Monday, February 25, 2013

Pssssst! Bekas Tentera Masih Nak Mengundi UMNO?

Madu tualang power! Click here

Berebut-rebut  Melayu, Cina dan India nak jadi askar sekiranya dilaksanakan;

PMAT 1973 antara lain menyatakan setiap anggota tentera dan isteri berhak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua unit tanah perumahan melalui Kementerian Pertahanan.

Tapi usahkan tanah, pencen pun tak mandang. 

Setahu aku, semua penjawat awam dapat pencen. Kerani, cikgu, polis dan seumpamanya kompom berpencen setelah bersara.

Selama ini tak pulak aku tau ada tentera yg tak berpencen setelah bersara. [disini] Apa benda ni? Jumlahnya ramai, dilaporkan 290,000 bekas anggota tidak berpencen.

Kalau anak-anak mereka itu berjaya jadi orang dan mampu menyara orang tua, legalah kehidupan mereka. Namun perlu diingat, seorang ibu/bapa mampu menyara 10 orang anak. Tapi 10 orang anak  belum tentu dapat menyara ibubapanya.

Bagi para bekas anggota dan sapa saja yg bersedara mara dgn bekas anggota, kalau hati perut masih terhingin lagi nak mengundi UMNO, baca ini ubatnya;

“Kerajaan Umno BN penyeleweng terbesar di dunia. Aset kita dalam LTAT mencecah RM100 bilion tetapi kebajikan bekas tentera tidak dibela,” kata Pengerusi Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan tentera (Kerabat) Sabah, Zulfakar.

Dibawah ialah isi penuh artikel tersebut yg telah diterbitkan di Keadilan Daily

Nasib bekas tentera Malaysia lebih teruk dari askar Bangladesh


Aedi Asri
KUALA LUMPUR 24 FEB: Nasib bekas anggota tentera di Malaysia jauh lebih teruk berbanding tentera di negara yang lebih miskin, Bangladesh, kata Pengerusi Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan tentera (Kerabat) Sabah, Zulfakar.
“Di Bangladesh, tentera selepas pencen dapat jaminan baik daripada kerajaan, dapat tanah dan banyak lagi.
“Kita tidak harap ehsan semata-mata, cuma hak seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia (PMAT) yang dimeterai kerajaan sendiri,” katanya Himpunan Agung Kerabat di Padang Awam AU2 Keramat di sini, 22 Februari lalu.
PMAT 1973 antara lain menyatakan setiap anggota tentera dan isteri berhak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua unit tanah perumahan melalui Kementerian Pertahanan.
Sebaliknya, Zulfakar kesal dengan skandal penyelewengan RM160 juta dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang ‘dirompak’ pemimpin Umno Selangor, sekali gus membuktikan kerajaan BN tidak berminat membantu bekas tentera.
“Kerajaan Umno BN penyeleweng terbesar di dunia. Aset kita dalam LTAT mencecah RM100 bilion tetapi kebajikan bekas tentera tidak dibela,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kerabat Kelantan, Mejar (B) Yusof memuji kerajaan Kelantan yang akan menganugerahn tanah kepada bekas tentera dari negeri itu.
“Kerajaan Kelantan sudah mula nak bagi tanah. Ini satu kejayaan kepada Kerabat dan Kelantan negeri yang mencipta sejarah,” katanya pada program sama.


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.