras utk kita. Bagi can la dia monopoli. Bagi can la dia kaya-raya.

Bukankah dia itu Melayu+Saudi+Turki+Libya+Algeria+Lubnan? Ini Melayu Islam ni! Idop ketuanan!

Kah kah kah kah kah!!!

Dol,

dengar sini Dol,

kereta Korea jenama KIA itu lebih kurang umurnya dengan Proton, tapi telah mengeluarkan berpuluh-puluh model yg menarik lagi eksotik dan erotik.

Proton?

sampai tua la kita berlendir-lendir menggentel Wira, Saga, Wira, Saga,Wira, Saga, nak stim lebih sikit try MyVi. Oooops! Itu usahasama dgn Jepun daaa,,,

Kah kah kah kah!!!!!!!!

Tuesday, May 20, 2014

Kutty Dah Sampai! Kutty Dah Sampai!

Madu tualang power! Click here




Orang Melayu mendidik anak dgn kecik2 lagi dah disuruh puasa. Kecik2 dah disuruh mengaji.
Salam cium tangan mak bapak.
Orang Melayu kampung belanja sekolah 2 kupang sehari. Yg pergi tanpa belanja lagi ramai.
Pergi sekolah jalan kaki. Balik jalan jugak, kadang2 berlari kena kejar anjing. kah kah kah!!!

Kemudian masuk sekolah menengah, kalau mak bapak senang. Kemudian masuk universiti kalau layak.

Semua benda diatas, ditanggung mak bapak Melayu.
Dulu ada biasiswa, sekarang ada ceti/along/haramjadah PTPTN. Idop Melayu!!

Ini menyebabkan anak-anak Melayu masuk DAP, menurut pandangan Mahafiraun. kah kah kah kah! Mahafiraun sudah mai! Dia sudah mai! kah kah kah

Didik la anak2 cara Sistem Kutty.
Pagi2 mncekik telur setengah masak.
Pergi sekolah naik Merc cermin gelap. Sekolah swasta, tak main sekolah kebangsaan.
Belanja sekolah, sebelah poket kiri RM50 poket kanan RM100.
Makan di kantin guna sudu garpu emas.

Kemudian masuk sekolah menengah. Kemudian kompom dapat masuk universiti.
Nak biasiswa? Tulis sahaja berapa mau.

Itu pasal,
anak Mahafiraun,
sorang meniaga kapal. Habis bengkrap kompeni, dgn anak2 kapal kena jual. Tak reti meniaga kapal, meniaga tongkang la! kah kah kah kah!
Dah bangkrap mintak duit Petronas tolong cover.

yg sorang lagi champion,
jadi tauke todi.

sorang lagi, nak berpolitik sangat.
Habis luruh rambut.

Kah kah kah kah kah!!!

Melayu Celup Terkaya Di dunia

Madu tualang power! Click here


Kah kah kah kah kah!

Mengata memang sedap.

Calon DAP itu Melayu luaran sahaja menurut Mahafiraun

Kah kah kah kah diri sendiri tak sedar, Melayu celup.
Jangan terkejut, mungkin juga Melayu celup terkaya di dunia.

Takkan dia sebagai bos Dolah ZZ, tapi Dolah ZZ lagi kaya?
Takkan dia sebagai bos Najib, tapi Najib lagi kaya?
Takkan Daim lagi kaya kot?
Mana aci Vince Tan lagi kaya?
Mana boleh Mokhtar BauKari lagi kaya?
Setidak2nya dia lah Melayu Celup ke-2 terkaya didunia selepas Sultan Brunei.
Takkan memerintah lebih 20 tahun, Mat Said lebih kaya dari Mahafiraun?

Jangan harap lah si Mahfiraun ini akan duduk menyandar di tiang seri masjid/surau selazim orang yg sewaktu dgnnya.

Jangan harap dia menyandar di tiang sambil meng'adjus-adjust'kan tulang belakangnya yang herot.

Jangan harap malam Jumaat dia duduk surau/masjid menunggu kot-kot ada majlis tahlil. Boleh makan free!

Jangan harap.

Sambil tidur pun boleh meracau, "இன்ஷா மொழிபெயர்க்க யார்? ஏமாற்றி கான் டா!"

Kah kah kah kah!!!


Monday, May 19, 2014

Datuk Razali Pun Dah Tak Takut Bini

Madu tualang power! Click here

Ini laksawan/jutawan/hartawan Melayu ke?

Taw la budak tu lawa. 
Sekarang dah beratur bersusun nak bertanya, interview & tumpang masuk frame. kah kah kah!

Razali pun nak masuk frame jugak. Kah kah kah! Tak takut bini marah?!?

Sebelum tu,

Razali kena tanya Mahafiraun, kenapa banyak sangat Cina/India jadi jutawan dizamannya sebelum nak cabar-mencabar.

Razali kena tanya kenapa rezab tanah orang Melayu dah hampir lesap.
Razali kena tau sapa yg mansuhkan tulisan Jawi di sekolah2 kebangsaan.

Razali kena tanya HAMNO dahulu, kenapa biasiswa anak Melayu dah tak ada.
Kena tau sapa buat PTPTN. Kena tau sapa yg ramai dijerat PTPTN.
Jawabnya, yg buat PTPTN, 
orang Melayu. 
Yg kena sengat PTPTN, 
orang Melayu.

Kelantan & Terengganu itu negeri Melayu; pokaimak hape Mahafiraun tak mau bagi royalti petroleum?
Bangsat hape HAMNO buat pekak?

Aku tau la geografi, sosiologi, ekonomi, fotografi, graffiti, ilustrasi Teluk Intan.
5 tahun aku bersekolah di sana.
Teluk Intan pun lebih kurang Sg Siput. Majoriti Melayu Islam.

Sg Siput telah berYB Sammy Velo berpuluh tahun. Tak ada sekor habuk orang HAMNO persoalkan, sebab ianya pilihan Mahafiraun.

Tak plak Si Razali ini persoalkan, atau mungkin ketika itu Si Razali masih lagi kencing menggigil..

Eh! Razali cabar-mencabar calon DAP cun ini, dah dapat kebenaran bini ke? Betul tak takut bini?

Kah kah kah kah!!!

Awek Cun DAP & Najib

Madu tualang power! Click here

Kah kah kah kah! Sekali atok tampor, 3 ribu tumbang. Kah ka hkah kah

Sapa undi DAP, siap. Atok nak tampor sekor-sekor!
wuarghhhh! @#$@%@??!? kah kah kah! 

Huru-hara Jantan HAMNO, Wanita HAMNO, Pemuda dan Puteri HAMNO sebab budak Melayu itu memilih DAP. Pulak tu cantik la pulak. Pandei la pulak. Kahkahkah!

Di atas faktor usia, ada beberapa Pak Lawak yg cuba menyamakan Najib & calon PRK Teluk Intan dari DAP. 

Menurut mereka ini, Najib pun bertanding di usia yg amat muda. Apa nak pelik?

Faktor umur bagi aku, memang lebih kurang.

Cumanya,
bezanya,

kalau bapak Si Najib seorang marhaen macam aku dan engkau, blom tentu Najib boleh  menang di Pekan. Blom tentu Dol......

belom tentu dia boleh naik mencanak jadi MB Pahang.

belom tentu dia boleh naik laju gila-babi dalam HAMNO.

belom tentu dia boleh jadi PM. Belom tentu dia akan dikaitkan dgn Altantuya. Belom tentu dia suka berkaraoke di P Dickson. Belom tentu Isa Katik cium tangannya. Kah kah kah!

dan, dan, dan....

belom tentu dia dapat kawen dgn rosmoh. Kh kah kah ka hkah kah kahkah kah ah!!!!

Oh Oh oh oh oh Oh Oh oh!

Kah kah kah kah kah!!!!!


Sunday, May 18, 2014

Gatei Juga MP Lenggong Ni

Madu tualang power! Click here

Marah konon. Kah kah ka kah!

Gatei punya MP Lenggong. Kh kah kah kah marah konon..

Semua orang taw budak tu lawa cun. Semua Puteri HAMNO jeles tak keruan. Semua orang taw. Kah kah kah kah kah!!

Marah gigit tangan konoooooonn.... kah kah kah kah!!

Cakap je la,

"Kalau budak tu nak gigit I satu badan pun I bagi, jangan la gigit tangan je.."

Gigit. Jangan tak gigit. Gigit sampei putuih. Kahh kah kah kah kah!

Lanjiou!!

Friday, May 16, 2014

Anjing Cukup Umur & Anjing Tak Cukup Umur

Madu tualang power! Click here

Ini anjing yg cukup umur. Bijak bergeliga.

Tadi khatib khutbah Jumaat berkisah tentang Hari Guru.

Aku tak tidur time khubah, sebab tak ada isi kandungannya yg menempik2 tentang 'idop ketuanan Melayu!', 'hanya HAMNO menjaga kepentingan guru!', 'kalau tak ada HAMNO guru2 makan rumput!'

Tak ada.

Khutbahnya bernas. Berkisar tentang kisah Imam Syafie dan seorang Badwi.

Telah dirakamkan sejarah, ketika Imam Syafie memberi kuliah kepada murid2nya, muncul seorang Badwi yg kotor, comot & hamprak.

Imam Syafie bangun, menghampiri Badwi itu dan memeluknya erat.

Murid2 terkejut (bukan terkejut macam ADUN Bt Besi daaa.... kah kah kah!) dan mereka mahukan jawapan kenapa Imam Syafie memeluk si Badwi yg kotor, comot & hamprak itu?

Jawapan Imam Syafie: "Badwi itu guru saya" (MB Ganu sekarang ni bekas guru tau? Tapi tak la kotor, comot & hamprak, hensem.... kahh kah kah kah!)

Guru macam mana pulak nih?

Pernah satu ketika, Imam Syafie yg penuh ilmu didada itu musykil tentang perangai & sifat anjing. Macamana nak bezakan anjing matang & anjing tidak matang? 

Si Badwi comot & hamprak itulah yg memberikan jawapan kerana dia berpengalaman berkawan dgn anjing yg menggembala biri2nya.

Menurut si Badwi, anjing muda kencing tak mengangkat sebelah kaki. Habis keting kena air kencing. Tak percaya, perati la! Kah kah kah

Anjing yg telah matang akan dgn machonya mengangkat sebelah kaki lalu memancut-mancut keatas logo HAMNO!

Kah kah kahkah!

Khatib tu takde la sebut HAMNO, itu aku tambah. Kah kahkahkahkah!

Sorong Papan Tarik Papan, Buah Kerandut Dah Naik Ke Bawah Dagu

Madu tualang power! Click here


Menurut puak2 HAMNO, 3 ekor itu cuma sorong dan cepat-cepat tarik, maka tiada apa-apa yg akan berlaku. Tak sempat dikemut-kemut pon. Kah kah kah kah!

Sebenarnya, ini adalah untuk mengelakkan lebih ramai lagi yg akan main sorong tarik kalau 3 ekor itu kena tindakan.

Bahaya. Kerana mungkin akan terdapat beberapa ekor yg sorong dan tak mampus-mampus tak mau tarik balik. Kah kah kah!

Baju mahal. Tie mahal. Spek mahal.
Tapi sayang, yg putih tetap putih, yg buruk tetap hodoh.
Kah kah kah kah!

Sekiranya kamu ada seorang anak perempuan Tingkatan 5 dan malahon diatas
ini seorang guru tuisyen,
sanggupkah kamu tinggalkan si anak bersama-sama dgn malahon ini 
di dalam sebuah bilik?

Subjek yg diajar oleh malahon ini, Ilmu Hisab!

Kah kah kah kah kah kah kah!
Mau?


Thursday, May 15, 2014

Dalam Diam Mat Said Punya Jet Peribadi

Madu tualang power! Click here

Nama jet peribadinya, Penguin Air MaT SA1d.

Kah kah kah kah!!!!


Sejarah negara kita belum lagi menyaksikan insan seberani Mat Nuar. Kena pijak, kena tinju, kena arsenik, kena macam2 lah. Sanggup terima. Kerana berpegang pada prinsip. Hidup lagi dia pun.

Ku Li hebat? Musa Hitam hebat? King Gaz hebat? Ptoooey!!

Mat Said? Kah kah kahkah

Dah kena terajang, cuba berlindung dibawah cadar berair berlendir si anak. 

Ptuiiih!

We Are All Terkejut Beruk!

Madu tualang power! Click here

We are all Broheng Ali!







Gambar last ni yg paling best. Kah kah kah kah!! Terkejut?

Mula-mula saya beruk. Lepas tu pikir-pikir punya pikir.

Bincang anak beranak dalam rumah, tanya pak mentua, tanya orang kampung, mereka semua sependapat. Try jadi katak pulak.

Maka saya jadi katak.

Tapi saya jadi katak sekejap sahaja, hasil amat kureeeng. Sakit anak tekak. Kah kah kah kah kah!!!

Maka saya ambil keputusan tanpa merujuk mana-mana pihak,

saya jadi beruk kembali. Yeah!!!!

Walaupun saya beruk, saya berjanji tak akan terkejut beruk lagi di masa akan datang.

Beruk rules OK? Kah kah kah kah kah!!!

Wednesday, May 14, 2014

Anak Sapa Ni?

Madu tualang power! Click here

Paling tepat, anak haram sapa?

Kita ada banyak JAKIM, PERKIM, JAIM, JAIS, KAGAT, MAGAT, MAK GAT. Tindakan?

Kalau tindakan tiada, kita tau lah anak haram sapa.

Gambar dicedok dari FB Hos Getah

Tuesday, May 13, 2014

Bayangkan Jika Mat Said Nak Kawin Lagi Satu?

Madu tualang power! Click here


Sejarah membuktikan kerajaan boleh lingkup gara2 segitiga perempuan.

Christine Keeler, Imelda, Matahari dan ramai lagi aku dah lupa, mereka ini penyebab/penyedap.

Terengganu bakal dapat MB baru gara2 segitiga sekangkang kera pompuan jugak kah kah kahkah kah!

Itu baru kes anak, dia sanggup bakar kelambu UMNO.

Kalau dia sendiri gatal nak berkenduri lagi? Kalau PM kata hold dulu? Kalau PM kata, "tak bley...! Aku pun satu je bini."

Kah kah kah kah!!!

Habis Terengganu. Bukan setakat runtuh sana sini di Terengganu.

Mau ranap di sapu Mat Said. Kah kah kahkah!

Ini bukan Mat Said sebarang Mat Said. Ini Mat Said Antartika.

Dalam sujuk ada keras! Kah kah kah kah kah!!!!

Apa Salah Mat Said?

Madu tualang power! Click here


Mat Said ini telah terlepas cakap.
Dah ramai orang bagitau, hati2 dgn perkataan 'anok badok', 'jambang' & 'pintu.'
Mat Said tidak berhati-hati.

1. "Mung makang amende gok? Gemuk serupe anok badok??" 
2. "Mung gi mane2 buat nyusoh, segala pintu kena tukor hok besar."
3. "Mung berok lame-lame, sekse jambang menahang berat badang mung!" 

Kah ka kahkah kahkah!

"Natang ayoh wang kah ka kah, berok tengoh jalang dok kkabor ke orghang!"

Kah kah kah kah!

Kompom UMNO Ganu pecah 14 sekarang ini.
Kut kalau PRU akan datang, Haji Hadi kantoi lagi di Ganu, tak tau la..
Try mintak tolong bomoh ayor nyor la pulak.
Kah ka ka hk ah kah kah kah kah kah kah!!!


Saturday, May 10, 2014

Terbaek Dari FB: Masih Ingat Mat Buih?

Madu tualang power! Click here

Di mana ada Saberi,
di situ ada Maslan.
Kah kah kah kah!

Syukur kita ada 2 menteri macam ini.
Kalau tidak, mana kita nak mencari bahan ketawa?
Kah kah kah kah!

Bodo.
Kuat makan gula.
Dengan semut-semut pun depa telan. Makan semut boleh bodo 44 hari!

Ini belum kita ambik kira Hassan Malek.
Kah kah kah kah!!!

Mampus kita kah kah kah!
Mampus kita kena kerat kaki minum teh tarik gula Mat Maslan.
Kah kah kah kah!!!!


Dipetik dari FB Abu Hashim

Thursday, May 8, 2014

Ya Allah! Sihat2 dan Gebu2 Belaka!!

Madu tualang power! Click here

Kah kah kah kah!

Kami suka berselfie! Kah kah kah kah!!!

Kami tak ada kerojer lain. Yeeah!!

Gambor dipetik dari FB Komeneh Gopeng

GST - Gagasan Selamatkan Tadpole

Madu tualang power! Click here


NGO pendesak makhluk amfibia lidah bercabang, PERKAtak mencadangkan supaya Zoo Taiping dan Zoo Negara mengetuai perhimpunan besar-besaran segala jenis katak dalam menyokong pelaksanaan GST - Gagasan Selamatkan Tadpole (berudu).

Presidennya seekor katak puru kulit muka tebal dan lidah bercabang 3, Broheng berkata, ia sebagai tindak balas kepada perhimpunan anti-GST 1 Mei anjuran NGO anti amfibia yang didakwanya telah mengelirukan alam rimba.

PERKAtak, katanya, akan memberi sokongan demi kebaikan seluruh rimba. 

Malah PERKAtak bercadang untuk mengadakan kenduri-kendara 44 hari 44 malam sekiranya ketua anti-GST itu masuk penjara sekali lagi.

GST penting menurut Broheng. Tiada GST, tiadalah tadpole. Tiada tadpole, tiada katak.

Tiada katak, sapa nak meraung panggil ujan? Kah kah kah kah!!!

Wednesday, May 7, 2014

Sultan Brunei Tak Boleh Dihudud

Madu tualang power! Click here

Kah kah ka hkah kah kah!

Aku dah tulis dulu, jangan cepat naik stim bila keluar berita hudud akan dilaksanakan di Brunei.

Kah kah kah kah!

Gambar dibawah salah satu punca, kahkahkahkah!

Sumber: FB Shahir Arifin

Sapa yg lebih maksum?

Mahafiraun ka Solotan Brunei?

Kahkahkahkah mampus kita, senang bebenor kena tipu!

Kahkahkahkah!

Monday, May 5, 2014

Bacalah, Kalau Kamu MASIH PERCAYA MH370 Terhempas Di Lautan Hindi

Madu tualang power! Click here

Di bawah ini telah dipastekan tulisan alAttas yg dicopy dari blog MSO

Menurut kenyataan rasmi, MH370 telah berkubur nun di Lautan Hindi. 

Sikit pun aku tak percaya.

Aku berpendapat, sesiapa yg percaya ianya telah lenyap di Lautan Hindi bolehlah diumpamakan percaya bahawa peti sejuk boleh dijual dgn laris di Kutub Utara & Kutub Selatan.

Sesiapa yg masih percaya, boleh teruskan membaca.

Ramai yang melihat dengan mata hati betapa sedihnya keluarga penumpang MH370 yang hilang macam itu saja tanpa meninggal sebarang pesanan kepada keluarga.

Tak pasal – pasal perempuan yang yang dulunya isteri menjadi janda, anak menjadi yatim, dimana tempat hendak mengadu? Dimanakahkan ku cari ganti? ‘Sesiapa saja yang mata kepala dan hatinya masih menyimpan sehiris perikemanusiaan akan menyalahkan yang salah dan menghentikan kesalahan itu daripada terus berlaku’ patutkah kita salahkan Tuhan? Tuhan tidak pernah zalim, ini kerja manusia durjana. Memang kita percaya hidup, mati, jodoh pertemuan, tanah kubur, adalah ketentuan dari Allah Subhana Wa Taala kepada mereka yang percaya pada rukun Iman. Berat mata memandang, tentu berat lagi bahu memikul begitu kata pepatah melayu.

Apakah selaku seorang pemikir penulis yang punya tanggungjawab, saya sekadar pandang, tengok macam lembu? Atau macam beruk? Kerana beruk ada persamaan dengan manusia. Manusia makan pisang beruk pun makan pisang juga. Mereka yang percaya pada teori Darwin mengaku datuk nenek mereka beruk, tak percaya yang manusia itu khalifah Allah diatas muka bumi. Tak ada consciences. Asal – usul saya dari Allah yang menciptakan Adam dan Hawa. Saya makan daging macam singa dan harimau sebab itu saya berani, tapi saya tak sanggup makan daging manusia seperti haiwan politik yang berideologi materialistik.

Saya bukan seperti orang yang buta pekak dan bisu tanpa rasa kepedulian? Itulah antara tanggungjawab ‘ulama pewaris nabi’ untuk menyampaikan hatta sepotong ayat. Sebesar – besar jihad adalah berani berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim. Manusia adalah makhluk yang alpa, Islam adalah agama yang nasihat dan menasihati. Ada masanya kita perlu berperang, kita perang dan bersedia mati syahid.

“Pelik Altantuya wanita yang datang dari Mongolia yang nak tuntut commission, jasad dan maklumat passportnya pun hilang. Apakah selepas terbitnya buku ini saya pun mungkin hilang. Lu Fikirlah Bro!”

MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang

Satu perkara penting yang tak banyak orang tanyakan pada diri sendiri. Bagaimana dia menghabiskan masa mudanya? Ketika dewasa dari mana dia dapat duit atau kekayaan? Dan bagaimana dia membelanjakannya? Itulah yang sedang saya fikirkan tentang nasib umat Islam yang berada di dalam MH370. Apakah mereka mati diluar atau didalam iman? Jika di umur muda, ketika nafsu menguasai diri, jika mereka tidak sempat meminta ampun, marilah kita berdoa semoga Allah akan mengampunkan dosa – dosa mereka, dan kita mengambil iktibar, kita tafakur dan muhasabah diri, untuk mengingatkan kita, apakah kita tahu bila dan bagaimana kita akan mati? Siapa sangka Karpal Singh mati ketika kemalangan. Dia akan dikenang sepanjang zaman, seorang lagenda yang tak ada ganti. Mari kita meminta keampunan semasa ada lagi waktu untuk bertaubat kerana Allah Maha Pengampun. Apakah kita sudah bersedia untuk melakukan taubat nasuha? Apakah kita sudah bersedia untuk mendekatkan diri dengan Tuhan kita? Kenapa tunggu tua nanti baru mahu beribadat.

Sudahkah kita bersedia menjawab dari mana kita dapat jutaan ringgit? Rasuah Berjemaah? Menyamun merompak guna imuniti dan kekebalan? Lu jawab sendiri dengan Tuhan Bro. Namun yang penting, Bagaimana kita mahu menghabiskan masa hari tua kita? Selain melakukan amal jariah meninggalkan anak yang soleh, apakah kita telah meninggalkan ilmu yang bermanfaat? Sekurangnya kita menghadiahkan buku yang boleh memberi manfaat dunia dan akhirat. Ahli politik namanya jika buku – buku pun tak mahu membaca? Apakah kita tidak nampak bala bencana yang lebih besar yang mungkin akan diturunkan? Iktibar dari MH370 rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap manusia yang bergelar pemimpin, kerana mereka tak pandai jadi pembohong, bohong yang disampaikan tak cukup hebat, hingga diragukan, kalau nak berbohong pun kena pro hingga orang tak tahu yang ianya satu pembohongan. Betul ke MH370 terhempas dilautan Hindi?

Cara Perdana Menteri Australia membuat pengumuman menambahkan keraguan kita, kerana mereka akan turun mencari hingga bulan 9. Hari ini sudah 53 hari hilang, kalau adapun serpihan sudah tenggelam. Kata beliau. Jawabnya pasti tak terjumpa di laut Hindi. Ia menjadi seperti peristiwa 9/11 bangunan dan rakyatnya korban di Amerika untuk merosakkan imej Islam. Jika terhempas di laut Andaman, kenapa pergi cari di lautan Hindi yang mustahil boleh terjumpa? Lu fikirlah bro! Please don’t insult my intelligent. Apakah tidak cukup dengan bala bencana yang sedang kita hadapi oleh umat Islam di negeri ini? Nasib baik kita telah melakukan Selawat Perdana dan Selawat Cinta Allah dan Rasul di beberapa tempat di Malaysia di mana ulama Wahabi tidak berkuasa. Untuk tahu peranan Wahabi baca bab Sejarah Ringkas Fahaman Wahabi dalam dalam buku MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang? Jangan nanti nasib Wahabi jadi macam nasib Syiah.

Obama selepas meninggalkan Malaysia pergi ke Filipina dan akan menjadikan negara tersebut untuk pertahanan Amerika selama 10 tahun. Sampai bila kita mesti jadi bodoh tak buat apa-apa? Untuk memerangi perang dingin yang dilakukan terhadap China di mana kita umat Islam menjadi mangsa. Akibat kita takut hendak menyoal disebabkan minda sudah terperangkap ‘Captive Mind’ disebabkan terlalu mengagung dan mendewa – dewakan manusia. Terutama Amerika musuh Islam yang mahu mematikan pengaruh Islam diseluruh dunia menggunakan pemimpin Islam sebagai alat.

Saya tidak pasti apakah yang bermain dalam otak manusia yang kononnya mempunyai ‘minda kritikal’, sepanjang tragedi kehilangan misteri pesawat MH370?

Ada orang kata kita kena main. Betul ke? Pelik, kena main dan kena tipu pun, kita tak tahu akibat ‘bebal’. Ini yang buat saya naik darah hingga terpaksa menulis buku. MH370 Hilang Kemana Najib Nak Menghilang? Tapi saya tak emosi.

Pandainya pemain silap mata menggunakan media massa hingga tak sempat kita terfikir apakah tak mustahil MH370 telah diletupkan di Lautan Andaman, ketika kita sedang sibuk menumpukan perhatian ke Laut China Selatan, apakah tak mustahil ‘kotak hitam’ sudah pun ditemui di Andaman supaya cerita sebenar apa yang berlaku di dalam MH370 dan semua rampasan ia telah disembunyikan siapa pun tak tahu melainkan yang menipu dan mempermainkan kita, hingga terpaksa pergi ke lautan Hindi untuk cari ‘kotak hitam’ yang memang tak ada disitu. Hebat sandiwara.

Saya tak peduli apa orang hendak kata tentang tulisan saya, macam sampah, saya pemfitnah mencari keuntungan dalam kesempitan, yang penting saya telah melakukan ‘fardu kifayah’ yang tak banyak orang mahu buat hari ini pertama mereka yang cinta dunia takut mati. Saya mengajak orang berfikir, apakah tak mustahil MH370 diletupkan dan semua penumpang dimatikan diatas pesawat lagi seperti yang di sampaikan oleh “AAIB memaklumkan kepadanya syarikat pembekal data satelit, Inmarsat telah melakukan perkiraan terhadap semua data menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini sehingga berjaya mengesan laluan terakhir pesawat” kata Najib Tun Razak. Apakah tragedi ini berlaku disebabkan Hakcipta Drone yang dimiliki oleh 4 orang China Amerika yang membawa kelengkapan untuk dipasang di China bersama seorang rakyat Amerika? Yang dikatakan 4 tan Buah Manggis.

Bayangkan mereka yang mengata saya ikut sedap mulut sekadar cakap di kedai kopi di facebook, apa yang mereka tahu mengenai bahaya Drone, pesawat yang terbang tanpa pilot yang digunakan di Yaman untuk membunuh mereka yang di musuhi tanpa sedikit belas ikhsan. Ketika mereka berada ditanah perkuburan atau di majlis kenduri, sebab itu kalau nak kritik buku saya, MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang, baca dulu buku itu. Tengok gambar Drone, baca bab bagaimana dan siapa sebenarnya yang membunuh mereka yang ada di menara kembar 9-11? Kalau mereka sanggup menghancurkan sebuah bangunan dan membunuh rakyatnya sendiri apa sangat 239 penumpang dalam MH370 kerana yang mendapat nama buruk Malaysia.

Manusia jangan jadi seperti anjing “seekor anjing menyalak anjing yang lain turut menyalak sama”. Kita ini pun haiwan juga, tapi haiwanunatik. Haiwan yang punya akal fikiran dan ada hubungan dengan alam kerohanian, manusia bukan sekadar haiwan yang pandai berkata, maka kenapa kita mengagungkan manusia yang lebih hina dari haiwan. Lebih setan dari setan. Selaku umat Islam kita ada dunia dan akhirat, ada roh dan jasad, ada awal dan akhir. Kita punya tanggungjawab selaku Khalifah Allah di muka bumi, itulah mesagge yang cuba saya sampaikan, selain mengisikan nama dan gambar – gambar penumpang kerana ramai yang masih menunggu kotak hitam akan hampa kerana setakat ini berita hanya di internet dan media massa, belum ada dalam bentuk buku.

Sudah tentu banyak pengajaran yang dapat kita pelajari dari Tragedi MH370 jika saja kita mahu berfikir. Bayangkan jika kita mati dalam keadaan arak dalam perut, kerana dalam MAS boleh minum tak ada undang – undang yang boleh tangkap walaupun kita orang Islam. Bayangkan badan kita tak bersih kerana tak mandi bersih. Belum sempat solat Isyak? Sebab itu dalam perjalanan jauh perlu solat musafir dan berdoa kerana di mana juga kita berada, pada bila – bila masa, maut boleh cari kita. Apakah kita sempat mengucap dua kalimah syahadah La illahail Allah Muhammadur Rasulullah. Mati dalam Iman? Kebetulan saya telah dilabel sebagai penulis yang Pro UMNO. Bukan mudah bagi seorang penulis untuk menggalas misi berat untuk memastikan Malaysia tidak terpesong dari landasan yang di iktiraf sebagai masyarakat antarabangsa yang maju sebab itu kita perlu menjaga nama baik bangsa dan negara dan berani berperang dengan siapa saja yang bersubahat dengan musuh – musuh negara kerana mereka adalah pengkhianat seperti Si Kitol di Melaka dan Sang Rajuna Tapa di Singapura. Penderhaka kepada agama, bangsa dan negara.

Tanggungjawab mempertahankan agama, bangsa dan negara bukan seorang Perdana Menteri dan para pemimpin politik, tapi ianya menjadi tanggungjawab penulis, para pemikir dan para ulama yang mempunyai jiwa jihad. Cintakan negara adalah sebahagian dari Iman.

Hebat macam manapun lakonan Hishamuddin di pentas sandiwara, orang tahu dia bukan seorang penipu yang professional, dia gagal hendak membohongi kita, cara menjawab soalan media tak dapat menyelesaikan masalah jangka panjang hal – hal yang berkaitan dengan ‘common sense’ payah akal kita nak terima. Bukan semua rakyat Malaysia bodoh. Ibarat “sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah”. Jika Najib berhenti selaku Perdana Menteri sejauh manakah Hishamuddin boleh menguasai kementerian, yang perlu menyelaras antara satu sama lain? Memanglah dia hebat kalau di banding dia sebelum tragedi MH370 dari segi Image Building dia menang. Jika dia bertanding kerusi Naib Presiden sekarang pasti dia dapat undi terbanyak meninggalkan Mukhriz Tun Mahathir jauh kebelakang.

Saya tak setuju, dia mewarisi kerusi PM. Bukan kerana saya dengki iri hati, bukan ada anak saya yang mahu jadi Perdana Menteri, kerana bapa Hishamuddin Tun Hussein tak sehebat Tun Razak atau Tun Mahathir. Jika tuan menebang jati biar serpih jangan tumbang, jika tuan mencari ganti biar lebih jangan kurang. Itulah kerja saya selama ini selaku king maker dalam politik Malaysia.

Buku – buku saya sebagai bukti. Bermula dengan Siapa Selepas Musa. Klimax Challenger Siapa Lawan Siapa. Baca buku Musa Hitam Lawan S.H Alattas oleh Halim Mahmood Integriti dan kredibiliti penulis menjadi ukuran sejauh mana dia layak diiktiraf selaku The Writer, tugasnya sebagai penyampai suara hati nurani rakyat yang perlu menyuarakan suara Tuhan, bukan suara TUAN KAU, selagi berTuankan Allah sebagai Boss. Allahu Akbar Allahu Akbar. Takbir.

Apakah kita buta atau bodoh ‘Bebal’ melihat Najib dan Hisham gagal membohongi kita semua. Kalau hendak jadi pembohong, berbohonglah dengan pintar (credible lie) kerana rakyat yang bersifat intelek, boleh tahu sama ada fakta yang digunakan untuk menyokong pembohongan itu, fakta yang dicipta (manufactured fact) atau fakta asli (natural fact). Itulah sebabnya saya terpaksa menulis buku ‘JANGAN JADI BODOH’. Kalau hendak berbohong, bohonglah sehingga diri sendiri pun percaya bahawa cerita karut marut yang disampaikan itu satu cerita benar. Baru best. Macam Obama menyatakan dia terlalu sibuk hendak berjumpa Anwar Ibrahim, sebenarnya dia hendak bunuh karier politik Anwar untuk menaikkan imej Najib dan Hishamuddin.

Kita adalah makhluk tiga dalam satu. Minda, jasad dan roh. Asal dari tanah kembali ke tanah. From dust to dust. Mati ditengah laut ini perkara biasa bagi mereka yang dulu pergi mengerjakan Haji, mati dilaut diturunkan ke laut, dibawah laut ada tanah juga. Yang kita tinggalkan sesudah mati dua benda, nama baik dan nama jahat. Apa yang saya dokumentasikan dalam tulisan dibuku saya mengingatkan kita nama baik atau nama jahat yang akan kita tinggalkan. Apakah kita seperti Firaun, Namrud atau khalifah Umar bin Abdul Aziz atau Sultan Ibrahim Adham atau seperti Imam Khomeini atau Ghandi, Abraham Lincoln atau Buddha. Kita hanya terhutang nyawa pada pencipta, tidak terhutang hidup dengan mana manusia, sebab itu saya tak takut berkata benar. Jika kita takut pada Allah pasal apa hendak takut dengan manusia. Lu fikirlah Bro.

Bolehkah kita, hentikan cakap – cakap rakyat yang semakin hari semakin kencang ketika kredibiliti kabinet yang memerintah diragui dengan kedatangan Obama? Obama pun badut Joker dia buat apa saja yang disuruh takut hilang jawatan. Setiap orang yang memasuki politik, ‘fikir’ dialah yang paling layak jadi Perdana Menteri. Ingat pesan pepatah jangan ukur baju di badan orang ukur di badan sendiri.

Dulu dulu dulu, jangan nak kata hendak jadi Imam apalagi nak mengaku Ulama, hendak jadi ketua darjah pun kebanyakan murid menolak, kenapa? Kerana kita sedar diri, kita ada maruah, kita kenal siapa diri kita, jangan ular lidi nak jadi ular sawa, cicak mengkarung biawak berlagak macam naga. Kerajaan yang ada adalah kerajaan kita, government of the people, by the people for the people, bila telah disalah gunakan menjadi kerajaan keluarga mereka yang berkuasa. Apakah salah jika kita bersuara? Dulu Sultan saja, yang boleh bersultan di mata beraja dihati. Berikan sesuatu jawatan kepada orang yang tidak layak maka tunggulah akan kehancurannya. Bolehkah saya tidur nyenyak ketika bangsa dan negara kita sedang menuju jurang kehancuran akibat jawatan diberikan kepada yang bukan ahlinya.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Perdana Menteri telah menyiapkan pengganti yang baik iaitu Tun Razak bukan Putranya Tengku Nerang Putra. Tun Hussein Onn merasakan dia tidak layak, meletak jawatan bila Suleiman Palestin bertanding kerusi Presiden UMNO dan mendapat sokongan pemimpin dan ahli UMNO. Akhirnya Mahathir terpilih, penggantinya terbukti jauh lebih baik dan berjaya memerintah negara selama 22 tahun. Kelemahan Tun Mahathir tidak membuat persiapan untuk calon menggantikannya, sedih bila pengganti macam Abdullah Badawi, Menteri Tidur diganti Najib, Menteri Takut Bini.

Atas kesedaran bahawa Perdana Menteri dan negara kita berada bawah tekanan dan ugutan pihak tertentu, terutama Amerika yang merasakan negaranya sebagai ‘Super Power’ dan Polis Dunia dan pengaruh media masa arus perdana cuba mengkagumi Obama sebagai Presiden yang datang untuk menyelamatkan kita dari China selaku kuasa besar dari rantau ini dan betapa baiknya Amerika datang menolong mencari MH370 kita terlupa bertanya, apakah tidak ada agenda yang tersirat, hidden agenda? Mungkin apa yang dikatakan buah Manggis dalam Kargo itu rahsia Negara. Ingat senang ke nak dapat hingga bertan – tan buah Manggis ketika bukan musim buah Manggis. Mungkin China pun tahu kemana hilangnya MH370 itu dan kemana MH370 menghala? Tapi untuk menjaga rahsia Manggis mereka pun terpaksa turut mengiyakan cakap Najib. Apakah tak mustahil Amerika memilih Selat Melaka untuk dijadikan Pengkalan Tentera Amerika? Supaya dia dapat menguasai Selat Melaka? Untuk menguasai nusantara?

Untuk pengetahuan Najib dan para pemimpin sekelian, zaman dan era rakyat boleh kena bodoh mudah di kelentong dan digula - gulakan sudah berlalu, itupun mereka belum baca lagi buku saya ‘Jangan Jadi Bodoh’. Rakyat sekarang ini berada di zaman langit terbuka mereka sudah mahukan Islam selaku Addin. Inilah yang ditakuti oleh Amerika dan sekutunya.

Musuh – musuh Islam tahu bila umat Islam sudah tidak lagi mempercayai sesama manusia terutama orang politik mereka dan mahu mempelajari ilmu kenal diri dan Tuhan dan alam kerohanian. Tak ada lagi benda – benda yang boleh disembunyikan dalam kain, atau di mana saja bila mata hati sudah celik. Ramai yang jadi bodoh hari ini kerana mereka tak kenal diri dan tak kenal Tuhan yang disembah. Dan mata hati mereka buta.

Saya sedih bila Malaysia sudah jadi macam kuih bakar, atas api bawah api, oleh dua kuasa besar China dan Amerika. Apakah tragedi MH370 ini akan menjadikan Malaysia sebagai keldai dadah Amerika? Lu fikirlah bro!

ManusiaTerkaya Di Dunia Ialah Manusia Melayu

Madu tualang power! Click here

Trillionaire Kamal Ashnawi
Ini dia manusia terkaya di dunia. Idop Melayu!
Kah kah kah kah!!!

Setiap tahun Forbes akan keluarkan list sapa terkaya di dunia, di Eropah, di Asia dan tak ketinggalan di Msia.

Bila kita tengok list, time tu jugak kita tahu list itu menipu. Sebabnya list itu cuma ada YTL, Ananda, Robert Kuok dll.

Mana Mahafiraun? Mana Daim? Bagi aku list manusia terkaya di Msia mesti dimulakan dgn Mahafiraun, kemudian Daim dan seterusnya baru boleh bagi kroni-kroni hamprak. Takkan lah memerintah lebih 20 tahun tak boleh jadi org terkaya Msia...... Kahkahkahkah!!!

Tapi. Tapi... kah kah kah kah!

Menurut Celebrity Networth ada seketui Melayu mengaku dia lah Qarun, dia lah manusia terkaya di planet bumi. Kah kah kah kah kah!!!

Idop ketuanan! Lambong songkok tinggi-tinggi!

Achtung Baby! 25 Simptom

Madu tualang power! Click here

Artikel ini dipetik dari Harakah

Baca punya baca, aku kena 2 simptom.
Simptom kebas2 tangan & simptom cepat naik angin.
Tanda2 sakit jantung & darah tinggi.
Subhanallah.

Anda bagaimana?

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

 1. MATA : (Bertindak balas dengan keadaan hati).
 i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
 iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
 v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

 2. HIDUNG : Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
 i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
 ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
 iii) Bersin : a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

 3. BATUK :
 i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. 
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG :

i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR : (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin. c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah. 
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi. 
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan. iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang. 
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan. 
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT BERPELUH : i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik. ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI 

a) Sakit sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout). 
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) . 
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN 
 a) Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. 
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala. Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. 
 c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala. 
 i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. 
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. 

 d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain. 
 e) Bisul Terjadi di Kepala Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. 
 f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH 
a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. 
 b) Muntah Darah 
 i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan 
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING : 
a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran 
 b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. 
 c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. 
 d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. 
 e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR : 
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
 b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil. 
 c) Najis Berdarah 
 i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut. 
 d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN : 
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah. 
 i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. 
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan. 
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. 

 b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
 c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. 
 d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : i) Sistem jantung yang lemah. ii) Sistem saraf otak yang lemah. iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.