Wednesday, October 9, 2013

Dewan Bahasa dan Malapetaka

Madu tualang power! Click here


Sejak aku mengenal huruf rumi dan reti membaca, tabiat membaca aku disemai komik-komik dan 4 majalah yg selalu bapak aku beli.

Bapak aku orang kampung, buat kerja kampung tapi dia beli Dewan Pelajar, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa dan satu lagi kalau tak silap Dewan Sastera. 

4 majalah ini keluaran DBP. Ada editornya, ada pengarangnya, ada jurutaipnya dan mungkin jugak DBP mencetak sendiri dan seterusnya diedar kepasaran.

Majalah-majalah ini dahulunya laris walaupun tak ada gambar buah mangga buah betik dimuka depan.

Tapi itu dulu. Kenangan. Sejarah. Sejarah gemilangnya bahasa kita Bahasa Melayu.

Bahasa kita semakin hari semakin menjadi bahasa nombor 8 sejak Mahafiraun berkuasa. Ini kerana, Mahafiraun tak suka orang Melayu membaca dan menjadi pandai.

Terutama Dewan Pelajar dan Dewan Siswa, musuh Mahafiarun.

Sikit demi sedikit bahasa kita kena cantas. 

Sehinggalah ke hari ini, orang Melayu nak beli peha ayam goreng pun kena cakap orang puteh, "I would like it spicy please...." Kah kah ka ka kah! Lanchow.

DBP sekarang tinggal bangunan sahaja. Apa yg ada kat dalam kita pun tak tau. Apa yg diorang dok buat kat dalam, kita lagi tak tau.

DBP sekarang ini kurus kering, tak ada isi, tak ada gigi, habis zat dihisap para pencetak. Utang bertimbun.

Lebih kurang 12 tahun sudah aku pernah ke pameran/jualan buku DBP bertempat di syarikat percetakan Dawama, Hulu Kelang.

Macam gampang, di pameran/jualan buku DBP pun ada hamprak jual buku tiga 5!??!  Kah kah kah kah kah

evergreen macam lagu raya Ahmad Jais

Bahasa, kekuasan dan kepembangkangan di Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.