Saturday, July 20, 2013

Terbaek Dari Facebook: Kisah Jibrail dan Mikail Dalam Jual Beli Unta

Madu tualang power! Click here
Datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu bahawa dia dalam kesusahan dan ingin menjual untanya. Tanpa berlengah Saidina Ali menyatakan kesanggupannya untuk membeli unta itu, meskipun ketika itu dia tiada wang. Beliau berjanji akan membayar harga unta itu dalam beberapa hari...

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjual unta tersebut.

Setelah menerima wang bayaran unta tersebut, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta yang kesusahan dahulu.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah SAW berjumpa Saidina Ali, lalu bertanya

“Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?”

Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

Sumber: Facebook Naj Aniki Skn

2 comments:

  1. adakah cerita ni datang dari hadith yg shahih?jangan main2 dgn nama nabi saw nanti silap hari nama dah booking dlm neraka.sila hati2 dalam hal begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah ini dikutip dari tazkirah ramadhan oleh seorang ustaz.

      Delete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.