Tuesday, November 6, 2012

Musim Melayu Mengawan Sudah Tiba


Dek kerana anak lelakinya telah beroleh benda 'lebar 2 jari panjang 3 inci', si Ali berbelanja harimau dan kerajaan negeri Melaka juga dikerah sama-sama berbelanja harimau. Telah pun dicanangkan oleh syarikat air kencing setan terkemuka bahawa majlisnya memang ter'grand' di Malaysia.

Itu kisah si Ali anak beranak. Tapi kita rakyat marhaen, ada musim 'grand'. Kita menunggu musim tengkujuh Nov/Dis merangkap musim cuti panjang sekolah, kerana musim-musim ini ialah musim Melayu mengawan. Kenduri kahwin disana sini. Makan free.

Tiada ubi kentang sesedap ubi kentang didalam gulai kawah kenduri kahwin. Juga tiada telur rebus sesedap bunga telur yg dibawak balik oleh bapak aku dari kenduri kahwin. Nostalgia!

Dewasa ini aku dapati ubi kentang dan telur rebus itu tidak sesedap dahulu. Mungkin sebab tiada lagi semangat kerja gotong-royong mengerjakan kenduri. Semua telah tua, sombong dan tak larat manakala anak muda telah meninggalkan kampung. Tiada lagi tenaga kerja percuma. Upah saja syarikat katering.

Dewasa ini juga aku dapati trend bersanding atas pelamin umpama mempelai Hindu telah kembali popular. Lagi hebat lagi cantik lagi mahal! Kahkahkahkah! Inilah dia penangan benda 'lebar 2 jari panjang 3 inci'. Bergolok bergadai jual buah pinggang pun sanggup. Apa pun sanggup. Mamat tengah happy.

Seingat aku, musim mengawan/musim cuti sekolah juga selalunya PRU diadakan.

Habis, PRU13 kita ini nak diadakan dimusim mengawan mana?

Takkan la cuti sekolah Nov/Dis ini. Ini musim tengkujuh. Sejuk. Habis kecut telor UMNO. 

Cuti sekolah bulan 3 tahun depan kot.

liq