Wednesday, February 27, 2013

Akujanji Si Kiram: Beta Tidak Seperti Raja Saudi


Sekarang ni, tiap-tiap hari ada cerita Si Kiram berdarah bangsawan payung kuning nak jadi Raja Sabah.

Tapi Si Kiram ini lain. Meskipun berdarah bangsawan payung kuning setokin kuning, Si Kiram berjiwa rakyat marhaen.

Sejak dahulukala telah ada Akujanji dikalangan berdarah bangsawan payung kuning setokin kuning saputangan kuning ini.

Namun khalayak tak tahu Si Kiram telah berAkujanji untuk tidak terikut-ikut nafsu Raja Saudi dan telah ada dikalangan penasihatnya yg berani berkata, "Woi Kiram, kau jangan jadi macam Raja Saudi!!"

Raja Saudi duduk dalam istana bilion-bilion. Hidup bersenang lenang. Gundik ada di merata celah istana. Mau Mongolia, dapat Mongolia. Mau gelap sikit macam Benggali, dapat Benggali. kah kah kah!!!

Si Kiram juga berjanji tidak campur tadbir urus negeri. Tidak seperti Raja Saudi yg mau kontrek besar-besar. Kontrek jual pasir dan jual balak pokok kurma pun Raja Saudi rembat. 

Si Kiram tak mau jadi seperti Raja Saudi, tak mau jawatan ketua agama Islam. Bahayanya bila jadi ketua agama Islam tapi teguk todi macam air sejuk.

Kehulu kehilir orang sembah dan cium tangan. Silap sikit boleh pelempang. Silap banyak boleh tembak sampai mati. Si Kiram jangan tiru Raja Saudi. kah kah kah!!!

Si Kiram berjiwa rakyat ini pernah memberitahu suku Tausug di Sulu, "Alaaa...Temasek di belakang rumah lagikan disapu Kuan Yew."

liq

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.

Pergi lah mampus.