Thursday, August 1, 2013

Allahumma....supo skalo la.

Madu tualang power! Click here
Alhamdulillah 2 surau berdekatan rumah aku amat cargas. Fatwa-fatwi Harussana-harussini gagal memandomkan AJKnya. Surau kami tetap menjemput para ustaz untuk menyampaikan tazkirah malam-malam Ramadhan.

Tazkirah malam 23 Ramadhan baru-baru ini disampaikan oleh seorang ustaz yg montel-montel berkulit cerah di surau kami.

Namanya Ustaz Nor Azan dan selebih tentang dirinya tidak kami ketahui.

Tazkirah yg dibawanya berkisar tentang doa. 

Menurutnya, doa setiap insan pasti dimakbulkan. Allah akan memakbulkan setiap doa melalui 3 cara;

1) Dimakbulkan semasa hayat peminta. Apa dimintak, dapat.

2) Dimakbulkan diakhirat, supaya si peminta dapat lebih menikmatinya kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

3) Dimakbulkan doa itu dengan bentuk yg lain dari apa yg dihajati. Nak kereta Volvo dapat Perodua. Nak yg slim cun bergetah tapi dapat kawin dengan awek gedebap. Nak menang PRU, tapi takdirnya kalah kena tipu. Ulamak berpendapat, mintak A tapi dapat B itulah sebenarnya sebahagian cara Allah memakbulkan doa. Bahawa B itulah kurniaannya di atas doa tersebut, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. 

Ustaz Nor Azan juga menasihati agar kita terus-terusan berdoa dan jangan malas-malas. Sapa malas dia rugi.

Beliau juga mengkisahkan betapa seorang rakan sepengajiannya di Mesir dahulu agak malas berdoa. Cincai-cinai dan selalu nak cepat. Rakannya itu berasal dari Kelantan.

Kerap beliau mendengar rakannya itu berdoa, "Ya Allah Ya Rabbi, Allahumma... supo skalo la"

Rupa-rupanya member tu budget Allah ingat semua doa-doa dia yg lepas-lepas, jadi 'supo skalo la' memberi maksud macam dulu-dulu la, macam biasa la!

Memang Allah Maha Mengingati, tapi agak-agak la kot iye pun. Kah kah kah!

1 comment:

  1. 2:186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

    apa nak dikato kalau manusia pun liat nak berdoa kepada pencipta diri dia sendiri - rugila diakhirat baru nak menyesal kerana didunya tak yakin akan apa yang diperintahkan oleh Allah.

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.