Sunday, July 21, 2013

Cukup Rajin Puasa

Madu tualang power! Click here
Kantoi tak pose!

Aku start puasa penuh di kala umur 11 tahun. Lambat.

Ramadhan-ramadhan sebelumnya, banyak puasa aku yg kantoi. Mana tahan, pergi balik sekolah jalan kaki 3 km. Kih kih kih alasan.....

Kami semua tak boleh lawan anak-anak makcik kami yg garang macam scorpion, anak-anaknya umur 5-6 tahun dah khatam puasa. Perghhhh! Lunyai budak-budak tu macam kain buruk time nak berbuka.

Bukan makcik aku sorang. Ramai lagi makcik dan pakcik yg akan memaksa anak-anaknya sejak kecik berpuasa.

Menurut ustaz yg bertazkirah di surau aku baru-baru ini, bagus dan memang amat bagus memaksa anak berlapar sejak kecik.

Akan tetapi, berapa kerat antara kita yg memaksa anak bersembahyang sejak umur 6-7 tahun? Berapa kerat pulakah antara kita yg membalun anak sampai birat-birat tengah belakang, apabila umur dah 9-10 tahun masih culas sembahyang? Di kalangan suku-sakat aku tak ada.

Kalau di kalangan suku-sakat korang ada yg mempraktikkan begitu, Alhamdulillah. Selamat budak itu bila dewasa kelak.

Bab puasa, kita beriya-iya sangat. Itu sebab kata ustaz tersebut, ramai yg tak sembahyang tapi puasa penuh. Ramai yg terbelah kain terlentang terlingkup, puasanya penuh sebulan.

Kerajaan UMNO/BN pun begitulah nampak gayanya. Bab puasa dan zakat memang champion! Kah ka kah!!!

Keluar berita tangkapan orang tak berpuasa meningkat! kah kah kah Di Kelantan pula ditangkap tengah syok mencekik kah kah kah!

Aku berani kompom, malaon-malaon yg pemalas berpuasa itu di cekup di warung-warung, restoran tomyam atau pun belakang kedai mamak.

Pernah keluar gambar orang di tangkap tengah mencekik di restoran dalam Hotel Hilton? Ritz? Glitz?

Penguatkuasa nak masuk hotel 5 bintang pun kecut batu, sebab kena spik London. Kah kah kah!!!!

3 comments:

  1. Bhai LL...

    Hahaha... Lupakanlah kalu nak tengok penguatkuasa masuk hotel 5 bintang camtue... hahaha... takder telor punya lar.... hahaha

    ReplyDelete
  2. " kita tak bule tegur org nak beramal, nanti kalo tersentap langsung dia tak mau dtg atau buat amal" - kes solat berjemaah di masjid
    so tak yah tegur ker...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tuan aji,

      komen tuan aji ni, saya tak paham.

      adakah komen ini berbentuk pernyatan atau soalan?

      " kita tak bule tegur org nak beramal, nanti kalo tersentap langsung dia tak mau dtg atau buat amal"- ayat sapa ni tuan?

      Delete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.