Friday, September 6, 2013

Serigala Pun Tahu Petrol Naik 2 Kupang

Madu tualang power! Click here

Jangan jadi kelu. Jangan jadi bebal.

Akuilah hakikat bila harga petrol naik. Yang lain akan turut menggatal naik.

Beras naik harga. Gula naik harga. Tepung naik harga, minyak masak.

Teh tarik dah naik 2 kupang, selaras!
Roti canai naik 2 kupang, selaras!

Harga rumah pun khabarnya akan naik 10%. Gilo!

Sejarah telah mencatatkan bila Khalifar Umar Abd Aziz naik takhta, Badwi di gurun pun tahu kerana serigala telah boleh berjinak-jinak dengan sekawan kambing.

Begitu juga apabila perginya Khalifah Umar, Badwi di gurun telah awal lagi menjangkakannya kerana serigala yg selama ini tidak mengganggu ternakan telah mula mengganas kembali.

Itu lah peri pentingnya kita memilih pemimpin. Binatang pun tahu.

Kalau binatang pun mengambil kesempatan, apatah lagi manusia?

Kenaikan harga petrol bukan sahaja akan menaikkan segala bagai harga di sekeliling kita.

Berawas-awas, berwaspada dan beringat-ingatlah kita. Jaga anak bini.

Kerana disebabkan 2 kupang, kadar JENAYAH pun turut akan naik!

1 comment:

  1. 2 kupang macam2 terjadi....
    angkara sijanda badak kuat berbelanja....
    cilakalah mat monggol sampai mati.....
    kah...kah...kah....

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.