Thursday, February 28, 2013

PRU13 Entah Bila: Mahafiraun Buat Punca

Madu tualang power! Click here


Mahafiraun dulu pada permulaan sebagai boss, bagus orangnya. Pak lebai dan saintis roket tak ambik pot sangat. Cuma kadang-kadang ada sedikit bergeser tapi tidak sampai bertegang putus urat dgn Mahafiraun.

Sehinggalah, anak-beranak, suku-sakat dan ipar-duai Mahafiraun mula mengenal botol San Miguel. Sehinggalah mereka itu tahu bahawa daripada membeli lebih baik jadi tauke San Miguel terus.

Konsep jadi tauke secara senang tak payah pakai duit sendiri ini diperpanjangkan ke kutipan tol, perkhidmatan perubatan dan pembelajaran. Boleh dikatakan semua bisnes juta-juta di negara ini telah dimonopoli oleh suku-sakat Mahafiraun. Tak pelik kalau dikatakan, RM10 dalam kocek kita itu, RM1  daripadanya masuk kantung suku-sakat Mahafiraun.

Juga sehinggalah Mahafiraun mula pandai berkawan dgn tauke. Tauke-tauke besar seperti tauke Astro, Vincent Tan, suku-sakat Yeoh Tiong Lay dan sekali-sekala pekena kari al syeikh Mokhtar al Baukari.

Tauke-tauke besar ini muncul hasil projek berahi Mahafiraun. Penswastaan. Melalui penswastaan, Mahafiraun melantik dirinya sebagai CEO of the CEOs in Tanah Melayu. Mahafiraun telah jadi tauke kepada segala tauke.

Sejak itu lepas satu bala, mucul satu bala di Tanah Melayu.

Itu jam, sikit demi sedikit air wuduk Mahafiraun pun semakin cepat kering di mukanya. Muka dah hilang seri. Itu jam pak lebai dan saintis roket mula memalu rebana dan kompang ke serata ceruk Tanah Melayu bersorak, "Mahafiraun anak keling!, Mahafiraun anak keling!".

PRU13 jadi lambat bukan sebab Najib takde telur. Ada. Dia bersalasilah pahlawan Makassar, Sulawesi. Orang Bugis pemberani orangnya.

PRU jadi lambat bukan sebab Najib takde telur. PRU jadi lambat dan entah bila sebab Mahafiraun and the gang masih sibuk berulang-alik ke Swiss. Anak-beranaknya masih lagi bertungkus lumus tak habis-habis memunggah botol-botol San Miguel dan juga segala bagai harta karun, umpama Tanah Melayu akan banjir besar. Banyak benda nak disettlekan.

PRU kita ini jadi lambat disebabkan telur Mahafiraun. Telur Mahafiraun yang lanjut digayut kroni dan anak-beranaknya.


1 comment:

  1. hampa tengok abang dia kat kuala macam mana tak macam dia ingat pesan aruah ustad fadzil nor

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.