Wednesday, July 31, 2013

Tapi Sayang, Sanjeevan Bukan Adik Pengerooosee Taboong Hajee

Madu tualang power! Click here
Pengeroosee Tabong Hajee
Datook Sree Azeez

Sehingga catatan ini dibuat, menurut http://www.freemalaysiatoday.com/, telah 4 hari peluru melekat ditulang rusuk Sanjeevan dan beliau dilporkan masih didalam keadaan kritikal.

4 hari. Empat hari. Ampat hali. Four days. Ini kes kena tembak. Bukan kes demam denggi.

Sayangnya Sanjeevan itu bukanlah adik bongsu Pengeroosee Taboong Hajee, cucu Mahafiraun atau kaum kerabat payung kuning.

Sekiranya beliau ini ada kena-mengena hujung kuku dengan Samy Vello sekalipun, aku percaya Sanjeevan tidak perlu ambulan untuk ke Hospital Serdang dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Bahkan, satu Hospital Serdang itu akan diangkat dan dibawa ke Seremban untuk merawat Sanjeevan.

Di celah-celah manakah orang-orang baik di Malaysia ini menyorok? Mana doktor baik, drebar ambulan baik, polis baik, nurse baik atau tukang sapu wad yg baik?

Dunia ini porak-poranda kerana orang-orang baik lebih suka berdiam diri, menyeluk saku dan menggaru telor masing-masing.

Pakaian Kesukaan Rasulullah

Madu tualang power! Click here
Sumber: amalankesukaanrasullah.blogspot.com

Adalah Nabi kita Muhammad SAW semasa hayatnya sangat berminat dan gemar dengan pakaian putih dan bersih, tertutama sekali pada hari Jumaat untuk hadir Solat Jumaat dan majlis-majlis keramaian, kerana warna putih itulah asal segala warna-warna lain.

Walaupun Nabi amat suka dan minat pada pakaian warna putih tetapi pada hari raya Nabi selalu pakaian pakaian berwarna dan baru(bersih).

"SESUNGGUH ALLAH ITU LEMAH LEMBUT (BERSIH) dan DIA SUKA PADA YANg PUTIH BERSIH."

Bagaimana pula pakaian putih terhadap umat-umatnya?

Pertama - Di dalam kitab Bahrulmazi ada menyebut bahawa Siti Aishah RA menceritakan hadis Nabi SAW yg berbunyi :

"ADALAH NABI ITU BERMINAT DENGAN PAKAIAN YANG PUTIH BERSIH DAN BENCI PADA PAKAIAN YANG KOTOR."

Maka pada hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan bagi sekalian umat-umatnya berpakaian dgn pakaian yg putih dan bersih, terutamanya untuk hadir Solat Jumaat dan Jemaah, dan juga pada tempat-tempat keramaian kerna mengikut perbuatan Nabi SAW.

Kedua - Adalah Nabi SAW memakai apa-apa pakaian yg diperolehi, kain sarung atau kain selendang atau baju kemeja atau jubah. Dan Pakai yg berwana yg diminati oleh Nabi ialah warna HIJAU dan kebanyakan pakaiannya berwarna Putih. Beliau Bersabda :

"PAKAIKANLAH KAIN YG BERWARNA PUTIH ITU KEPADA ORANG-ORANG YANG MASIH HIDUP DARI KAMU, DAN KAFANKANLAH DENGAN KAIN PUTIH ITU AKAN ORANG-ORANG YANG SUDAH MATI DARI KAMU" Maka difahamkan dari hadis ini, menunjukkan bahawa sunat bagi kita sekelaian memakai dan memberi pakai kepada anak-anak mahupun keluarga pakaian yg berwarna Putih kerana mengikut perbuatan dan suruhan Nabi SAW.

Adalah Nabi kita Muhammad SAW amat suka denagn baju kurung panjang (jubah) iaitu baju yg dijahit labuh. Dan Nabi SAW juga suka kain yg tidak berjahit iaitu kain Hirabah (Selendang) yg berwarna Hijau ditenun dari kapas berjalur yg datang dari Negeri Yaman. Maka adalah Nabi sehingga wafatnya suka pada kain ini dan diserkupkan jenazahnya dengan kain ini. Maka amat suka Nabi SAW kain Hirabah itu, sebagaimana tersebut didalam sebuah hadis : Daripada Anas RA katanya :

"Adalah sekasih-kasih pakaian kepada Rasullah SAW itu dan yg juga selalu dipakainya ialah Hirabah."

MB Kedah Anak Mahathir

Madu tualang power! Click here
Mukhriz Mahathir

Tengok elok-elok muka Mukhriz. Tengok dalam-dalam dari hati nurani bukan hanya dengan mata kasar.

Mukhriz ini baik orangnya. Pijak semut, semut menari-nari.

Kepala botak rambut habih luruh dek kerana kuat memikirkan permasalahan ummah. Dahinya luas seluas pandangannya.

Matanya lembut merenung ke dalam bijik mata setiap marhaen yg datang mengadu.

Sikit pun aku tak percaya MB botak ini tahu menahu tentang Kolej Insaniah yg akan dibatu-nisankan.

Gambar dicedok dari http://bm.harakahdaily.net/

Gambar diatas pula ialah sebahagian dari 500 pelajar, ibubapa dan bekas pelajar KUIN yg berdemonstrasi menuntut supaya tidak dipindahkan pengajian mereka dari Kuala Ketil ke Stargate, Alor Setar.

Bawak sepanduk, bersorak tengah hari rembang. Orang Melayu, di negeri Melayu dan di bumi Melayu yg diperintah Melayu Islam sama seperti Melayunya dan Islamnya Azizan Razak, cuma bapak dia berasal dari Kerala, India. Bezanya parti dan dasar politik.

Disinilah peri pentingnya kuasa. Kuasa membolehkan kita lancar membuat kerja. Usaha amat mudah dilincirkan dengan kuasa.

Berzikirlah sampai lekuk-lekuk tempat duduk dalam surau, tanpa kuasa kita tidak akan dapat merubah apa-apa.

Sayang Kedah seribu kali sayang.

Tapi Terengganu lagi seploh ribu kali sayang, tak tau sampai bila nak duduk bawah ketiak UMNO. 

Padahal big boss duduk sana.