Wednesday, April 17, 2013

Bagaimana Persempadanan/Gerrymandering Menguntungkan UMNO?

Madu tualang power! Click here
Dicedok dari Asia Sentinel

Kencinglah!

Berdasarkan daftar pemilih yg terbaru, Kapar yg dimenangi PKR pada tahun 2008 mempunyai 144,369 pengundi berdaftar manakala Sabak Bernam yg dimenangi BN mempunyai 37,390 pengundi berdaftar.

Kedua-dua kerusi ini terletak di Selangor. Perbezaan yg begitu ketara ini dapatlah disimpulkan sebagai memang satu amalan pemerintah dalam melonggokkan sebanyak mana pengundi pro-pembangkang kedalam sesebuah kawasan manakala pengundi pro-pemerintah akan diserakkan ke dalam beberapa daerah-daerah kecil untuk memaksimumkan kebarangkalian kerusi yg akan dimenangi calon pro-pemerintah.

Ong Kian Ming, Pengarah MERAP dan seorang panel dari DAP dalam sebuah forum telah menyatakan kerajaan telah melambakkan pengundi pro-pemerintah ke dalam daftar pemilih kawasan pro-pembangkang yg kritikal untuk dimenangi kerajaan. Sejak 2008, daftar pemilih di Selangor telah meningkat sebanyak 660,000.

Pemerhatian Ong Kian Ming itu hanyalah sebahagian kecil dari ketidak-adilan proses pengundian yg mana terdapat banyak isu lain yg tidak lagi diselesaikan seperti; pendaftaran pengundi palsu, pengundi diugut dan ketidak-bebasan bersuara aktivis politik.

Ini bermakna, sekiranya pembangkang ingin mengusai Putrajaya, PRU13 perlu diraih dengan kemenangan yg besar. Sumber dalaman UMNO dengan yakin mengatakan ianya tidak akan berlaku.

"Secara keseluruhan, kami sedang berusaha untuk mendapat mandat 2/3 bukan untuk membentuk kerajaan", katanya.

Pun begitu, kajian mendapati UMNO/BN hanya mendahului dengan kelebihan yg terlalu tipis masakini dan kemungkinan akan terjadi 'Parlimen Tergantung' tidak boleh ditolak.

BERSIH, yg telah bertungkus-lumus selama lebih 2 tahun untuk mereformasikan daftar pemilih, namun amat kecil sekali kejayaannya. Masalahnya, SPR yg sepatutnya badan berkecuali telah memilih untuk menjadi barua kepada kerajaan apatah lagi ianya memang terletak dibawah telunjuk Jabatan Perdana Menteri.

"Ketidak-tentuan telah menjadi seperti amalan biasa dalam setiap PRU", kata Wolfgang Shacsenroeder, professor Monash Universiti. "Membeli undi, membawa pengundi mengundi di daerah lain, mengundi berulang-ulang, pengundi hantu, memberi hak mengundi kepada warga asing dan bermacam lagi bentuk penipuan".

Suara Ong yg mewakili pembangkang dipersetujui oleh badan-badan yg memerhati proses pengundian dari negara-negara seperti India, Indonesia, Filipina dan German. Semuanya berasa khuathir dengan perkembangan yg menunjukkan pertambahan mendadak jumlah pengundi di kawasan yg telah dimenangi pembangkang. Ini sudah tentu salah satu cara untuk memenangkan calon UMNO/BN.

Senator Nick Xenopohon salah seorang dari badan pemerhati 6 negara itu telah dinafikan kemasukannya ke Malaysia atas alasan 'risiko keselamatan'.

Laporan turut menyatakan, 'daftar pemilih amat meragukan kerana terdapat berpuluh ribu pengundi yg tidak dapat dipastikan kewujudan mereka'. Manakala, anggota tentera bimbang tindakan akan diambil sekiranya memilih untuk mengundi pembangkang.

Menurut Ong, terdapat 3.7 juta pengundi baru di seluruh Malaysia. 34% didaftarkan oleh parti politik, 29% berdaftar melalui Pejabat Pos, 20% melalui SPR manakala 10% melalui JASA.

JASA ini pun cukup haramjadah. Ianya dibolehkan buat kerja ikut suka hati memandangkan ianya dibawah kementerian penerangan dan diketuai oleh Datuk Fuad Hasan yg dikalahkan oleh Azmin Ali pada tahun 1999.

Beliau sendiri memberitahu media, "JASA adalah barua Barisan Nasional juga, yg mana tugasnya ialah terbabit dalam aktiviti popaganda. Kami akan mengumpul maklumat dan maklumat-maklumat tersebut akan dipergunakan untuk menguntungkan Barisan Nasional. Skop tugasan kami amat luas dan melebihi skop Cawangan Khas".

Pembangkang melakukan kejutan pada tahun 2008 apabila memenangi negeri terkaya di Malaysia, iaitu Selangor. Hari ini, jelas Ong lagi, 8 daripada 10 kerusi yg mempunyai pengundi muda teramai adalah dari Selangor.  Manakala 2 lagi terletak di Johor. Johor juga disebut-sebut sebagai antara negeri yang akan jatuh ke Pakatan Rakyat.

"Sebab musabab pembahagian/persempadan pengundi yg tidak adil ini sudah tentulah untuk menguntungkan UMNO/BN", kata Ong. "Kesemua kerusi yg berkepadatan tinggi dimenangi PR manakala kerusi-kerusi kecil yg beratus itu dimenangi UMNO/BN."

Kerusi-kerusi kecil ini kebiasaannya terletak di pinggir bandar dan di luar bandar. Sudah tentulah orang Melayu yg menyokong pembangkang akan berasa terpinggir.

Aura Zol Kolom: Shah Alam Dalam Kocek

Madu tualang power! Click here

Zol Kolom bukan calang-calang orang.

Aku pernah terserempak dgn Zol Kolom beberapa tahun lepas, terus dia dgn muka confident menegur, "Bob, selalu lu lepak kat sini?"

Begitulah hebatnya Zol Kolom, nama orang pun dia tahu.

Semasa Mat Nuar 'kedalam', Zol Kolom pernah berceramah, "Bila saya usap kepala Mat Nuar, luruh dan melekat rambutnya pada tangan saya. Itulah penangan racun arsenik tuan-tuan". Auta! Walhal ketika itu Mat Nuar tidak dibenarkan didekati mana-mana manusia sekalipun.

Hebat Zol Kolom bercerita menarik perhatian orang.

Allahyarham Fadzil Nor juga diberitakan mengarahkan pemandunya supaya memulas stering berpatah balik sekiranya majlis yg bakal dihadiri turut 'dibintangi' Zol Kolom.

Hebatnya Zol Kolom, Ustaz Fadzil pun surrender.

Kah kah kah! Itulah sebahagian kisah ciput-ciputan utk menunjukkan betapa hebatnya aura Zol Kolom.

Terkini, UMNO Shah Alam tak payah susah-susah berkempen. Kerja mereka sudah selesai. Shah Alam dalam tangan. 

Togoklah baki air mineral sampai kembong.

Dah boleh tutup bilik gerakan. Setakat ini 3 bilik gerakan dah kompom tutup.

Perabeh boreh. 

Shah Alam dah masuk kocek Khalid. Kah kah kah