Monday, April 22, 2013

Hj Hadi vs Dr Nasir

Madu tualang power! Click here
Artikel ini dicedok dari blog kulup sakah. Sedap artikel ini, kalau dak aku tak tempek kat blog aku ni. Artikel ini mewakili pandangan beliau tentang Hj Hadi dan Dr Nasir


Tentang isu pertindihan kerusi antara Pas dan Pkr, Haji Hadi dalam video yang dapat ditonton menjelaskan bahawa berlaku sedemikian selain parti rakan lambat hantar nama dan membuatkan Pas terpaksa hantar, ia bertujuan untuk menyelamatkan PR.

Haji Hadi kata ada calon PR yang Pas tak percaya, ada juga yang huru-hara dan jual pil kuda. Pas takut katak-katak akan melompat sepertimana Perak tumbang dahulu. Dalam video itu juga Haji Hadi mengutuk fahaman komunis yang diharamkan di Malaysia dan kita faham yang dimaksudkan adalah Parti Sosialis Malaysia. Haji Hadi menyifatkan Lenin, Stalin dan Marx ibarat Nabi Muhammad kepada mereka.

Paparon faham kebimbangan Haji Hadi berasas. Ada calon PKR melompat. PKR sehingga hari ini tidak belajar tentang isu ini. Letak calon payung terjun.

Tetapi Paparon nampak cara Hji Hadi ini agak angkuh dan menyinggung perasaan. Semangat kebersamaan dengan Pakatan Rakyat tidak ditunjukkan. Hadi kena ingat ketika orang PKR dan DAP melompat, ada orang Pas 'deal' dengan Umno untuk kerajaan Selangor campuran. Dan semua tahu Kerajaan Perpaduan anjuran Umno untuk berpadu dengan Pas disokong Hadi sehingga Nik Aziz sendiri mengeluarkan kata dua. Pertemuan antara pemimpin Umno termasuk Sultan Mizan tentang isu UG semua orang tau. Mujur ada Nik Aziz yang tak setuju. Hari ini taik-taik isu yang Hadi sokong ini terpalit di muka Hassan Ali, Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa. Projek 16 September gagal kerana siapa? Semua orang tahu.

Kes parti komunis ini mengingatkan saya pada 2004 apabila Nik Aziz tidak setuju Syed Husin Ali bertanding di Kelantan atas alasan Syed Husin sosialis, tak percaya Tuhan. Paparon hairan, Haji Hadi seakan baru keluar dari gua dan tidak mengenali Dr Nasir Hashim presiden PSM. Takkan Paparon nak kenalkan pula? Dr Nasir pernah ditangkap ISA dalam Operasi Lalang 1987. Sebelum-sebelum dan selepas tahun itu banyak kali juga Dr Nasir masuk lokap kerana beliau tetap konsisten memperjuangkan isu rakyat seperti pencerobohan tanah, isu pekerja dan sebagainya. Tetapi Dr Nasir tak gila publisiti, malah media dulu tidak sehebat hari ini. Siapa yang tahu.

Lapan sembilan tahun dulu Paparon sering berulang-alik ke pangsapuri Dr Nasir untuk membuat rawatan akupunktur terhadap An-Nur dan arwah Annisa. Dr Nasir caj murah. Ini ilmu yang Dr Nasir ada dan gunakan untuk berbakti. Sama juga Haji Hadi yang mencurah ilmu berkuliah di Rusila.

Kami masa itu tidak tahu siapa Dr Nasir, hanya terbaca iklan akupunkturnya di Harakah. Kami pergi. Paparon masuk pangsapurinya. Ada juga anak murid berbagai bangsa belajar dengannya. Di dinding ada beberapa lukisan yang dilukis sendiri oleh Dr Nasir. Jarang doktor berseni. Lukisan abstraknya mempalitkan kalimah-kalimah Allah menjadi indah dengan warna-warna. Ada karikatur kartunis Rossem melukiskan wajah-wajah pejuang hak asasi ketika itu. Ketika Paparon menyebut nama-nama karikatur yang dilukiskan seperti Sivarasa, Irene Fernandez dan lain-lain, Dr Nasir terkejut dan bertanya, " Awak kenal?". Paparon jawab "Ya!". Dr Nasir hanya tersenyum. Tidak pula dia ceritakan siapa dia. Cuma Paparon dan Sham syak dia tentu seseorang hebat. Barulah Paparon siasat dan akhirnya tahu siapa Dr Nasir.

Dr Nasir adalah presiden sebuah parti politik di Malaysia yang paling mudah hendak dipeluk dan berjabat tangan. Tiada pengawal menjerit keras dan tegak "Beri laluan! Beri laluan" seperti Haji Hadi ketika berada di majlis-majlis mahu pun berceramah. Salam pun tak pandang muka. Jarang juga Haji Hadi menyantuni kawan-kawan kami yang berniaga di tapak-tapak ceramah, yang menyokong dia.

Dr Nasir yang sosialis ini, yang katanya pengikut Lenin ini sejak dahulu tak pernah belot dan tunduk kepada kekuasaan. Pemimpin lain yang dikatakan hebat, pernah. Dr Nasir seperti dulu, berkemeja pudar warna, seluar longgar selesa dengan beg sempoi, kalau tidak berkasut hanya bercapal. Jarang bermuka masam ketika bersalam.

Sekurang-kurangnya itu yang Paparon nampak. Paparon tidaklah kenal dengan Haji Hadi tetapi sesiapa yang nak kenal Dr Nasir begitulah beliau. Tetapi Paparon tidaklah rapat. Tidaklah seperti kawan Paparon seperti Nalini, Bawani, Madhavi, Arul atau Mandeep dan Nazreen yang lebih rapat dengannya.

Paparon hanya cerita dari apa yang Paparon lihat dari mata Paparon- seorang mat sebok di majlis-majlis memuja dan menzikirkan nama pemimpin.

5 comments:

  1. Bhai Libang Libu...

    Antara Hadi Awang dengan Dr Nasir... gua lagi respek Dr Nasir... pasai dier berpolitik takder agenda pelik-pelik dibelakang tabir... tambah lagi dier telus... takder belit-belit...

    Walaupun gua ahli PAS seumur hidup.... gua pegang kepada prinsip...

    ReplyDelete
  2. BN menang besar 2/3 ini kalilah! Hancor pakatan bongok!

    ReplyDelete
  3. entah la...x tau nak kata apa...sepatutnya hj hadi lbh bersederhana smasa cakap isu2 tertentu...kita x mau pemimpin Pas yg mempunyai ilmu agama yg tinggi tp x guna ilmu yg ada itu sebaiknya...fokus utama jatuhkan bn...jgn lah sesama sendiri bergaduh atau mencuka disaat peluru2 politik hmpir nak dilepaskan...saya pun x kenal dgn dr. nasir tp saya tidak percaya bhwa dr.nasir berpendirian komunis,maxis,nazis...dan saya rasa dr nasir bkn agung komunis,lenin...karl max...mungkin cuma berminat dgn pendirian mreka itu dlm hal berkaitan ekonomi shj...seperti mana pembahagian sama rata kekayaan negara yg menjadi dsr sistem sosialis...mungkin dr.nasir x berminat dgn sistem kapitalis barat yg diamalkn sekarang yg byk menindas rkyat bawahan....jd, jgn cepat sgt memperli seseorg yg x sama pendirian dgn kita sedangkn mereka adalah kawan kita dlm pakatan...sepatutnya hj.hadi bercakap secara personel dgn dr.nasir...mungkin telefon dulu ke utk bertanya pasal hal yg x dipersetujui. Itu lbh baik drpd mengata terus di dpn rakyat...rakyat akn nampak pakatan tidak bersefahaman. Hj. Hadi jg ada kesalahan yg dibuat krna beliau manusia biasa...psl isu UG dulu mmg hj hadi antara yg sokong scara senyap. Mujur lah TGNA masih ada...klu tidak entah apa akn jd pd PAS.Berhemah dlm menegur kesalahan org adalah yg terbaik. X salah menegur jk ada berlaku kesalahan...apatah lg kesalahan yg berkaitan agama kita...tp berhemah amatlah lebih manis malah lebih mengeratkan lg hubungan kita. Apa yg dibimbangi jika ia dijadikn modal politik phak lwn utk mematikn kita kembali. Dr. Nasir pun sepatutnya tidak membuat sidang akhbar krana bila sidang akhbar, tv3, utusan akn sama2 ambil kesempatan utk menggambar suasana begitu teruk sdg berlaku dlm pakatan, krna itu niat hantu2 umnoporno utk melihat hubungan kita hancur berkecai...

    ReplyDelete
  4. Pada aku laa.. Sebagai seorang ulama Hj Hadi bercakap atas dasar meluahkan kebimbangan beliau ttg pengaruh komunisme dlm negara. walaupun dari pihak PR iaitu rakan baik dlm pakatan sendiri. perkara ni kena kawal dan jangan kita tersilap pilih. Kerana kesannya nanti lebih teruk bila PR dituduh membiarkan fahaman yg tak selari dgn agama berleluasa. yg nnti boleh mmpengaruhi org lain. Jika kita mengambilkira maslahat umum, seperti terjadi dalam sirah Nabi, ada pemuda yg terlalu tampan dilarang untuk keluar rumah kerana menyebabkan wanita2 muslim jadi tak keruan. Niat Hj Hadi adlah untuk mencegah daripada berlaku sesuatu yg tidak dijangkakan

    ReplyDelete
  5. Poor administrator.
    Lebih baik duduk diam2 jaga hati 2 bini.....
    asah parang agar pancut laju.....
    Masih ada lagi kebodohan UG.......
    aku berdoa agar dia tak memerintah Malaysia....
    kelam kabut jadinya.....
    dah ada 2 bini kelentong lagi kuat.....

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.