Monday, October 15, 2012

HATI SENANG, BATANG TARA GOYANG


Dasar penswastaan ialah ilham berahi Mahafiraun. Dasar ini diperkenalkan Dr Mahafiraun diseawal tempoh yg dia duduk lama  sangat diatas singgahsana.
Habis banyak benda Dr Mahafiraun swastakan. LLN dah jadi TNB. LPN jadi Bernas. JBA jadi SYABAS, PUAS dsb. Menurutnya penswataan akan menjimatkan kos pengurusan dan menambahkan produktiviti seterusnya menghasilkan produk yg berkualiti. Tapi kita ini telah dikencingkan terlalu lama oleh Mahafiraun untuk menyedari bahawa dasar penswstaan ini cuma indah khabar dari rupa.
Ku sangkakan Ziana Zain datang bergelek, rupa-rupanya anak badak datang menghempap. Bala!
Jelas sudah, dasar penswastaan hanya mengenyangkan anak beranak, kaum kerabat dan suku-sakat Mahafiraun.
Cuma sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan belum sempat diswastakan oleh Dr Mahafiraun. Jika tidak, haru kita.
Termutakhir, sekonyong-konyong muncul Mukthar al BauKari ingin memiliki KTMB. Ya tuan-tuan, KTMB yg saban tahun bikin rugi itu, ingin dimiliki Mukhtar al Baukari. Bukan kecik-kecik anak punya cerita.(sini)
Jangan ingat al Baukari ingin membuat kerja amal dengan mengambil alih KTMB. Jangan fikir dibawah naungan al Baukari, tambang keretapi dari Ipoh ke Kuala Lumpur akan jadi RM2.50 pergi balik. Lanchow. Tapi fikir dan ingatlah, tanah KTMB ada berapa ribu hektar di atas semenanjung Tanah Melayu ini? Serupalah macam tanah Felda. Bukan bijik sawit, tapi tempat akar sawit mencengkam itu yang bernilai tak terhingga.
Aku lebih kagum Ramly Mokni (sini) pembuat daging burger. Maaf cakap, aku sikit haram sebesar cacing kerawit pun tidak kagum pada al Baukari. Mula-mula sekali dia ini bukannya orang Melayu. Tengok sekali imbas sudah tahu. Mata besar. Hidung tinggi. Kening tinggi. Dia ini juga stok banyak bulu punya, macam pak arablah! Al Baukari ini serupalah macam Mahafiraun, Ungku Aziz, Naina Merican, ketua pemuda UMNO P Pinang (ntah hapa ke namanya). Mereka ini bukannya Melayu!
Bagi aku, species al Baukari ini sikit tak tumpah seperti Vincen Tan, tauke Astro, Tiong Ley and the gang dan sebagainya. Rembat selagi boleh rembat. Nak naik jet, bagi tumpang jet. Nak ke Mekah, kasi package mahal. I scratch your back, you scratch mine. Wa tolong lu, lu tolong wa. 
Al Baukari telah menjadi al Baukari seperti sekarang hasil mesra bergeli-gelinya dengan UMNO. Sujud syukurlah al Baukari kepada UMNO yg telah mempermudahkan segala urusannya dan membuka kangkang lubang perniagaan seluas-luasnya untuk al Baukari. Nak gula dapat gula. Nak pejabat pos dapat pejabat pos. Nak beras dapat beras (sini).
Al Baukari maju kerana bakatnya pandai menggosok. Habis ketua-ketua digosoknya licin berkilat. Mahafiraun kena. Lah kena. Jib kena. Melimpah ruah rezeki al Baukari. Hasilnya, sudah sampai tahap kalau al Baukari demam tiga hari, harga gula boleh naik 2 kupang lagi tau?
Paling haramjadah, species macam al Baukari ini dan mana-mana species peniaga yg kiblatnya ringgit dan dollar, mereka meniaga atas angin. Haloba. Meniaga beli itu beli ini, kuasai syarikat itu syarikat ini, bukan pakai duit poket dia. Semua guna duit bank. Serupalah macam Glazer ambil alih Manchester United (sini). Pinjam. Berhutang berbilion-bilion. Untung habis membayar bunga.
Al Baukari mungkin tak tau sentimen Keretapi Tanah Melayu terhadap orang Melayu. KTM ialah khazanah orang Melayu. Orang Melayu cuma tinggal 3 benda, iaitu baju Melayu, butang baju Melayu dan Keretapi Tanah Melayu. Kah kah kah!!! Itu pun sekerat dah LK Yew sapu.
KTMB perlu dikekalkan sebagai hak awam seperti mana api letrik dan bekalan air. Ini ialah kemudahan asas untuk rakyat terbanyak. Ini tugas kerajaan menyediakan pengangkutan awam, bekalan api letrik dan bekalan air dengan kadar seminima mungkin. Bukan untuk membuat keuntungan tujuannya.
Sekiranya KTMB berjaya dikapor al Baukari, sudah tentulah modus operandinya berbeza. Baukari sudah tentu akan meminimumkan kos untuk memaksimumkan untung. Cara paling mudah meminimumkan kos ialah mengecilkan sumber manusia. Buang pekerja. Bukan buang pekerja perut boroi yg duduk dalam bilik bersama setiausaha  tetapi, pekerja bawahan. Kerana pekerja atasan berperut boroi dikatakan boleh buat kerja mengepam tayar keretapi tetapi, kuli macai like u and me akan terketar-ketar duduk bawah air-cond!
Paling dikhuatiri, KTMB akan jadi macam MAS. Setelah bertahun-tahun MAS dikeronyok sehabis lendir sampai setengah mampus, kerajaan ambik alih. Hutang piutang sekupang pun tak payah bayar.
Mukhtar al Baukari akan lepas tangan hidup senang lenang macam Tajudin, duit berkepuk-kepuk, siang malam boleh main golf. Siang main golf 18 lubang, malam main snooker 2 bola satu batang.
Hati manyak senang, batang tara goyang.

liq

Pahang Patin Rocks! - by George Soros


You got nice Pahang patin??
Kahkahkahkah!!!! 
Ini agaknya kenapa Soros hello Najib. (sini)
You got nice patin?


liq