Saturday, August 31, 2013

Mana Anak-anak Jantan Pahang?

Madu tualang power! Click here
Punah. Habis la. Habis la. Habis Tanah Malaya. Mana pegi anak-anak jantan Pahang?

Nak buat perbarisan pun kena mintak tolong Mak Nyah.

Kah kah kah kah kah!!!

Sampah apa pulak?
Tulen bang.............!
Kah kah kah kah kah

Friday, August 30, 2013

Jom Tengok 'Tanda Puteri'!

Madu tualang power! Click here


Tengok betol-betol, ini ikan pari puteri. Ada tandanya tu. Kah kah kah kah!!!

Tak nampak jugak?? Laaaa...

ikan pari tengah beranak

Ok, klik gambor-gambor ikan pari, ada banyaaaaaak lagi.

Ingat lah, burung punai dalam tangan,
lebih baik dari 10 pari di lautan.

Thursday, August 29, 2013

Pengerooosee Tabong Hajee Ini Lulusan Apa?

Madu tualang power! Click here
Lahanun mana la punya idea... gambar di cedok dari Twitter Norman__G

Untuk sapa2 yg tak kenal siapa Pengerooosee Tabong Hajee kita, sila klik Pengeroosee Tabong Hajee yg baru.

Satu Malaya tak kisah jika Tabong Hajee dikelola oleh org berkelulusan darjah 3. Lulusan SPM pangkat 3 boleh. Lulusan Diploma Perikanan pun boleh. Lulusan Usuludin al Azhar pun boleh.

Sapa2 pun, kalau berkelayakan, silakan. Majukan Tabong Hajee dan permudahkan urusan jemaah kita.

Yang kita persoalkan, idea apa dia nak bawak dalam mengelola Tabung Haji.

Tapi kalau dah mula suruh orang pakai baju Melayu, itu dah mula nak mengarut. Kalau dah mula dok main tema Melayu dan Melayu dan Melayu ini maknanya nak mula mengarut la tu. Kah kah kah!

Satu musim haji berapa puluh ribu jemaah pergi Mekah? Ada 20,000 orang?

Maknanya 20,000 pasang baju Melayu sedondon warna la perlu ditempah kan?

Sapa akan dapat kontrek butang baju Melayu?  
Kontrek supply sampin? 
Lahanun mana pulak dapat kontrek supply songkok?
Kontrek supply capal? Kah kah kahkah kah

Ini bisness juta-juta, kalah bisness supply kurma di bulan Ramadhan.

Jangan la bagi Mohtar al Baukari sapu semua.

Ini kena kasi Yusooooof  Taiyooooob laaaaa...

Nenek moyang pun dulu naik tongkang bersama-sama.. kah kh kah kah kah!!!

Wednesday, August 28, 2013

Tunduk Sembah Sujud Tony Fernandes

Madu tualang power! Click here
Species ni lidahnya bergulung 
macam lidah Mahafiraun.

Kita perlu tahu, bekas Menteri Penerangan M'sia Zainuddin Maidin cuma graduan Universiti UMNO/BN.

Dia naik tinggi dlm kareer politiknya kerana kesabarannya menggosok, merata dan mencanai ponggong Mahafiraun. Jangan ada yg kata, lahanun itu naik tinggi kerana karisma, bijak cerdik, pintar. PUUUUUuuuiiih!!!!

Lidahnya bercabang tiga dan bergulung ini telah tersalah cakap,  "ada hidangan babi dalam AirAsia." Terasa hati Daim Zainudin. Kah kah kah!

Mamak ini dah lama bergaul dgn Melayu, takkan tak tau Melayu sensitif dgn babi.

Berikut ialah permohonan maaf tunduk rukuk sembah cium kaki Zainudin Maidin terhadap Tony Fernandes yg disiarkan dalam blog lidah bergulung-gulungnya, http://zamkata.blogspot.com,

APOLOGY.
Saya tidak menyedari bahawa pekara- pekara yang tesiar dalam artikel di bawah tajuk " Hidangan Babi Dalam Penerbangan Air Asia, Orang Islam Patut Tangguhkan Dulu Terbang dengan Pesawat ini"(artikel tersebut) dalam blog zamkata memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.
Bagaimanapun setelah menerima surat tuntutan dari Peguambela dam Peguamcara AirAsia Berhad kira -kira sebulan dari tarikh penyiarannya,maka barulah saya menyedari bahawa artikel tersebut memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan-penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Ini adalah tidak benar samasekali.

Sebagai bonus Zainudin Maidin akan tunduk rukuk sembah sujud cium tapak kaki Tony Fernandes untuk bertahun-tahun akan datang atas sifat lidahnya yg terover gulung kah kah kah kah!!!

"AirAsia asked me to carry the apology to them for six months, but I will carry it for years to come, so that it reaches a wider circulation and provides information to future generations," he said. - August 28, 2013.
Kah kah kah kah!!

Lu tengok sendiri la macamana species ni membodek dan menjilat.

Itu pasal dah suku Tanah Malaya ini Ananda yg punya.

Mat Buih Boleh Jadi Tokan Bendera

Madu tualang power! Click here

Macam lah tak mengibarkan bendera itu satu dosa besar.

Menurut Mat Buih, di Putrajaya sendiri masih ramai tak mau kibar bendera sedangkan Hari Kemerdekaan makin dekat.

Sebenarnya Mat Buih buat2 tak paham bahawa lebih separuh rakyat M'sia menyampahkan UMNO/BN. Mereka ini mengaitkan bendera itu dgn UMNO/BN. Mereka malu andainya menaikkan bendera akan mengesahkan mereka ahli UMNO/BN. Bagi free pun orang tak mau.

Susahnya Mat Buih nak paham.

Namun masa masih ada lagi. Mat Buih boleh paksa setiap kakitangan kerajaan di Putrajaya mendapatkan sehelai bendera.

Kemudian paksa beli dari satu pembekal yg Mat Buih lantik. Appa raaa slow...

Masyuuuk Mat Buih!

Tuesday, August 27, 2013

Sindrom suka melancap Umno @NajibRazak

Madu tualang power! Click here
Kah kah kah kah kah kah!!! Macam haram punya tajuk.

Artikel ini aku cedok orang punya, bukan hasil kerja aku.

Daya kreativiti aku belum sampai ke tahap itu lagi.

.


“Hakikatnya, ini berita beracun sebenarnya. Itu pasal lah Barisan Nasional hampir tergolek dan terguling kerana terlalu banyak sangat idea melancap seperti ini!!!…”

Kah kah kah kalau nak baca lagi, pergi ke blog http://akupeduliapa.wordpress.com

Monday, August 26, 2013

`Nasi Lemak Juga Berunsur Freemason

Madu tualang power! Click here


Ramai yg tidak sedar bahawa NASI LEMAK TELUR MATA yg femes sebagai menu sarapan kita sebenarnya merupakan agenda yahudi + freemason + illuminati.

Kerana apa? Lihat sendiri :

● Telur mata itu membentuk seperti satu mata atau "all-seeing eye" yg merupaka simbol freemason.

● Nasi lemak itu sengaja dibentukkan seperti piramif yg juga menjadi simbol freemason dan illuminati.

● kacang goreng yg berwarna kemerah2an itu merupakan simbol red bean army

● sambal yg seakan2 warna darah itu merujuk kepada "blood brotherhood" yg menjadi asas kesatuan freemason.

● nasi lemak mengandungi lemak n kolesterol yg tinggi yg boleh menyebabkan pemakannya menjadi mengantuk lalu mengurangkan produktiviti dan lama kelamaan akan membawa penyakit seperti jantung dll. Maka ini adalah agenda yahudi utk melemahkan kekuatan org Melayu.

Maka kita kena boikot nasi lemak telur mata! Boikot boikot! Agenda freemason!

Sumber: facebook Fais al Hajari

Saturday, August 24, 2013

Syabas Melayu Johor

Madu tualang power! Click here
Tidak apa yg menggembirakan aku bila mengetahui umat sebangsa seagama aku kaya. Berkereta besar. Berumah besar.

Tambah kembang kempis lagi lubang hidung aku jikalau mereka itu memiliki tanah-tanah strategik yg jutaan ringgit nilainya.

Aku jamin, ramai Melayu lain yg berkongsi sentimen dgn aku.

Menurut laporan Free Malaysia Today,

"SINGAPORE: Singapore real estate buyers, driven by rising prices in the island republic, are increasingly looking into property in Iskandar, the main southern development corridor in Johor.
Real estate agents say that prices have already reached highs at as much as RM500,000 over bank valuations."

Syukur. Syukur.

Hidop UMNO! Hidop UMNO! Hidop ketuanan!

Tapi ketuanan tang mana...
Tang mana ketuanannya...
Baca apa Presiden DPMM kata dibawah.


Piiiiiirah. Puuui!!

Mari Kita Salahkan Lim Guan Eng

Madu tualang power! Click here
Ini semua salah Lim Guan Eng


Bukan ke anak Mahafiraun dah tuntut supaya Penang bayar air yg diambik dari sungainya?

Guan Eng degil tak mau bayar. Padahnya rakyat kena tanggung.

Jangan ungkit2 zaman duduk bawah kelangkang Chong Eu.

Jangan ungkit2 zaman duduk bawah ketiak Koh Tsu Koon.

Dulu-dulu hujan lebat. Rakyat Kedah tak payah guna air paip. Tadah air hujan.

Ini semua salah Lim Guan Eng hujan tak turun.

Paaaaaaaaaangkah lagi UMNO/BN! kah kah kah

Friday, August 23, 2013

1Tikus 1Ringgit

Madu tualang power! Click here
Moh kome, moh nangkap tikus esok.

Tangkap dengan tangan boleh. Tahan dengan pukat boleh. Tahan dengan bubu pun boleh. Pasang jebak pun boleh.

Upahnya RM1.00 seekor. Lumaayan weh!

Kah kah kah kah!!!


Dicedok dari: page Kuala Kangsar Tetap di Hati

Thursday, August 22, 2013

Hanya 'Dara' Layak Masuk Universiti

Madu tualang power! Click here
Alhamdulillah, tahap bangang macam gini belum merebak ke Tanah Melayu.

Tapi ingat, penyakit bangang ini amat mudah berjangkit!

Virginity test plan on Indonesian students sparks controversy

Jakarta Post,22 August 2013
JAKARTA, Aug 22: A plan to conduct virginity tests on female students entering high school in the town of Prabumulih, South Sumatra, has drawn criticism from various quarters.

“The test will be implemented in 2014 and will be paid for out of the city budget,” Prabumulih Education Agency chief HM Rasyid said on Tuesday. He said the test was aimed at reducing vice crimes committed against students.

Rasyid was optimistic the test would have a positive impact, as it would steer female students away from “negative activities”.

“This is for their own good,” he added.

Baca lagi di Harakahdaily


Ustaz Azizan Angkat Sumpah Melalui Cap Jari

Madu tualang power! Click here
Cobaan.... cobaan...

Dugaan ada bermacam2 dugaan.

Orang kaya diduga dgn kemewahan. Orang miskin diduga dgn pelbagai bentuk kesukaran.

Orang politik lagilah besar dugaannya. Dugaan diberikan kuasa. Ini yg paling payah nak dilawan, kerana kuasa itu amat memabukkan.


Azizan telah diduga dgn penyakit kencing manis yg menyebabkan kakinya dipotong dan dia juga diduga hanya mampu menurunkan cap jari, bukan tandatangan. 

Kalau Mahafiraun kena kerat kaki dan tak mampu menurunkan tandatangan, mampukah kita berhemah terhadapnya sebagaimana berhemahnya kita terhadap Azizang?

Dugaan tu bro... kah kah kah!!!

Wednesday, August 21, 2013

Konsert Metallingkup. Moh Kite Weh!!!

Madu tualang power! Click here
Ajer gampang! Kah kah kah

Harga Tiket: Free
Pintu Masuk: Ikut Pintu Dapor
Tempat Duduk: Bertenggong



Kemudahan: 

1. Kencin berak pandei-pandei cari bucu-bucu stadium. Jamban tak cukup.
2. Tanah lapang luas untuk penonton terkinja-kinja jadi beruk. Bila lagi nak jadi beruk, kan? ka ka kah
3. Kaunter aduan disediakan. Khas untuk kes-kes jantan hilang betina atau betina hilang jantannya.
4. Ambulan sedia ada, mana tau kot-kot ada kes raba, picit dan teramas kuat sangat sampai cedera. 
5. Sila bawak minyak atar masing-masing. Ini konsert gerenti hebat, happening, world punya, panas panas panas panassss berpeluh jantan betina!

Semua hamis bau kambing!

Oh yeaaaargggghhh!

Saturday, August 17, 2013

Die United, Die!

Madu tualang power! Click here

kah ah kah kah!!! kah kah kah!!!

Berjalanraya Di Hari Raya

Madu tualang power! Click here
Lebuhraya di Thailand. Panjangnya 1000 batu.
Free. Sekupang haram rakyat tak perlu bayar.
Sumber: http://ibnuzack.blogspot.com

Secara jujur sejujur-jujurnya, rakyat M'sia tidak perlu mengharung kesesakan lalu-lintas berjam-jam semasa musim perayaan. Tak kira la perayaan apa pun. Duduk terkurung dalam kereta berjam-jam itu melampau.

Banyak lagi kerja berfaedah yg boleh kita buat.

Pala bana apa dari Taiping ke Ipoh memakan masa 6 jam. Pala twiki apa dari Bachok ke Kuala Kangsar sampai 11 jam?

Tiap-tiap tahun, topik wajib yg dibualkan semasa mencekik lemang/rendang/nasi dagang/ketupat, ialah ' jammed, sesak, tak bergerak, nak terberak, panas gila babi dan sekian jam sekian jam'. 

Bagi pengguna lebuhraya bertol, kami ucapkan tahniah! Tahniah kerana anda telah membayar untuk merasa nikmat terkurung dalam kereta, berpanas-panas dan menghidu bau taik anak kecik yg dah semakin mengering dan mengeras di dalam lampin.

Sekiranya anda pengundi UMNO/BN baru-baru ini, kami ucapkan 'beribu-ribu-ribu tania!!!' Anda memang suka tol.

47% rakyat M'sia suka bayar tol!

Saturday, August 3, 2013

An Indoor Ramadhan

Madu tualang power! Click here

This Ramadhan, I could ventured outside my home only during the first week. I jogged and I brisked-walked in the evening. Also as usual, I visited the Ramadhan bazaar nearby. The smell, the sight and the cacophony was gladly and unmistakably Ramadhan. The sun shone brightly although sadly it didn't last long.

The following days until this article was written, were cloudy and to make matters worse, hazy. I could not stand the haze. On several occasion before, haze really affected my small kids. There were runny noses for days on end.

As a result of being indoor, I rarely enjoy the hunger and the thirst Ramadhan usually dishes out to us.

If anything to describe this Ramadhan, I'll dub it as a very indoor Ramadhan.

But on the hindsight, we spent less and we wasted less. Being indoor, we were not tempted by the many colourful displayed kuih-muih at the Ramadhan bazaar. We were spared from buying the unneedfuls. Even the ever present murtabak for breakfast did not make it presence this time around. Sugarcane drinks too.

We prepared for our own food in this Ramadhan. But to tell truth, till today we still haven't finish the 5kg pack of rice. We cooked what we what to eat not cooked what we want to see.

As a result, we wasted less. Leftovers were very few. Not many were going to the dustbin.  Even though an indoor Ramadhan is less happening but it doesn't blow a hole in our pocket.

Maybe the haze is a blessing in disguise? Yes to some but no to many.

For as long as the government keep on bowing to the demands of the palm oil producers, I believe a cloudy and hazy Aidilfitri is not that far away. That would be the worst, an indoor Aidilfitri!

Haze is bad for our health and everybody knows that. It is just that it doesn't comes with blood, tears, scream and loud noise, people tend to tolerate it. Now it has became a yearly affair and soon they will make it monthly. Because we seem to be coping up with it very well. And so they think they can shove what-ever-what-not down our throat. To hell with the policy makers, to hell with the palm oil plantation owners and to hell with politician who has vested interest in those bloody plantation! Hope you people get burn up well too!

If not because of the haze, like many fathers I would be bringing my kids outside too. Anyway, we will be heading to our kampung soon and I hope things will be different.

I long for the sounds of the chirping birds in the morning and the green of the kebun getah that greets me when I open the door and walk outside the humble dwelling which belongs to my parents.

Happy Aidilfitri my dear readers, wherever you may be.

Friday, August 2, 2013

Pemakaian Rasulullah SAW

Madu tualang power! Click here
Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam walaupun sebagai pemimpin dunia yang suci dan agung, namun Baginda begitu bersederhana dalam cara pemakaian dan kehidupan bagi seorang insan yang bergelar…Rasulullah

Pakaian

Menyukai warna hijau dan putih. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai Qaba’ (baju luar) dari kain sundusin. 
Pakaian yang paling digemari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah ‘qamis;. 
Baginda juga menyukai kain ‘Hibarah’ iaitu kain keluaran Yaman yang terbuat dari kapas. 
Mempunyai dua helai pakaian khusus untuk solat Jumaat. 
Baginda sering memakai kain sarung, Qithri (selindang) dan penutup badan samada baju kemeja (qamish) atau jubah. 
Semua pakaian Baginda tinggi di atas kedua tapak kakinya, kadangkala setengah betis. 
Kemeja mengenakan kancing baju. Kadangkala baginda membuka kancing itu semasa solatnya. 
Baginda mempunyai kain selimut yang dicelup dengan kumkuma. Kadangkala mengerjakan solat dengan berselimut itu saja. 
Baginda juga memakai kain bertampal seperti cara pakaian para hamba. Adakalanya memakai kain sehelai/sarung yang tiada kain lain di atasnya. Kadangkala diikatkan kedua hujungnya di antara kedua bahunya. Kadangkala mengimami solat jenazah atau mengerjakan solat di rumah (umpamanya solat malam) dengan cara yang demikian. 
Mempunyai baju ‘aba-ah (baju terbuka depannya, dipakai di atas baju lain) yang dibentangkan/dilipat dua lapis untuk Baginda setiap kali berpindah tempat duduk. 
Mempunyai pakaian hitam tetapi disedekahkan kepada orang. Terserlah ketampanan/keputihan kulit baginda apabila memakai pakaian hitam. 
Kadangkala mengerjakan solat memakai ‘syamlah’ (kain bulu hitam). 
Semasa memakai pakaian baginda berdoa:- “Alhamdulillaahilladzii kasaanii maa uwaarii bihi auratii wa atajammalu bihi fin-naas (Segala pujian bagi Allah yang menganugerahkan kepadaku pakaian yang dengan pakaian itu aku menutup auratku dan aku memperelokkan diriku pada manusia)”. 
Memakai dengan memulakan sebelah kanan dan membuka pakaian dengan memulakan sebelah kirinya. Menyedekahkan pakaian lamanya kepada orang miskin – maksud sabda Baginda – diberikan kerana Allah dan dianugerahkan kebajikan selagi pakaian berkenaan menutup aurat sipenerima samada hidup atau mati.

Cincin

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai cincin dijari manis dan kelingking. 
Baginda tidak pernan memakai cincin di ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk. 
Cincin Baginda diperbuat dari perak manakala permatanya dari Abessina (Habsyi). 
Ukiran yang tertera di cincin Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah ‘Muhammad’ satu baris, ‘Rasul’ satu baris, dan ‘Allah’ satu baris. 
Sesungguhnya apabila Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam masuk ke jamban, maka ia melepaskan cincinnya. Kadangkala baginda keluar dan pada cincinnya terdapat benang terikat untuk mengingatkan baginda terhadap sesuatu. 
Baginda mengchopkan surat-surat yang dikirim dengan cincinnya supaya penerima surat berkenaan mengenali baginda.

Serban

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai ‘qalansuah’ (kupiah); dengan atau tanpa serban. 
Dalam urusan rasmi Baginda sering memakai serban berwarna hitam. Mempunyai serban as-sahab (awan) yang kemudiannya diberikan kepada Sayyidina Ali r.a. 
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban dengan memulakan sebelah kanan dan membukanya dengan memulakan sebelah kirinya. 
Sewaktu berserban, biasanya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam melepaskan hujung serban ke belakang iaitu di antara dua belikat Baginda.

Khuf

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menerima hadiah sepasang khuf hitam pekat dari an-Najasyi. Iaitu setokin yang diperbuat dari kulit nipis yang dipakai di musim sejuk. 
Ketika memakai khuf, Baginda berwuduk hanya dengan menyapu keduanya (yakni tidak membasuh kaki).

Sandal

Sandal Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diperbuat daripada kulit dan mempunyai tali qibal dikedua-dua belahnya. 
Baginda sering memakai sandal dengan memulainya dari yang sebelah kanan dan bila ia melepaskannya, bermula dari yang sebelah kiri.

Senjata


Nama pedang perang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Zulfaqar. 
Lain-lain pedang: Ak-Mikhzam, Ar-Rasub, Al-Qadlib – tangkai pedang dihiasi perak. 
Tali pedang dari kulit yang disamak. 
Tiga helai tali dari perak. 
Nama busur baginda ialah Al-Katum, tempat pananannya bernama Al-Kafur.

Lain-lain Barangan


Mempunyai tikar tidur dari kulit yang sudah disamak yang diisikan kulit kayu kurma yang halus. Panjang lebih kurang dua hasta. Lebar lebih kurang sehasta sejengkal. 
Baginda tidur di atas tikar yang dibawahnya tiada suatupun yang lain. 
Nama bendera Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam a: Al-‘Uqab. 
Nama untanya: Al-‘Udl-ba, nama kudanya: Al-Duldul, nama kaldainya: Ya’fur. nama kambingnya: ‘Ainah. Baginda mempunyai tempat bersuci dari tembikar, yang beliau berwudlu padanya dan meminum daripadanya. 
Maka orang banyak menghantar anak-anaknya yang kecil yang telah berakal. Lalu mereka itu masuk ke tempat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. 
Mereka itu tiada ditolak untuk masuk ke tempat beliau. 
Apabila anak-anak itu mendapat air pada tempat bersuci tadi, lalu mereka minum. 
Dan menyapu mukanya dan tubuhnya dengan air tersebut.
Mereka itu mencari barakah dengan yang demikian.

والله أعلم بالصواب (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Thursday, August 1, 2013

Allahumma....supo skalo la.

Madu tualang power! Click here
Alhamdulillah 2 surau berdekatan rumah aku amat cargas. Fatwa-fatwi Harussana-harussini gagal memandomkan AJKnya. Surau kami tetap menjemput para ustaz untuk menyampaikan tazkirah malam-malam Ramadhan.

Tazkirah malam 23 Ramadhan baru-baru ini disampaikan oleh seorang ustaz yg montel-montel berkulit cerah di surau kami.

Namanya Ustaz Nor Azan dan selebih tentang dirinya tidak kami ketahui.

Tazkirah yg dibawanya berkisar tentang doa. 

Menurutnya, doa setiap insan pasti dimakbulkan. Allah akan memakbulkan setiap doa melalui 3 cara;

1) Dimakbulkan semasa hayat peminta. Apa dimintak, dapat.

2) Dimakbulkan diakhirat, supaya si peminta dapat lebih menikmatinya kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

3) Dimakbulkan doa itu dengan bentuk yg lain dari apa yg dihajati. Nak kereta Volvo dapat Perodua. Nak yg slim cun bergetah tapi dapat kawin dengan awek gedebap. Nak menang PRU, tapi takdirnya kalah kena tipu. Ulamak berpendapat, mintak A tapi dapat B itulah sebenarnya sebahagian cara Allah memakbulkan doa. Bahawa B itulah kurniaannya di atas doa tersebut, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. 

Ustaz Nor Azan juga menasihati agar kita terus-terusan berdoa dan jangan malas-malas. Sapa malas dia rugi.

Beliau juga mengkisahkan betapa seorang rakan sepengajiannya di Mesir dahulu agak malas berdoa. Cincai-cinai dan selalu nak cepat. Rakannya itu berasal dari Kelantan.

Kerap beliau mendengar rakannya itu berdoa, "Ya Allah Ya Rabbi, Allahumma... supo skalo la"

Rupa-rupanya member tu budget Allah ingat semua doa-doa dia yg lepas-lepas, jadi 'supo skalo la' memberi maksud macam dulu-dulu la, macam biasa la!

Memang Allah Maha Mengingati, tapi agak-agak la kot iye pun. Kah kah kah!

Pakaian Rasulullah dan Larangan Melabuhkannya

Madu tualang power! Click here
Sumber: nasbunnuraini.wordpress.com

Dari Abdullah Bin Umar r.a berkata “Aku pernah melintasi (di hadapan) Rasulullah S.A.W dengan mengenakan (memakai) pakaian labuh..maka Baginda bersabda, ” Wahai Abdullah ! Naikkan/tinggikan kainmu. ” maka aku menaikkannya.. Baginda bersabda lagi, “Tambahkan (naikkan) lagi. ” maka aku tambah lagi..kemudian aku teruskan tidak meninggalkan cara berpakaian seperti itu selepas itu..beberapa kaum yang bersama bertanya..sampai paras mana? Baginda bersabda lagi, “PERTENGAHAN BETIS..” (Hadith Riwayat Muslim).

“Kain sehingga buku lali. TIDAK ADA KEBAIKAN untuk kain yang lebih bawah dari itu” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad).

Diriwayatkan hadith dari ‘Alak b Abdilrahman hadith dari bapanya berkata: ‘Aku bertanya kpd Abi Said al-Khudri dari urusan pakaian, maka berkata Abi Said memberitahu: ‘Atas orang yg pandai telah jatuh engkau! (yakni, maksudnya, ‘Tepat pertanyaan engkau’). Telah bersabda Rasulullah (s.a.w) kpdnya: ‘Izaratul-muslimi ila nisfis-saqi wala haraja au la junaha fima bainahu wa-bainal ka’baini. Ma kana asfla minal-ka’baini fahua fin-nari. Man jarra izarahu bataran lam yanzurillahu ilahi.’ (Yang bermaksud: (Bahagian bawah) Pakaian orang Islam (lelaki) adalah setakat separuh betisnya dan tidak berdosa atau tidak mengapa di dalam apa-apa di antara betisnya dgn dua matakakinya (atau bukulainya). Apa-apa pakaiannya yg melebihi dari paras kedua matakaki (atau bukulalinya) maka dia di dalam neraka. Sesiapa melondehkan (i.e. memanjangkan atau melabuhkan dengan sengaja) pakaiannya (melebihi dua matakaki atau buku lalinya) dia adalah menyombong (maka), tidak melihat Allah swt kepadanya (di akhirat kelak). [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian].

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah isbal (pakaian yang labuh melebihi buku lali) kerana ia termasuk dalam perkara kesombongan” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud).

Dalam hadith ini disebut secara jelas bahawa memakai pakaian labuh yang menutup buku lali bagi lelaki adalah perbuatan orang yang sombong kepada Allah swt (walaupun dia tidak sombong kepada sesama manusia). Begitu juga orang yang tidak menyembah Allah ialah orang yang sombong kepada Allah dan boleh membawa kepada azab neraka.

Gafir [60] Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, kain (bawah yang labuh melebihi) dua buku lali, ia berada dalam api (neraka).

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak terima solah seseorang lelaki yang melabuhkan kain (bawahan)nya.

Berkata Abu Hurairah r.a, satu ketika seorang lelaki bersolah, kain yang dipakainya labuh. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya pergi berwuduk semula, maka orang itu pun pergi. Kemudian itu ia datang, bertanya seorang lelaki (sahabat) katanya, wahai Rasulullah apakah sebabnya tuan menyuruhnya berwuduk (semula). Sabdanya (jawab) sesungguhnya ia telah bersolah (dalam keadaan) kain yang dipakainya itu labuh, dan sesungguhnya Allah (swt) tidak menerima solah seseorang lelaki yang kainnya labuh.

“Orang yang solat dalam keadaan isbal (labuh lebih buku lali), tidaklah dalam keadaan dihalalkan dan tidak pula dalam keadaan yang diharamkan Allah” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud) Maksud hadith ini orang tersebut tidak beriman kepada perkara yang Allah halalkan dan yang Allah haramkan.

Kebanyakan ulama berpendapat lelaki yang bersembahyang dengan memakai kain menutupi buku lali tidak diterima sembahyangnya. Cuma seorang ulama dari India berpendapat bahawa “tidak diterima solah” itu bermaksud “tidak diterima untuk diberi pahala penuh”. Oleh itu berhati-hatilah agar sembahyang kita diterima Allah s.w.t. dan lipatlah kain seluar agar tidak menutupi buku lali.

Terbaek Dari Facebook - Air Dakwat Kekal Baazar Ramadhan

Madu tualang power! Click here
PRU13 dah pun selesai. Satu dunia maklum UMNO menang. Juga 3/4 dunia memperakui UMNO menang tipu.

Cuma 1/4 yakni negara tan-tan-tan, Turkmenistan, Kazakhstan, Ulambatortan, Mongoliatan sahaja yg mempersahehkan betapa telus mulus dan fulusnya PRU Malaysia.

Seperkara yg amat menonjol dalam PRU13 ialah penggunaan dakwat. Sebab PRU sebelum2nya, haram tak guna dakwat.

Mungkin Mahafiraun fikir, kali ini main padam-padam lampu sahaja tidak mencukupi.


Malangnya dakwat itu bukan sahaja tak kekal, malah pancut kat dinding pun tak lekat. Apatah lagi kalau bercita-cita nak pancut atas siling. Apa boleh buat, kesian dia nak masuk kubur dgn dakwat cairnya.

Namun, Ramadhan ini pengubat jiwa kita yg lara ditipu kiri kanan depan belakang mata. 

Raikan bersama air dakwat kekal! Kah kah kah kah kah


Aku tak tahu di bazar Ramahan mana air ini boleh didapati. Aku cuma mencedok gambar ini dari page Dewan Pemuda PAS Malaysia.