Wednesday, March 13, 2013

Santau Paling Mujarab Di Dalam Dunia

Madu tualang power! Click here

Ilmu kebal paling mujarab ialah 'ilmu jangan cari pasal'. Bukan bergelen-gelen air jampi dan berselirat segala bagai tangkal azimat di pinggang, tengkuk dan celah kangkang.

Santau paling mujarab dalam dunia ialah senjata nuklear. Sebab itu tak seekor pun perdana menteri Israel kena santau bomoh handalan Melayu/Indon, sebab mereka ialah bapak kepada segala bapak semua tauke santau.

Jadi, aku membaca dengan perasaan cukup tak seronok sebuah artikel dari blogger C++ berkenaan penggunaan ilmu kebal dalam ATM.

Secara sinis, artikel tersebut memberitahu betapa kelengkapan kita terkebelakang hatta nak melawan lanun Sulu sekalipun.

Kita ada Scopene bilion ringgit, tapi buat rendam. Kita ada segala macam teropong skodeng canggih manggih. Walhal benda ini bukan boleh halau lanun Sulu pun, cuma bahan gelak.

Inilah jadinya bila karipap sebijik harganya 5 kupang, tapi dibeli dgn duit kerajaan dengan harga 5 ringgit sebijik.

Palatnya, karipap bukan dimakan pun, buat buang masuk longkang.

Kalau lanun Temasik naik, apa daya ikhtiar kita? Kalau macam ini gayanya, mintak simpang.


No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.