Monday, April 22, 2013

Hj Hadi vs Dr Nasir

Madu tualang power! Click here
Artikel ini dicedok dari blog kulup sakah. Sedap artikel ini, kalau dak aku tak tempek kat blog aku ni. Artikel ini mewakili pandangan beliau tentang Hj Hadi dan Dr Nasir


Tentang isu pertindihan kerusi antara Pas dan Pkr, Haji Hadi dalam video yang dapat ditonton menjelaskan bahawa berlaku sedemikian selain parti rakan lambat hantar nama dan membuatkan Pas terpaksa hantar, ia bertujuan untuk menyelamatkan PR.

Haji Hadi kata ada calon PR yang Pas tak percaya, ada juga yang huru-hara dan jual pil kuda. Pas takut katak-katak akan melompat sepertimana Perak tumbang dahulu. Dalam video itu juga Haji Hadi mengutuk fahaman komunis yang diharamkan di Malaysia dan kita faham yang dimaksudkan adalah Parti Sosialis Malaysia. Haji Hadi menyifatkan Lenin, Stalin dan Marx ibarat Nabi Muhammad kepada mereka.

Paparon faham kebimbangan Haji Hadi berasas. Ada calon PKR melompat. PKR sehingga hari ini tidak belajar tentang isu ini. Letak calon payung terjun.

Tetapi Paparon nampak cara Hji Hadi ini agak angkuh dan menyinggung perasaan. Semangat kebersamaan dengan Pakatan Rakyat tidak ditunjukkan. Hadi kena ingat ketika orang PKR dan DAP melompat, ada orang Pas 'deal' dengan Umno untuk kerajaan Selangor campuran. Dan semua tahu Kerajaan Perpaduan anjuran Umno untuk berpadu dengan Pas disokong Hadi sehingga Nik Aziz sendiri mengeluarkan kata dua. Pertemuan antara pemimpin Umno termasuk Sultan Mizan tentang isu UG semua orang tau. Mujur ada Nik Aziz yang tak setuju. Hari ini taik-taik isu yang Hadi sokong ini terpalit di muka Hassan Ali, Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa. Projek 16 September gagal kerana siapa? Semua orang tahu.

Kes parti komunis ini mengingatkan saya pada 2004 apabila Nik Aziz tidak setuju Syed Husin Ali bertanding di Kelantan atas alasan Syed Husin sosialis, tak percaya Tuhan. Paparon hairan, Haji Hadi seakan baru keluar dari gua dan tidak mengenali Dr Nasir Hashim presiden PSM. Takkan Paparon nak kenalkan pula? Dr Nasir pernah ditangkap ISA dalam Operasi Lalang 1987. Sebelum-sebelum dan selepas tahun itu banyak kali juga Dr Nasir masuk lokap kerana beliau tetap konsisten memperjuangkan isu rakyat seperti pencerobohan tanah, isu pekerja dan sebagainya. Tetapi Dr Nasir tak gila publisiti, malah media dulu tidak sehebat hari ini. Siapa yang tahu.

Lapan sembilan tahun dulu Paparon sering berulang-alik ke pangsapuri Dr Nasir untuk membuat rawatan akupunktur terhadap An-Nur dan arwah Annisa. Dr Nasir caj murah. Ini ilmu yang Dr Nasir ada dan gunakan untuk berbakti. Sama juga Haji Hadi yang mencurah ilmu berkuliah di Rusila.

Kami masa itu tidak tahu siapa Dr Nasir, hanya terbaca iklan akupunkturnya di Harakah. Kami pergi. Paparon masuk pangsapurinya. Ada juga anak murid berbagai bangsa belajar dengannya. Di dinding ada beberapa lukisan yang dilukis sendiri oleh Dr Nasir. Jarang doktor berseni. Lukisan abstraknya mempalitkan kalimah-kalimah Allah menjadi indah dengan warna-warna. Ada karikatur kartunis Rossem melukiskan wajah-wajah pejuang hak asasi ketika itu. Ketika Paparon menyebut nama-nama karikatur yang dilukiskan seperti Sivarasa, Irene Fernandez dan lain-lain, Dr Nasir terkejut dan bertanya, " Awak kenal?". Paparon jawab "Ya!". Dr Nasir hanya tersenyum. Tidak pula dia ceritakan siapa dia. Cuma Paparon dan Sham syak dia tentu seseorang hebat. Barulah Paparon siasat dan akhirnya tahu siapa Dr Nasir.

Dr Nasir adalah presiden sebuah parti politik di Malaysia yang paling mudah hendak dipeluk dan berjabat tangan. Tiada pengawal menjerit keras dan tegak "Beri laluan! Beri laluan" seperti Haji Hadi ketika berada di majlis-majlis mahu pun berceramah. Salam pun tak pandang muka. Jarang juga Haji Hadi menyantuni kawan-kawan kami yang berniaga di tapak-tapak ceramah, yang menyokong dia.

Dr Nasir yang sosialis ini, yang katanya pengikut Lenin ini sejak dahulu tak pernah belot dan tunduk kepada kekuasaan. Pemimpin lain yang dikatakan hebat, pernah. Dr Nasir seperti dulu, berkemeja pudar warna, seluar longgar selesa dengan beg sempoi, kalau tidak berkasut hanya bercapal. Jarang bermuka masam ketika bersalam.

Sekurang-kurangnya itu yang Paparon nampak. Paparon tidaklah kenal dengan Haji Hadi tetapi sesiapa yang nak kenal Dr Nasir begitulah beliau. Tetapi Paparon tidaklah rapat. Tidaklah seperti kawan Paparon seperti Nalini, Bawani, Madhavi, Arul atau Mandeep dan Nazreen yang lebih rapat dengannya.

Paparon hanya cerita dari apa yang Paparon lihat dari mata Paparon- seorang mat sebok di majlis-majlis memuja dan menzikirkan nama pemimpin.

Berapa Orang Anak Perempuan Hj Hadi?

Madu tualang power! Click here
Ayah Pin pulang mengundi?

Aku tak tahu. Aku bukan orang Terengganu.

Tapi setakat ini aku dah tahu nama 2 orang menantu laki-laki Hj Hadi dan kelakunya sekali.

1. Ustaz Din Ayam. Nama ini keluar dalam freemalaysiatoday.com dan malaysiawaves.net.

2. Usaz Akmal. Nama ini aku jumpa dalam Sinar Harian dan aku abadikan dalam blog ini melalui posting tentang kemelut yg berlaku di DUN Selama


Semua pak mertua sayang menantu.

Nik Aziz sayang Arifahmi. Mat Nuar sayang laki Izzah. Kit Siang sayang Betty Chew. Dolah lagi la sayangkan Khairy.... kah kah kah

Tapi, bak kata pepatah, 'Sayang bini tinggal-tinggalkan. Sayang anak tangan-tangankan'

Sayang menantu?

Pecat-pecatkan.