Sunday, June 30, 2013

Apa La Naya Nasib Cikgu di Johor

Madu tualang power! Click here

Kah kah kah kah!!!

Nak berFacebook pun kena pantau? Sikit hari nak berhello-hello dgn laki/bini pun kena pantau gamaknya.

Bukan tak kesian kat cikgu-cikgi.

Marker pen beli sendiri. Kertas A4 beli sendiri. Pemadam beli sendiri. Laptop beli sendiri. Makan tengahari duit sendiri. Gincu duit sendiri.

Semua duit sendiri. Duit gaji ada la berbaki sedikit untuk membeli 'sarkot'. Kah kah kah!!!

Itu pun, maaaaaaasih lagi memangkah UMNO.

Pangkah lagi!

Friday, June 28, 2013

Mari Berasa Dengki Dengan Rakyat Australia

Madu tualang power! Click here
Setakat yang aku tahu, sudah 3 orang rakan sepersekolahan telah berhijrah ke Australia.

Alasan utama mereka, 'di sana suasananya lebih bagus untuk membesarkan anak-anak'.

Aku yg masih dibawah tempurung Malaya ini, tetap tegap dengan pendirian 'Hujan emas negeri orang, hujan air kuning gatal pedih negeri sendiri. Marveles lagi negeri sendiri'.

Mengikut artikel Daily Chili, Australia melalui satu kajian telah 3 tahun berturut-turut di tempat teratas senarai negara yg penduduknya sentiasa berasa gembira.

For the third consecutive year, Australia has won the title of world's happiest industralised country, followed by Sweden and Canada. Australia earned top honours thanks to the strength of its economy as well as health, safety and housing standards, according to the Organisation for Economic Cooperation and Development's new Better Life Index.

Semuanya negara kapir. Lagi pun yg buat kajian, orang kapir. (alasan) Kah kah kah kah!!!!!






Isu Dakwat Pekat: Pendapat 3 Abdol

Madu tualang power! Click here
I

Abdol A dengan tidak kurang bangangnya mengatakan, "Buat apa pekat-pekat? Nak pancut naik siling? Inilah perangai orang Melayu, asyik dengan dakwat pekat, tongkat Ali, kopi Janda. Orang puteh dah memancut atas bulan tau?"

Abdol B tidak mahu kalah bangang berkata, "Sapa kata tak ada silver nitrate? Saya dah check, semua ada  silver nitrate. Sebab saya sendiri yg goncang batang-batang pen itu semua!" Kah kah kah kah!!!

Abdul C cuba berbuat tidak bangang bersuara, "Sori. Dakwat pekat warna kuning tak ada. Kalau nak jugak, goncang la sendiri. Tak kan goncang pun nak suruh orang?" 

Kah kah kah!!!!

Untuk lebih terperinci, sila baca di Harakah

Thursday, June 27, 2013

Sedap Hingga Mengolom Jari!

Madu tualang power! Click here
Telah dihebahkan di parlimen dgn tiada rasa malu dan jijik bahawa dakwat kekal yg digunakan pada PRU 13 menggunakan bahan pewarna makanan.

Patut la sedap hingga mengolom jari! Kah kah kah

SPR masih  dalam mode 'barua', tetap merahsiakan nama syarikat berkenaan dari pengetahuan pembangkang, sedangkan pembangkang cuma ingin tahu adakah Jamil Khir telah dimaklumkan dan adakah dakwat itu mendapat logo halal JAKIM atau pun tidak?

Ini serius, ini soal makanan. Kah kah kah kah!!!


Kalau dakwat sudah tidak lagi pekat, jgn selalu pegang batang pen. 

Cuba jangan diusik batang pen seminggu dua, nescaya pekat la dakwat.

Kemudian goncanglah, gerenti melekat kekal dijari. Kah kah kah!!!

Monday, June 24, 2013

Darurat Tu Benda Apa?

Madu tualang power! Click here

Jerebu takot amat pada darurat. 

Sebut je darurat! Berkepul-kepul jerebu masuk dalam tanah. Kah kah kah!!!

Jadi tak perlu risau. Tahun depan, di waktu-waktu begini jerebu akan kembali lagi.

Jerebu akan menyesakkan nafas budak2 kecik, warga2 tua dan pengidap penyakit bersangkutan pernafasan.

Tapi takpe, akan ada menteri jadi penyelamat. Menteri akan umumkan, 'DARURAT!'

Jadi biarlah tauke2 besar nak bakar sebanyak ribu hektar mana pun tanah di Indon itu. Bakar-bakar membakar itu lebih afdal dan menjimatkan kos dalam kerja2 memugar tanah baru dan membersihkan pokok-pokok tua yg tidak mengeluarkan buah sawit lagi.

Nak suruh Pala 'bana' nivel ambik tindakan? Baik dia kelebet jubur panda. Kah kah kah!!!

Indon kata, "padan muka pak hang!" Kah kah kah!!!

Sunday, June 23, 2013

Rendam Sedap-sedap Tak Perlu Cabut-cabut

Madu tualang power! Click here

Jerebu sudah menjadi acara tahunan. Tiap tahun akan keluar angka kawasan mana yg champion dan kawasan mana mencorot dilanda jerubu.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga mak bapak pastinya resah bila anak-anak kecik selsema, demam dan batuk-batuk berpanjangan akibat jerebu.

Jerebu mengopak poket mak bapak kerana anak-anak kecik yg jatuh sakit perlu ke klinik. Biasanya mak bapak akan memilih klinik swasta dari klinik kerajaan yg layanannya macam hampas, datang pukul 9 pagi pukul 12 tengahari belum tentu dapat ubat. 

Punca jerebu ialah pembakaran terbuka secara besar-besaran. 

Pembakaran ini banyak dilakukan di Indonesia. Dajal-dajal yg membakar sesuka hati ini ialah tuan punya ladang sawit. Samada untuk memugar tanah baru atau untuk penanaman semula, bakar ialah cara paling murah untuk membersihkan kawasan.

Jangan kita tak tahu, dajal-dajal tuan punya ladang di Riau, Indon itu adalah rakyat Malaysia. Ladang Datuk Kong Ket Kuat, Ladang Datuk Korek -Korek Korek. Ladang Datuk Seri Mohtar al Bau Kari. Sapa berani sentuh?

Itu pasal bila jerebu sampai, puak-puak UMNO buat-buat tak kisah. Kalau jerebu kuat sangat, Mahafiraun & the gang mampu lari ke Bali.

Pihak Indon dengarnya sedang menyiasat ladang-ladang itu, tapi kita boleh simpulkan bagai 'melepas batuk selepas kencing' sahaja. Akan tiada tindakan susulan. Macamana tindakan akan diambil, sedangkan ladang-ladang itulah menyumbang pendapatan untuk Indon.

Tuan punya ladang sememangnya memilih Indon bukan Filipina, kerana Indon tidak menandatangani perjanjian melarang pembakaran terbuka bagi rantau ASEAN.

Terbaru, Najib dan balacinya Datuk Seri Palabana mengumumkan darurat bagi kawasan Muar kerana bacaan index API telah melebihi paras 700. Paras ini bahaya. Pendedahan lama dikawasan terbuka boleh menyebabkan manusia sesak nafas dan pitam.

Kita rakyat marhaen terpaksalah menanggung bala. Bala memberi undi 47% untuk UMNO 53% untuk PR.

Sedangkan Mahafiraun, Najib & the gang kalau dah rimas sangat, boleh cabut ke Bali.

Boleh enak-enak duduk dalam hotel tak payah cabut-cabut.

Friday, June 21, 2013

Terbaek Dari Facebook: Mari Cari Sniper

Madu tualang power! Click here
Ada seorang sniper Sulu dalam gambar ni.

Kalau mata terang, musti jumpa. 

Kalau tak jumpa jugak, hukumannya kena pergi Padang Merbok esok. Kah kah kah kah!!!

Thursday, June 20, 2013

Apa Macam Wak?

Madu tualang power! Click here
Dicedok dari blog Din Merican


Melawan, kena ngap. Tak lawan, sah kena ngap. Siang-siang buta orang buat kerja depan mata. Tak ada silu, tak segan lagi dah.

Hormat sikit la kat Muhyiddiiiiiiiiiiin. Kah kah kh kah kah !!!! Dia PM mendapat mandat. Kah kah kah kah!!!

Jangan la kata kat dia, hidung tak mancung pipi terkembong-kembong. Kah ka kah kah!!!

Mat Nuar Tak Main King's Gambit

Madu tualang power! Click here

Antara dam dan catur, aku pilih catur. Pernah jadi champion kecil-kecilan. Pendekkan cerita, ada la medal champion dalam kotak nak buat modal riak. Kah kahkah!

Masa aku kat sekolah dulu, bukaan King's Gambit ialah favourite aku. Kalau aku main buah putih, dah kompom aku offer King's Gambit. Modalnya, bagi umpan pawn sebijjik  Kalau mamat tu makan pawn aku, siap la dia. Lepas satu, satu, buah2 besar dia aku tibai. Ianya cepat, kejam dan aku kompom menang.  Sampai la aku habis sekolah, member2 aku masih memendam rasa tak jumpa ubatnya. 


Tapi bila start masuk tournament, lawan dgn orang bagus-bagus, aku pulak menjawap. Sebab lawan-lawan baru aku semuanya jenis baca buku catur. Jadi geng-geng ini aku tak boleh buli.

Di peringkat dunia pun, King's Gambit dah jarang sangat diguna pakai. Terlalu berisiko untuk kedua-dua belah pihak. Orang yg offer King's Gambit ini, samada telur dia ya amat besar atau dia bodo.

Perbuatan Najib mengajak Mat Nuar dating di Jakarta itu bolehlah kita samakan dengan King's Gambit.

Umpannya, Mat Nuar jadi TPM dan 4 ketui barua dari PKR jadi menteri. (bab ni kompom Azmin meloncat-loncat nih! Kah ka kah)

Mat Nuar menolak King's Gambit Najib. Di sini kita nampak Mat Nuar sudah tahu auta Najib, tidak mahu mengambil risiko dan dia pun ada rancangannya yg lagi power rangers!

Najib tentu tengah sangap. Apa lagi Mat Nuar mau? Apa nak diumpan Si Mat Nuar ni?

Tapi takkan Mat Nuar nak makan umpan anak badak kot? Giloko po??

Kahkah kah kah!!!

Tuesday, June 18, 2013

UTANG Ialah Punca Budak-Budak U Jadi Mandom Dan Berak Kapur

Madu tualang power! Click here
Inilah yg Mahafiraun suka. Pelajar-pelajar jadi macam ayam berak kapur.

Inilah tujuan asal Mahafiraun, menarik balik biasiswa dan mengenakan pinjaman pelajaran. Yakni, UTANG.

Pelajar yg dibeban dgn utang tak akan ada masa untuk masyarakat. Keupayaan mereka utk berfikir dgn lebih luas telah dikasi oleh beban utang.

Mahafiraun tahu bahawa menguruskan pelajar yg menanggung utang keliling buah pinggang jauh lebih mudah dari menjaga berkandang-kandang feedlot lembu.

Monday, June 17, 2013

Bang Aji Kecewa Dakwat Tak Pekat?

Madu tualang power! Click here

Marcos merasa kecewa, Mubarak kecewa dan Mahafiraun pun turut kecewa.

Kecewa mereka itu bukan kerana kecewa tidak berkuasa lagi. Tapi kecewa kerana, 'kenapalah aku tak rembat kaw-kaw harta benda negara dulu'.

Baru-baru ada seekor barua turut berasa kecewa. Kecewa dakwat tak pekat. Time pancut tak sampai siling. Kalau sampai pun, tak melekat di siling. Barua kecewa.

Jangan sekadar kecewa. Berhenti kerja, lagi pun ramai orang dah menyampah.

Pergi berubat, berurut dan bersenam. Aktifkan diri. Bukan duduk di kerusi empuk sampai malam memanaskan scrotum. Scrotum yg panas tak akan menghasilkan dakwat pekat.

Pergi berambus lah!

Besar Cita-cita Abg Aji

Madu tualang power! Click here
Abd Aji nak jadi panglima.

Cuma yg Abang Aji belum sebut nak mati syahid je lagi.

Bukan tak bagus. Berkorbanlah harta dan nyawa demi pendidikan agama anak bangsa.

Tapi Abg Aji bukan tak tau, MB Kedah sekarang ini ialah Mahafiraun.

Janggut nabi lagi dia boleh buat main-main, inikan pulak janggut Abang Aji. Kah kah kah!!!



PPSMI Hidup Balik?

Madu tualang power! Click here


Di Acheh, menurut kawan aku, kalau ada Cina bercakap bahasa Cina, akan kena lempang.

Nak duduk Indon, kena berbahasa Indon. Nak berbahasa ibunda, gunakan dalam rumah. Begitu lah bangganya Mat Indon dengan bahasa ibundanya.

Kita disini tak ada Cina/India kena lempang semata-mata kerana bertutur bahasa nenek-moyang mereka. Bukan lah kita ini tidak bangga dgn bahasa nenek-moyang kita, tapi kita Melayu toleransi tinggi. Kah kah kah!

Sekarang dah ada Bahasa Nepal, Bangla, Cambodia, Myanmar. Bahasa Mongol pun ada.

PPSMI aplancau itu patut dah mansuh lama. Tapi masih lagi dok mengikut idea baghal Mahafiraun.

Masih mengagung-agungkan Bahasa Inggeris. 

Masih tak sedar mulut kumat-kamit ber'yes' ber'no', tapi tak sedar ponggong itam legam jugak! 

Kah kah kah!!!

Saturday, June 15, 2013

Harakah Dah Kontang Idea

Madu tualang power! Click here
Setahu aku, Harakah ialah akhbar politik.

Kerja Harakah menyebarkan maklumat terkini berkenaan politik tanahair dan luar negara. Juga Harakah boleh turut sama menghasut rakyat supaya membenci UMNO/BN.

Kerja Harakah bukan masuk dalam rumahtangga orang. Menyiarkan si anu dan si anu dah bercerai, si anu kawin dgn si anu pulak, kemudian si anu berbaik-baik dgn jandanya dan bawak anak2 jenjalan bersama, itu bukan kerja Harakah sepatutnya.

Itu kerja Utusan Meloyo. Itu kerja Mangga. Itu kerja tabloid-tabloid yg tak laku.

Harakah bukan s/khabar yg tak laku. Harakah tak perlu menyiarkan kisah rumah tangga orang.

Betul ke Harakah ini dibawah kendalian Stopa Ali?

Kah kah kah kah!!!

Model Baru Protong Saga

Madu tualang power! Click here

Proton murah?!?

Ini bala!

Ya Allah, selamatkan lah kami dari malapetaka ini. Selamatkan lah kami dan keluarga kami dari bala ini. 

Apa kita nak harap dgn Protong murah?

Dengan harga sekarang mahal mencanak pun masalah bermacam-macam, lagi mau jual murah?

Mungkin model murah tak ada berbumbung. Mungkin model murah tak ada pintu?

Paling hebat, mungkin Protong akan keluarkan model murah tak ada tayar!

Kah kah kah kah kah!!!!!!! 

Friday, June 14, 2013

Gurkha Pun Ada Nafsu

Madu tualang power! Click here
Artikel Din Merican

Duduk goyang kaki atas singgahsana, tapi mintak macam-macam. Macam-macam kemahuan....


Teringat aku kepada seorang pak cik di Hulu Kelang. Dah arwah pun pak cik tersebut. Arwah popular di kawasan flat kami kerana mulutnya celupar. Salah tune sikit, menyembur memaki.

Kebetulan flat sewaan aku ngam-ngam bertentangan dgn rumah setinggannya, maka kerap lah kami anak-anak bujang ketawa pecah perut bila arwah memaki hamun anak-anaknya.

Ayat-ayat yg masyhur yg masih aku ingat ialah;

"Buat kerja pemalaih! Duit hampa mau! BABI hampa!!!

UMNO Sama UMNO Bergaduh, Gurkha Cuba Tepuk Tangan

Madu tualang power! Click here
Patut la berabad-abad sanggup duduk dalam tong taik. Berangan nak jadi maharaja rupa2nya. Kah kah kah!

Entah apa mimpinya, entah apa tiliknya, entah apa bomoh, entah apa kira-kira Matematiknya, raja gurkha budget dia boleh jadi PM.

Ingat puaka2 nak duduk diam?

Raje gurkha mungkin dah start budget akan turunkan harga petrol, lupus PTPTN, turun harga kereta, batalkan GST, kembalikan royalti peroleum kpd negeri2 pengeluar dan mcm2 lagi lah utk kemudahan rakyat jelata. Raja gurkha dah mula pasang angan2 utk jadi popular dan dikenang hatta dia dah masuk dalam kubur sekalipun.

Ingat puaka2 nak redho lah? Kah kah kah

24 ekor katak telah berbaiah dengan raja gurkha. Raja gurkha pun budget boleh kaw tim dgn DAP, PKR dan PAS utk menggulingkan Najib dalam parlimen. Sebilangan MP PAS mesti setuju kan? Kah kah kah! Asal bukan Mat Nuar. Gurkha pun, gurkha lah.

Raje gurkha ingat ini benda senang. 

Jikalau dulu, anak-anak Mahafiraun botol San Miguel pun tak kenal. Ananda entah dimana. Vincent Tan masih kecil2an. Mokhtar BauKari belum ada nama. Itu pasal dulu cuma main padam-padam lampu. 

Ingat puaka2 nak duduk diam?

Ada baiknya raje gurkha duduk diam sejuk dalam gua.

Monday, June 10, 2013

HARAKAH Ter 'kah kah kah'!

Madu tualang power! Click here

Kah kah kah kah!!!

Cuba betulkan aku, sekiranya aku ini salah. Yg mana betul? No-holds-barred atau no-holes-barred?

Kah kah kah kah!!! Kenapa bangang melantun-lantun ni? Malu la sikit...Harakah sekarang dah world-wide.

Lubang dengan pegang pun tak tau nak beza.

Betul ke Harakah ini dibawah kendalian Stopa? Kahkahkah!!!


Wahai pembaca Harakah...... hendaklah kamu redho dan rela atas kesilapan diatas.

KAH KAH KAH!!!!