Sunday, June 23, 2013

Rendam Sedap-sedap Tak Perlu Cabut-cabut

Madu tualang power! Click here

Jerebu sudah menjadi acara tahunan. Tiap tahun akan keluar angka kawasan mana yg champion dan kawasan mana mencorot dilanda jerubu.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga mak bapak pastinya resah bila anak-anak kecik selsema, demam dan batuk-batuk berpanjangan akibat jerebu.

Jerebu mengopak poket mak bapak kerana anak-anak kecik yg jatuh sakit perlu ke klinik. Biasanya mak bapak akan memilih klinik swasta dari klinik kerajaan yg layanannya macam hampas, datang pukul 9 pagi pukul 12 tengahari belum tentu dapat ubat. 

Punca jerebu ialah pembakaran terbuka secara besar-besaran. 

Pembakaran ini banyak dilakukan di Indonesia. Dajal-dajal yg membakar sesuka hati ini ialah tuan punya ladang sawit. Samada untuk memugar tanah baru atau untuk penanaman semula, bakar ialah cara paling murah untuk membersihkan kawasan.

Jangan kita tak tahu, dajal-dajal tuan punya ladang di Riau, Indon itu adalah rakyat Malaysia. Ladang Datuk Kong Ket Kuat, Ladang Datuk Korek -Korek Korek. Ladang Datuk Seri Mohtar al Bau Kari. Sapa berani sentuh?

Itu pasal bila jerebu sampai, puak-puak UMNO buat-buat tak kisah. Kalau jerebu kuat sangat, Mahafiraun & the gang mampu lari ke Bali.

Pihak Indon dengarnya sedang menyiasat ladang-ladang itu, tapi kita boleh simpulkan bagai 'melepas batuk selepas kencing' sahaja. Akan tiada tindakan susulan. Macamana tindakan akan diambil, sedangkan ladang-ladang itulah menyumbang pendapatan untuk Indon.

Tuan punya ladang sememangnya memilih Indon bukan Filipina, kerana Indon tidak menandatangani perjanjian melarang pembakaran terbuka bagi rantau ASEAN.

Terbaru, Najib dan balacinya Datuk Seri Palabana mengumumkan darurat bagi kawasan Muar kerana bacaan index API telah melebihi paras 700. Paras ini bahaya. Pendedahan lama dikawasan terbuka boleh menyebabkan manusia sesak nafas dan pitam.

Kita rakyat marhaen terpaksalah menanggung bala. Bala memberi undi 47% untuk UMNO 53% untuk PR.

Sedangkan Mahafiraun, Najib & the gang kalau dah rimas sangat, boleh cabut ke Bali.

Boleh enak-enak duduk dalam hotel tak payah cabut-cabut.