Wednesday, March 13, 2013

Biskut Cicah Termahal Dalam Dunia

Madu tualang power! Click here
Biskut cicah air masin

Inilah biskut cicah termahal dalam dunia. Harga berbilion sebijik.

Dikilang dan dibungkus di Perancis di bawah jenama Scorpene. Malaysia beli dah lupus tarikh, telah lemau dan masuk angin.

Sampai bila nak direndam dalam air masin pun tak tau la.

Hampas pes satu haram tak guna.

Santau Paling Mujarab Di Dalam Dunia

Madu tualang power! Click here

Ilmu kebal paling mujarab ialah 'ilmu jangan cari pasal'. Bukan bergelen-gelen air jampi dan berselirat segala bagai tangkal azimat di pinggang, tengkuk dan celah kangkang.

Santau paling mujarab dalam dunia ialah senjata nuklear. Sebab itu tak seekor pun perdana menteri Israel kena santau bomoh handalan Melayu/Indon, sebab mereka ialah bapak kepada segala bapak semua tauke santau.

Jadi, aku membaca dengan perasaan cukup tak seronok sebuah artikel dari blogger C++ berkenaan penggunaan ilmu kebal dalam ATM.

Secara sinis, artikel tersebut memberitahu betapa kelengkapan kita terkebelakang hatta nak melawan lanun Sulu sekalipun.

Kita ada Scopene bilion ringgit, tapi buat rendam. Kita ada segala macam teropong skodeng canggih manggih. Walhal benda ini bukan boleh halau lanun Sulu pun, cuma bahan gelak.

Inilah jadinya bila karipap sebijik harganya 5 kupang, tapi dibeli dgn duit kerajaan dengan harga 5 ringgit sebijik.

Palatnya, karipap bukan dimakan pun, buat buang masuk longkang.

Kalau lanun Temasik naik, apa daya ikhtiar kita? Kalau macam ini gayanya, mintak simpang.


Mat Nuar Bakal Ke Dalam Lagi

Madu tualang power! Click here
Artikel ini dicedok dari portal Malaysia Chronicle.

Ianya melaporkan kebimbangan Rafizi Ramli diatas kebarangkalian yg tidak boleh ditolak itu memandangkan akhir-akhir ini pihak berkuasa semakin aktif dalam kempennya memburuk-burukkan Mat Nuar.

Juga kempen itu dilihat seperti cuba menonjolkan bahawa Mat Nuar lah barua Sulu.

Kalau Mat Nuar ke dalam, habis la.. habis la.. habis the best part of the movement.

Berikut adalah sebahagian dari perenggan2 artikel tersebut. Untuk membaca keseluruhan artikel, klik [DI SINI]


Lahad Datu conspiracy: Anwar may be arrested soon - Rafizi warns

Written by  Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
There is mounting fear that Opposition Leader Anwar Ibrahim might be arrested soon, with Prime Minister Najib Razak and the ruling Umno party charging him for allegedly masterminding the Lahad Datu intrusion.
Members of Anwar's PKR party fear the worst may happen, based on information received from high-level sources as well as from reading a recent chain of "orchestrated" events they worry are aimed to create hate towards the 64-year-old leader.
A resurgent Anwar is widely expected to form and lead the next federal government, and if he is 'taken down', the Opposition's advance could well be stymied.