Saturday, February 2, 2013

Berita Mengejutkan Dari Dalam Tanah

Madu tualang power! Click here
Artikel menarik ini aku cedok daripada blog Sakmongkol. Blog datuk ni berbahasa Inggeris, jadi aku terjemahkanlah semampu ilmu aku. Kalau sesiapa lebih selesa membacanya dalam Bahasa Inggeris sila klik [Sakmongkol].

Berita Mengejutkan Dari Dalam Tanah

Seperti yang saya janjikan, di bawah ini dipaparkan bagaimana biskut-biskut lemau dan rapuh hancur dan lunyai satu persatu.

Angka-angka ini telah diserahkan kepada saya oleh ulat-ulat yg nun terbenam 100 kaki dalam tanah di Bukit Aman, di MINDEF, ahli-ahli politik dari UMNO dan bebudak lelaki dan perempuan dari Putrajaya yg lidah nya lembik melentur bila di jamu teh tarik. Saya terkejut mendengar penolakan meluas orang dalam Angkatan Seragam terhadap UMNO dan BN. Terkejut.

Perasaan saya sendiri adalah akan terdapat pertukaran posisi. Dalam kes ini, pilihan raya akan datang, PR akan mendapat apa yang BN mendapat 2008 - 140 kerusi atau sekitarnya dan bakinya akan kepada BN. Apabila ini berlaku, akan berbondong-bondong orang UMNO sendiri meninggalkan kapal mereka yg karam.

Terkini, inilah apa yg dimaklumkan oleh ulat-ulat itu kepada saya: -

Jadual 1: Kebarangkalian Kerusi Parlimen PRU13.
no
STATE
PR
BN
1
PERLIS
1
2
2
KEDAH
13
2
3
KELANTAN
13
1
4
TERENGGANU
4
4
5
PENANG
12
1
6
PERAK
18
6
7
PAHANG
5
9
8
SELANGOR
20
2
9
WILAYAH PERSEKUTUAN
10
1
10
PUTRAJAYA
0
1
11
NEGRI SEMBILAN
6
2
12
MELAKA
2
4
13
JOHOR
12
14
14
LABUAN
1
0
15
SABAH
12
13
16
SARAWAK
16
15


145
77


Jadual di atas adalah lebih memberahikan daripada analisis yang saya telah dibuat beberapa kali.

Setelah diperiksa data yang diberikan kepada saya, di bawah ini diperturunkan pendapat saya.

Di Perlis, kerusi yang paling berkemungkinan untuk jatuh adalah Arau. Pada tahun 2008, PR memperolehi hampir 49%. Swing 5% undi kali ini kepada PR, akan menyebabkan BN kehilangan kerusi.

Di Kedah, 2 kerusi yang kelihatan selamat bagi BN adalah Langkawi dan Kubang Pasu. Kerusi BN yang paling selesa adalah Langkawi. Di Langkawi walaupun pembangkang meningkat saham undinya, BN bermula dengan sebuah bank undi yang sedia ada yang kukuh. Begitu juga, di Kubang Pasu, pada tahun 2008, pihak pembangkang memperolehi 40% undi dan peningkatan saham undi sebanyak 9%. Jadi mungkin, ia adalah masa untuk Najib untuk memberambuskan Mukhriz Mahathir ke Langkawi supaya dia boleh terus menjadi MP di bangku pembangkang di Parlimen nanti.

Di Kelantan, selain Tengku Razaleigh, saya tak fikir Mustafa yg hambar dan tidak berwarna itu sekali pun akan dapat mengekalkan kerusinya. Nampaknya arus perubahan terhadapnya terutamanya kerana pendirian beliau mengenai isu royalti minyak Kelantan. Mustapa adalah anak Kelantan yang buat kerja mengarut tidak mahu royalti minyak diberikan kepada Kelantan. Dia masih mahu wang itu disalurkan melalui UMNO supaya mudahlah mereka mengeronyok wang itu. Rakyat Kelantan akan menendang Mustapa dengan boot mereka kali ini. 

Bagaimana tentang orang-orang Ahli Parlimen PR yang dilihat hidup segan mampus tak jugak? Mereka ini akan digantikan oleh calon-calon yang ditentukan dan berdedikasi yang akan terus mendapat manfaat daripada sokongan ahli-ahli PAS dan pemimpin spiritualnya.

Saya telah menyentuh mengenai Terengganu dalam artikel saya sebelum ini. Saya meramalkan bahawa PR akan mendapat 5 kerusi. Menurut sumber perisikan, PR mungkin akan mendapat 4 kerusi. Seperti yg diramalkan Setiausaha Agong PAS, Dato Mustafa Ali. Terdahulu saya fikir, BN mungkin kehilangan Besut jika ia mengekalkan Abdullah Mat Zain, penyandangnya. Lelaki itu tak wujud pun di Besut.. Akan Mat Said bersedia untuk memungut Idris Jusuh untuk bertanding di Besut? Menurut sumber-sumber, BN mungkin akan mengekalkan Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu. Itu menjadikan 4-4.

Di Pulau Pinang, kerusi selamat untuk BN hanya Tasek Gelugor. Jika Pak Lah berdiri lagi di Kepala Batas, beliau akan kalah. Pengganti beliau, sama ada Reezal Merican atau bahkan anak menantu Khairy, juga akan melingkup. Apa lagi yang ditinggalkan untuk Pak Lah untuk dibuktikan? Tidoooo la!

Di Perak kerusi relatif selamat bagi BN boleh didapati di (1) Gerik (2) Lenggong (3) Parit (4) Tapah (5) Bagan Datoh dan (6) Tanjung Malim. Selain daripada 6 kerusi ini, paling lemah ditemui di Bagan Datoh dan Parit. Jadi, orang di luar sana jika anda mahu untuk menendang keluar Zahid Hamidi dari Bagan Datoh, keluar beramai-ramai sepenuhnya untuk mengundi dalam PR13. 

Sementara itu, lihat bagaimana pemimpin BN sekarang tak senang duduk. Sebahagian daripada mereka menegaskan bahawa BN akan mendapat majoriti 2/3. Sementara itu, Najib pergi menyembah Mahathir dan mintak tolong selamatkan..... Najib berkicau merata, 'selamatkan Kedah' Apa bangsat melolong-lolong mintak tolong kat Mahafiraun kalau konfiden menang 2/3?

Untuk kita semua, selamatkan rakyat daripada cengkaman kerajaan BN yg jahat.

Sumber: Sakmongkol

Shit Lookalike - Carlos Puyol

Madu tualang power! Click here

Source: Pies

Colourful, Colourful African Cup of Nations

Madu tualang power! Click here










Source: Pies