Wednesday, April 24, 2013

Nurul Izzah Perlu Kerap Bermain Becak

Madu tualang power! Click here
"Oh yes...Errr well.. Many thanks... You know.. bla bla bla..."

Sesekali timbul satu macam perasaan jengkel bila aku terlihat gambar anak Mat Nuar ini  bersama geng-geng Bangsarnya. Pun begitu, gambar di atas tidaklah menggambarkan perilaku Nurul Izzah yg sbenarnya. Aku cuma jengkel.

Aku cuma berpendapat dia sepatutnya lebih kerap dilihat turun bermain becak di Lembah Pantai dari minum teh dan speaking London di Bangsar.

Jadi apa yg diutarakan oleh Boo Su Lyn dari Malaysian Insider tentang betapa glamernya Nong Chik di Lembah Pantai bolehlah dibuat renung-renungan. Bukan semua dia tulis itu betul, tapi sikit salahnya. 

Aku juga ada kisah tentang Lembah Pantai yg dahulunya bekas kawasan setinggan kerana aku kerap ke sana melawat mak sedara yg tinggal di Kampung Selamat. Sebuah kampung di ibukota. Memang real kampung, budak-budak kecik main depan rumah tak pakai seluar, taik ayam merata, taik lembu merata, taik orang pun silap haribulan boleh terjumpa di tepi rel keretapi. Tambang bas Sri Jaya no. 46 dari Bus Stand Kelang ke sana tak sampai RM1 pun ketika itu.

Tempat ini amat meriah dikala Ramadhan. Segala bagai benda makan ada dijual. Bawak RM20 dalam kocek, dah kompom lesap. Ini area Melayu yg rata-ratanya, dapat rezeki RM50 hari ini, esok kena cari lain. Di sini orang membaca Utusan Malaysia, Harakah, Sinar Harian, Metro, Kosmo dan Suara Keadilan. Tak ramai yg beli The Star atau NST. Atau memang tak membaca apa-apa pun, lagi pun RTM dan TV3 kan ada?

Ini kawasan Melayu yg pencariannya sempit, walaupun bukan semua.

Bangsar pula kawasan elit meskipun asalnya cuma ladang getah. Bangsar ada sebuah kelab sukan yg mempunyai kolam renang, jadi aku juga kerap ke sana utk melepas gian-rindu-rendam terhadap Sungai Perak. Sambil berenang, dapat la bercampur gaul dengan India, Cina dan Mat Saleh. Dapat la tengok ponggong amoi-amoi putih gebu. Dapat la poyo-poyo speaking London dgn mat saleh. Phhtooooey!! Itu dulu.

Disini umatnya berduit. Rumah besar kereta besar. Kedai-kedai tak ada yg bersignboardkan Bahasa Melayu. Nak order teh pun kena bercakap orang putih, kalau tidak budak Melayu yg jadi waiter itu tidak faham. Kah kah kah kah!!!

Di sini Utusan Malaysia dan Berita Harian tak boleh cari makan. Yg laku ialah The Star, NST, the Edge, Business Times dll.

Bahasa Kebangsaan tiada tempatnya di Bangsar ini. Bahasa Melayu 'low class' di Bangsar.

Khalayak Lembah Pantai bicara soal harga beras dan harga ayam manakala khalayak Bangsar bicara tentang kebebasan media, kebebasan berkumpul, hak asasi dan macam2 lah benda2 yg canggih manggih.

Berbalik kepada kisah Nurul Izzah tak berapa suka main becak di Lembah Pantai tetapi selalu minum teh di Bangsar, aku rasa dgn peratusan Melayu sebanyak 55%, Cina 23% dan India 20%, Nurul Izzah kena pikir semula dimanakah keutamaannya.

Memang Nong Chik banyak duit dan ada kuasa. Satu Malaya dah tau. 

Tetapi, anak Mat Nuar ini nak jadi YB Bangsar atau wakil rakyat Lembah Pantai?

3 comments:

  1. AKU suka dgn tulisan ko. Sekali-sekala atau selalu lihat kebawah jgn lekat kat langit sja. 55% besar nilainya bagi 1 undi dlm sistem pilihanraya.1 undi boleh jadi penentu.....Ingat tu.

    ReplyDelete
  2. org lembah pantai je tahu Nurul Izzah ni mcmana..belum tentu dia slalu lepak kt bangsar,dia high class,mgkin masa 70% dia di lembah pntai,lg 30% dia di bangsar..harap si penulis ni leh try ngekor nurul izzah ni dlm sebulan dia slalu lepak di mana...ni cadang bukan soalan

    ReplyDelete
  3. Pastikn pendapat mu ini sampai ker telinga Nurul izzah ..

    tima kasih..

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.