Thursday, November 1, 2012

Skim TAKDE TELOR

Kartun dicedok dari FB Zunar Kartunis


Hancai-boncai bumi bertuah ini bukan kerana penjajah datang menjarah.

Sampai bila nak menyalahkan Portugis, Belanda, Jepun, England, George Soros atau pun Pak Man Telo? British dah berambus 55 tahun dulu. Tanah ini tanah merdeka yang boleh membawa diri sendiri.

Bukaklah bijik mata, bumi bertuah ini sebenarnya jadi hancai boncai kerana dijarah oleh UMNO/BN. 

Hancai-boncai ini bertambah teruk sebermula rejim Mahafiraun Mohazalim.

Gambar diatas menyimpulkan dengan jelas bahawa rejim Mahafiraun mengamalkan Skim Takde Hati Perut. Moto skim ini ialah, 'Membujur lalu, melintang kena ISA.'

Setelah 23 tahun menjarah, skim Mahafiraun digantikan dengan Skim Takde Otak. Satu Malaya kena tipu dengan skim ini yg disangkakan skim yg elok kerana 'kunun'nya dikepalai orang alim dan lebai-lebai. Skim ini dipanggil Skim Takde Otak bukan kerana kepala bananya tak berotak, tetapi kerana kepala bananya malas nak berfikir sendiri, suka tidoooor! Kahkahkah!!! Habis apa segala serah kepada anak menantu.

Kemudian datang Skim Takde Telor. Ini skim terbaru. Skim inilah yg paling merbahaya diantara tiga skim. Kerana ia menggabungkan semua sifat-sifat 3 skim diatas. Ia dilihat memang tak bertelor dan berotak, kerana selepas Batu Putih kena pau Tanjung Pagar pun kena pau jugak! Moto skim ini mirip skim Mahafiraun, 'Membujur lalu, melintang aku bawak pergi Port Dickson!' Kahkahkah!!!

Semua skim-skim diatas sifatnya sama sahaja. Kiblatnya kuasa dan duit. Anak-beranak, kaum-kerabat dan suku-sakat buntang terlentang duit bergantang-gantang.

Kepala bana skim-skim ini tidak layak hatta kedalam tong sampah sejarah sekali pun. Pun begitu, tidaklah sampai tahap mereka ini kita doakan rusuk kiri bertemu rusuk kanan didalam liang lahat yang sempit. Kan??

liq