Saturday, February 2, 2013

Berita Mengejutkan Dari Dalam Tanah

Madu tualang power! Click here
Artikel menarik ini aku cedok daripada blog Sakmongkol. Blog datuk ni berbahasa Inggeris, jadi aku terjemahkanlah semampu ilmu aku. Kalau sesiapa lebih selesa membacanya dalam Bahasa Inggeris sila klik [Sakmongkol].

Berita Mengejutkan Dari Dalam Tanah

Seperti yang saya janjikan, di bawah ini dipaparkan bagaimana biskut-biskut lemau dan rapuh hancur dan lunyai satu persatu.

Angka-angka ini telah diserahkan kepada saya oleh ulat-ulat yg nun terbenam 100 kaki dalam tanah di Bukit Aman, di MINDEF, ahli-ahli politik dari UMNO dan bebudak lelaki dan perempuan dari Putrajaya yg lidah nya lembik melentur bila di jamu teh tarik. Saya terkejut mendengar penolakan meluas orang dalam Angkatan Seragam terhadap UMNO dan BN. Terkejut.

Perasaan saya sendiri adalah akan terdapat pertukaran posisi. Dalam kes ini, pilihan raya akan datang, PR akan mendapat apa yang BN mendapat 2008 - 140 kerusi atau sekitarnya dan bakinya akan kepada BN. Apabila ini berlaku, akan berbondong-bondong orang UMNO sendiri meninggalkan kapal mereka yg karam.

Terkini, inilah apa yg dimaklumkan oleh ulat-ulat itu kepada saya: -

Jadual 1: Kebarangkalian Kerusi Parlimen PRU13.
no
STATE
PR
BN
1
PERLIS
1
2
2
KEDAH
13
2
3
KELANTAN
13
1
4
TERENGGANU
4
4
5
PENANG
12
1
6
PERAK
18
6
7
PAHANG
5
9
8
SELANGOR
20
2
9
WILAYAH PERSEKUTUAN
10
1
10
PUTRAJAYA
0
1
11
NEGRI SEMBILAN
6
2
12
MELAKA
2
4
13
JOHOR
12
14
14
LABUAN
1
0
15
SABAH
12
13
16
SARAWAK
16
15


145
77


Jadual di atas adalah lebih memberahikan daripada analisis yang saya telah dibuat beberapa kali.

Setelah diperiksa data yang diberikan kepada saya, di bawah ini diperturunkan pendapat saya.

Di Perlis, kerusi yang paling berkemungkinan untuk jatuh adalah Arau. Pada tahun 2008, PR memperolehi hampir 49%. Swing 5% undi kali ini kepada PR, akan menyebabkan BN kehilangan kerusi.

Di Kedah, 2 kerusi yang kelihatan selamat bagi BN adalah Langkawi dan Kubang Pasu. Kerusi BN yang paling selesa adalah Langkawi. Di Langkawi walaupun pembangkang meningkat saham undinya, BN bermula dengan sebuah bank undi yang sedia ada yang kukuh. Begitu juga, di Kubang Pasu, pada tahun 2008, pihak pembangkang memperolehi 40% undi dan peningkatan saham undi sebanyak 9%. Jadi mungkin, ia adalah masa untuk Najib untuk memberambuskan Mukhriz Mahathir ke Langkawi supaya dia boleh terus menjadi MP di bangku pembangkang di Parlimen nanti.

Di Kelantan, selain Tengku Razaleigh, saya tak fikir Mustafa yg hambar dan tidak berwarna itu sekali pun akan dapat mengekalkan kerusinya. Nampaknya arus perubahan terhadapnya terutamanya kerana pendirian beliau mengenai isu royalti minyak Kelantan. Mustapa adalah anak Kelantan yang buat kerja mengarut tidak mahu royalti minyak diberikan kepada Kelantan. Dia masih mahu wang itu disalurkan melalui UMNO supaya mudahlah mereka mengeronyok wang itu. Rakyat Kelantan akan menendang Mustapa dengan boot mereka kali ini. 

Bagaimana tentang orang-orang Ahli Parlimen PR yang dilihat hidup segan mampus tak jugak? Mereka ini akan digantikan oleh calon-calon yang ditentukan dan berdedikasi yang akan terus mendapat manfaat daripada sokongan ahli-ahli PAS dan pemimpin spiritualnya.

Saya telah menyentuh mengenai Terengganu dalam artikel saya sebelum ini. Saya meramalkan bahawa PR akan mendapat 5 kerusi. Menurut sumber perisikan, PR mungkin akan mendapat 4 kerusi. Seperti yg diramalkan Setiausaha Agong PAS, Dato Mustafa Ali. Terdahulu saya fikir, BN mungkin kehilangan Besut jika ia mengekalkan Abdullah Mat Zain, penyandangnya. Lelaki itu tak wujud pun di Besut.. Akan Mat Said bersedia untuk memungut Idris Jusuh untuk bertanding di Besut? Menurut sumber-sumber, BN mungkin akan mengekalkan Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu. Itu menjadikan 4-4.

Di Pulau Pinang, kerusi selamat untuk BN hanya Tasek Gelugor. Jika Pak Lah berdiri lagi di Kepala Batas, beliau akan kalah. Pengganti beliau, sama ada Reezal Merican atau bahkan anak menantu Khairy, juga akan melingkup. Apa lagi yang ditinggalkan untuk Pak Lah untuk dibuktikan? Tidoooo la!

Di Perak kerusi relatif selamat bagi BN boleh didapati di (1) Gerik (2) Lenggong (3) Parit (4) Tapah (5) Bagan Datoh dan (6) Tanjung Malim. Selain daripada 6 kerusi ini, paling lemah ditemui di Bagan Datoh dan Parit. Jadi, orang di luar sana jika anda mahu untuk menendang keluar Zahid Hamidi dari Bagan Datoh, keluar beramai-ramai sepenuhnya untuk mengundi dalam PR13. 

Sementara itu, lihat bagaimana pemimpin BN sekarang tak senang duduk. Sebahagian daripada mereka menegaskan bahawa BN akan mendapat majoriti 2/3. Sementara itu, Najib pergi menyembah Mahathir dan mintak tolong selamatkan..... Najib berkicau merata, 'selamatkan Kedah' Apa bangsat melolong-lolong mintak tolong kat Mahafiraun kalau konfiden menang 2/3?

Untuk kita semua, selamatkan rakyat daripada cengkaman kerajaan BN yg jahat.

Sumber: Sakmongkol

8 comments:

  1. Sesiapa yang menang atau kalah dalam PR13.
    Sudah ditentukan di Loh Mahfuz.
    Jadi kita wajib beriman dengan rukun iman yang keenam iatu percaya qada dan qadar, semuanya daripada Allah yang Maha Bijaksana

    ReplyDelete
  2. 12.42..... cara lu komen tajuk yang dibincangkan memang lancau la.

    ReplyDelete
  3. 12.02 pm,
    12.42 am itu suku sakat asan ali, zol kolom & nasa nazak.
    maafkanlah mereka.

    ReplyDelete
  4. TERBUKTI NEGERI2 YG DIPERINTAH PAKATAN RAKYAT LEBIH BERBIBAWA. HARAP PENYOKONG2 BN DAPAT MENERIMA KEKALAHAN DLM PRU 13 INI DGN HATI YG TERBUKA.
    BANYAK KAJIAN MENJURUS KPD KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT. SAMBUTAN YG DITERIMA SELURUH NEGARA NAMPAK AMAT KETARA. NAJIB DAN SELURUH KUNCUNYA TIDAK BERANI UNTUK BERDEBAT. INI SUDAH CUKUP MEMBUKA MATA RAKYAT BETAPA PENIPU DAN PEMBELITNYA MEREKA.

    ReplyDelete
  5. KALAU BOLEH....KITA KERJA KERAS LAGI....PASTIKAN RAMALAN INI BENAR-BENAR JADI KENYATAAN...ATAU LEBIH BANYAK LAGI UMNO TUNGGING BUYUNG...!!! AMIN..AMIN..AMIN..!!!

    ReplyDelete
  6. SETELAH MENELITI APA YG TERKANDUNG DALAM BUKU JINGGA..PADA PENDAPAT SAYA SEBAGAI RAKYAT MAHAREN LAGI SENGSARA/MERANA DGN PELBAGAI CUKAI/KENAIKAN KOS SARA HIDUP...BAGI LE PELUANG KEPADA PR..CUBA UTK 5 TAHUN JE! XLAMA.

    ReplyDelete
  7. Hamba rasa kali ini, UMNO dan Barisan Nasional menang dengan bergaya berbanding PRU12.

    Pada pandangan Patik, Semua negeri akan dimenangi oleh UMNO Barisan Nasional kecuali Penang yang dalam tilikan Patik 50=50.

    Pakatan Rakyat cuma bergaya dalam Blog-Blog dan gambar superimpose sahaja. Manakala hati rakyat marhein banyak yang terluka terutama Melayu PAS dan India. Inilah kelemahan paling ketara yang dimiliki oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

    Siapa yang akan mengundi PR = Rakyat mahein

    Hati mereka telah dilukai oleh manifesto PRU12, isu-isu semasa yang melibatkan Islam dan isu-isu ketuanan DAP dalam Pakatan rakyat.

    Inilah punca UMNO Barisan Nasional akan menang dengan bergaya dalam Abad ini.

    ReplyDelete
  8. Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memberi jaminan kepada rakyat bahawa seandainya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, pihaknya akan mengekalkan kedaulatan undang-undang negara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

    NAMPAKNYA ADA JUGA MAKHLUK YANG MIMPI DALAM MIMPI. ITULAH YANG TERMAMPU.... he..he..he..

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.