Wednesday, July 3, 2013

Ole-ole Dari Mekah - Muruku!

Madu tualang power! Click here
Sungguh aku tak boleh melupakan bagaimana di zaman kanak-kanak dahulu, kami orang kampung begitu meraikan pemergian bakal haji ke Tanah Suci Mekah.

Kami yg rata-ratanya berpendapatan rendah tidak memungkinkan hajat untuk ke Tanah Suci itu tercapai. Jadi, keberangkatan salah seorang dari kami ke Tanah Suci adalah berita gembira seluruh kampung.

Dahulu, gelaran haji itu dimuliakan dan dipandang tinggi. 

Bukan macam zaman sekarang yang mana sesetengah dari kita mampu pergi ke Mekah tiap-tiap tahun. Yang pergi waktu pagi, subuh esok dah balik pun ada.

Haji dah macam-macam jenis haji. Ada haji mabrur, ada haji marlboro.

Ada haji Harussana Sini, ada haji Zambry Kadiaq, ada haji Mahafiraun, cuma Lim Goh Tong dan Vincent Tan sahaja yg belum kompom.

Di zaman budak-budak, aku cukup suka melawat orang baru pulang dari Tanah Suci. 

Sebab-sebabnya;

1) Dia punya kurma Ya Allah sedaaaaapnya... lembut manis tak macam kurma berpasir yg aku makan di bulan Ramadhan. (itu kurma India daaaa, murah)

2) Air zam-zam payau yg bakal aku teguk. Bukan senang nak dapat minum air zam-zam zaman dulu.

3) Segala aneka mak-nenek kekacang, kismis dan buah-buahan kering Arab. 

4) Kalau ada rezeki, aku akan dapat ketayap free. Dari Mekah konon. Cheh! Kat dalam kopiah terang-terang Made In China! Kah kah kah kah!!!!

Itu dulu. Nostalgia.



Sekarang? INDIA!!! Kah kah kah kah!!!

Mulai sekarang, jemaah tak mau bawak kurma dan minyak atar lagi. Berat. Cas kapalterbang mahal.



Kah kah kah kah!!!

1 comment:

  1. Dalam proses nak tukaq nama. depa ingat nak register 'Tabung Hajeee'.

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.