Thursday, April 11, 2013

Chegu Bard Akan Mengambil Alih Tempat Ku Li?

Madu tualang power! Click here
"Makan minum cukup. Nak apa lagi?"

Entah mana silapnya, kita tak tahu. Itulah tendang-terajang orang orang berpolitik.

Apa yg membulukan lubang telinga kepimpinan PKR terhadap Chegu Bard, kita tak tau.

Betul/salah dan bila/bagaimana/tang mana Chegu Bard terjentik kerandut Mat Nuar, pun kita tak tau.

Chegu Bard popular dikalangan pendokong PR, hatta diwar-warkan kerandutnya lebih besar dari kerandut Najib.

Cuma rasa ralatlah kalau mamat yg hobinya mandi air gatal FRU dan bergasak dengan polis ini, dicalonkan kerusi DUN Sg Acheh, nun di Pulau Pinang sana. Jauh amat dari negeri tumpah darahnya. Nak tambah cerita, diadu-domba pulak dgn calon dari PAS. Dah kompom UMNO menang. Atau memang niat murni PAS/PKR P Pinang nak bagi UMNO menang di Sg Acheh?

Seeloknya Chegu Bard isi borang PAS sejak dulu lagi bila sudah terhidu bau-bau taik kucing dalam PKR. Cuba tgk Fauzi Shaari. Isi borang PAS tak sampai setahun, pakai baju Melayu, pakai kopiah, cakap Arab sikit-sikit, kan dah dapat kerusi Parlimen Larut

Nama hebat macam Chegu Bard ini rugi besar Tanah Melayu kalau dia memilih untuk bergurkha bersama PKR.

Sudah-sudah la, biarkan Ku Li sorang-sorang jadi gurkha UMNO sampai habis nyawa. 

p/s: barua/gurkha sama ka?