Tuesday, January 22, 2013

Artikel Cedok - Dari Blog Dr Dzulkefly Ahmad

Madu tualang power! Click here
Berikut ialah artikel yg aku cedok dari blog Dr Dzul [Disini], inti-patinya berkenaan kelaku haramjadah Mahafiraun yg telah bagi I.C suka-suka bapak dia kepada pendatang asing.

Teruskan membaca, ketahuilah tipu-daya-auta-keling gerombolan UMNO yg ingin terus berkuasa ada 1001 macam.

Kalau time kuat pun dia nak menipu, sekarang ini apatah lagi.

Jika masa kuat Umno buat, apa lagi masa sekarang… 
Januari 21, 2013

1. Menyebutkan bahawa Umno dan Tun Mahathir sedang menggelabah menangani isu RCI Projek IC adalah terlalu lunak. Umum sedang memantau gelagat mereka sekarang ini. Bukanlah apa yang telah berlaku itu yang menjadi tumpuan utama, tetapi lebih penting bagi rakyat ialah mungkinkah sedang berulang segala episod perbuatan khianat dan jahat itu, menjelang pilihanraya umum ke-13 ini?

2. Dalam keadaan mereka kuat dulu pun mereka lakukan segala rencana jahat ini, maka apa yang akan menghalang mereka dari mengulagi perbuatan terkutuk ini menjelang PRU ke-13 ini yang bakal merupakan satu pertempuran yang paling sengit dan getir kerana Umno-BN mungkin sahaja akan kehilangan kuasa di peringkat kerajaan Pusat.

3. Inilah yang tersirat dalam desakan supaya RCI Projek IC Sabah ini dilangsungkan juga, meskipun kerajaan Umno-BN di peringkat Persekutuan sangat sangsi akan kesudahannya dan risiko bencana yang bakal menimpa mereka kelak setelah semuanya terdedah.

4. Dalam kegelabahan itu Umno akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan. Umno telah terkena badi perbuatan buruk mereka sendiri. Penulis meramalkan RCI Projek IC Sabah ini, tampaknya akan menjadi lebih parah lagi dari pendedahan Deepak terhadap PM Najib dan isterinya Rosmah. RCI telah pun tampak membibitkan perpecahan di antara parti-parti komponen BN akibat mulut celupar Tun Mahathir.

5. Terkini anak mantan Presiden MIC, S Vell Paari telah mengecam dan menyelar Tun akan hasutan yang dihamburkannya tentang kaum India dan Cina bersabitan kerakyatan semasa era kemerdekaan dahulu. Vell Paari adalah Pengarah Strategik MIC. Pimpinan tertinggi MCA, MIC serta Gerakan sebagai parti komponen BN didesak untuk menyatakan pendirian secara berani dan tegas.

6. Dalam kegelabahan menangani pendedahan RCI Sabah ini, Tun Mahathir ternyata sangat kaget dan hilang sentuhan berbisanya sebagai seorang yang lazimnya mendapat jolokan sebagai “Master Strategist”. Pun begitu Tun pantas membuat ‘forward defence’ atau tindakan serangan ‘preemptif’ lalu terus menembak peluru pertamanya. Namun langkahnya sumbang bahkan mengundang kecelakaan untuknya dirinya dan Umno itu sendiri.

7. Dalam keadaan diaibkan ini Tun Mahathir yang satu ketika dahulu menafikan kesemua tuduhan kewujudan Pojek IC ini, menuding jadi kearah pihak lain bagi merasionalisasikan perbuatannya itu dan cuba sekali lagi memperbodohkan rakyat.

8. Amat malang orang yang menjadi sasarannya adalah seorang yang tidak lagi mampu mempertahankan dirinya kerana peribadi itu adalah Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

9. Tun berhujjah kalau apa yang dilakukan itu salah, maka Tunku juga salah dan melakukan ‘lebih teruk’ lagi dari beliau kerana memberi kerakyatan kepada 1 juta warga asing Tanah Melayu semasa sebelum kemerdekaan dulu.

10. Bukan sahaja tuduhan terhadap Al-Marhum Tunku sebagai paling tidak sopan dan biadap, Tun ini lupa bahawa beliau mengundang dua kali kecelakaan atau ‘double-whammy’.

11. Pertama, pendedahan laporan andainya disahkan benar benar berlaku oleh RCI akan secara langsung berlanggaran dengan peraturan pemberian kerakyatan kepada warga asing akan mengakibatkan Umno-BN dan PM Najib dan Tun sendiri serta kesemua yang terlibat tertakluk kepada jenayah melakukan satu ‘treason’ yakni khianat kepada negara dan

12. Kedua, menuduh Tunku dengan apa yang sebenarnya adalah sebahagian syarat dalam ‘Kontrak Sosial’ yang disepakati sebelum Malaya mendapat kemerdekaan dahulu yang serentak memberikan kedudukan istimewa orang Melayu di bawah perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan pengukuhan kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja adalah perbuatan biadap dan tidak amanah kepada fakta sejarah.

13. Lebih parah lagi dalam hal ini adalah sebutan bahawa orang Melayu telah banyak berkorban dan bertolak ansur serta menghasut suasana perkauman dengan menyebutkan bahawa kaum Cina dan India tidak bersyukur. Perbuatan itu adalah sangat tidak bertanggungjawab selaku seorag mantan Perdana Menteri sekaligus mencetuskan kebrentakan antara kaum seperti terserlah dalam ledakan anak Samy Vellu yang melenting dan menyelarnya.

14. Kembali kepada pokok perbahasan, bahawa rakyat kini matang dan celik pengetahuan. Umum sangat boleh membezakan kedua-dua hal ini, kerakyatan yang diberikan kepada warga asing dan tahu tentang fakta sejarahya.

15. Jelasnya bahawa tidak ada unsur untuk menipu dalam pilihanraya dalam proses pemberian kerakyatan semesa era Tunku dahulu. Tun sendiri tahu bahawa kerakyatan yang diberikan dua minggu sebelum pilihanraya negeri Sabah itu tentunya mempunyai perbezaan motif dan objektif yang ketara.

16. Apakah RCI Projek IC Sabah akan terus mencalar kredibiliti Najib dan bakal mencetuskan puting beliung serta kebrentakan dalam BN? Mampukah rakyat memberikannya sekali lagi peluang untuk Umno-BN dan Najib?

17. Belum pun sempat untuk menangani serangan Deepak kini Najib yang berada di luar negara, terpaksa membuat ‘damage control’ akibat gelagat tak berkesudahan serta ‘tantrum’ Tun Mahathir di saat-saat menemui garis penamat dihujung parlimen ke-12 ini. Amat malang buat Najib!

Pakatan Rakyat wajar bersiap menggalas amanah besar mengurus Putrajaya sebelum negara tercinta ini musnah dan lebur secara sempurna dek perbuatan pimpinan Umno-BN!

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Penyelidikan Pas Pusat.

1 comment:

  1. Ketika puak pakatan khusyuk menghalakan semua senjata berat mereka ke arah Tun Mahathir dan menjunjung Bawani anak sosialis di atas jemala mereka di ambang PRU13 ini,, DS Najib dan TS Muhyiddin pula sangat rancak mendekati dan memikat rakyat.

    Kita tengok siapa yang kena..!!

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.