Thursday, April 11, 2013

Chegu Bard Akan Mengambil Alih Tempat Ku Li?

Madu tualang power! Click here
"Makan minum cukup. Nak apa lagi?"

Entah mana silapnya, kita tak tahu. Itulah tendang-terajang orang orang berpolitik.

Apa yg membulukan lubang telinga kepimpinan PKR terhadap Chegu Bard, kita tak tau.

Betul/salah dan bila/bagaimana/tang mana Chegu Bard terjentik kerandut Mat Nuar, pun kita tak tau.

Chegu Bard popular dikalangan pendokong PR, hatta diwar-warkan kerandutnya lebih besar dari kerandut Najib.

Cuma rasa ralatlah kalau mamat yg hobinya mandi air gatal FRU dan bergasak dengan polis ini, dicalonkan kerusi DUN Sg Acheh, nun di Pulau Pinang sana. Jauh amat dari negeri tumpah darahnya. Nak tambah cerita, diadu-domba pulak dgn calon dari PAS. Dah kompom UMNO menang. Atau memang niat murni PAS/PKR P Pinang nak bagi UMNO menang di Sg Acheh?

Seeloknya Chegu Bard isi borang PAS sejak dulu lagi bila sudah terhidu bau-bau taik kucing dalam PKR. Cuba tgk Fauzi Shaari. Isi borang PAS tak sampai setahun, pakai baju Melayu, pakai kopiah, cakap Arab sikit-sikit, kan dah dapat kerusi Parlimen Larut

Nama hebat macam Chegu Bard ini rugi besar Tanah Melayu kalau dia memilih untuk bergurkha bersama PKR.

Sudah-sudah la, biarkan Ku Li sorang-sorang jadi gurkha UMNO sampai habis nyawa. 

p/s: barua/gurkha sama ka?

1 comment:

  1. Masalah Chegu Bard bukan dengan Mat Nuar...tetapi dia memang tak belaga angin dengan Datuk Kamarul, Ketua Perhubungan PKR Nogori Sembilan. Menurut kata cerdik tak berapa pandai, hubungan di antara Datuk Kamarul-Cikgu Bard ni hanya boleh dipulihkan jika kedua-duanya di rejam di dalam kolah masjid oleh Tuan Guru Nik Aziz bagi menghalau sikit punya anak, syaitan-syaitan yang mendiami tubuh kedua-dua susuk ini.

    Pak Sheikh Anuar pun jadi serba salah.....Datuk Kamarul adalah rakan yang amat akrab, manakala Cikgu Bard adalah pejuang tulin PKR yang sentiasa berada di barisan depan setiap ketika.

    Tak apalah, nanti saya nasihatkan DSAI apabila PKR menang kelak supaya melantik cikgu Bard jadi Senator ka, atau Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menjaga meriam-meriam asid PDRM supaya tidak disalahgunakan.

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.