Thursday, December 27, 2012

Mecca Mall Ada Butik Paris Hilton, KB Mall Ada Burger King


Hebat. Tak boleh kalah.

Mekah dan Serambi Mekah.

Satu ada kedai fesyen ranggi2 artis, satu lagi ada kedai burger berhawa dingin. Siap tulis jawi. Pakai huruf jawi ni Islamic ke?

Kita ini ahli PAS, kalau bab berdemo bencikan Yahudi, bukan main lagi. Champion!

Bagaimana Burger King boleh terlepas masuk Kota Bharu, aku pun tak tau. Tapi, alaaa... makanan apa la sangat.

Kita dok sedut asap kereta bahaya dah, asap rokok bahaya, air minuman pun dah tercemar, ayam kat pasaraya belum tentu cara sembelihannya, tomyam penuh dengan aji no moto. Kita terdedah kepada banyak unsur-unsur yg boleh menjejaskan kesihatan kita.

Sisa Lynas lagi bahaya, tapi Dr Rosli kata OK. Bahaya yg boleh diurus.

Alaa... setakat Burger King tulis huruf jawi ini, apa la sangat.



liq