Monday, October 1, 2012

Wiridnya, “Amenoutusanmalaysiamahafiraun, amenoutusanmalaysiamahafiraun, amenoutusanmalaysiamahafiraun”


Ada sorang pak lebai. Namanya Kadir Jasin. Samada Kadir b Jasin atau Kadir dari Jasin, aku pun tak tau. Nama lebai ini memang gah di saentero alam kewartawanan Melayu kerana sudah entah berapa puluh hadiah dan gelaran telah dipulunnya.

Species pak lebai ini Satu Malaya sudah tau minat Mahafiraun, berkawan mesra bagai isi dan kuku dengan Umno dan sejak reti membaca hinggalah sekarang, membaca Utusan berita hairan, utusan utusan, berita hairan utusan,  mcm dah tak ada suratkhabar lain.

Kalau dah minat Mahafiraun, masakan suka kepada Anwar Ibrahim. Selagi Anwar hidup, selagi itulah tidur tak lena tak merasa berair liur basi.

Pak Lebai ini menulis blog. Blog Pak Lebai bernama The Scribe (bahasa Mat Saleh tuuu… ).

Baru-baru ini pak lebai menimbulkan 6 persoalan serius lagi berat, sekiranya PR menang pilihanraya ke-13.


1. Adakah DAP, sebagai parti induk PR kerana mempunyai bilangan kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat, sanggup menerima dasar Negara Islam dan Hukum Hudud Pas?

2. Adakah PAS sanggup, secara sahih menggugurkan idealisme Negara Islam dan Hukum Hudud demi memenuhi kehendak DAP dan PKR?

3. Adakah PKR yang berdiri di tengah-tengah antara DAP dan PAS cukup berpengaruh untuk memujuk Karpal Singh supaya menerima Negara Islam atau mempengaruhi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya menggugurkan janji Negara Islam dan Hudud?

4. Siapakah antara Nik Abdul Aziz dan Karpal yang lebih arif dan pintar mengenai Perlembagaan dan undang-undang kerana apa yang diidamkan oleh PAS dan ditentang oleh DAP itu membabitkan Perlembagaan?

5. Adakah Anwar Ibrahim sah menjadi Perdana Menteri sekiranya PR menang? dan;

6. Apakah dasar ekonomi yang akan PR laksanakan?

Sebenarnya pak lebai tak payah pecah kepala, beruban misai janggut memikirkan persoalan yang serius dan berat-berat. Pak lebai boleh duduk relax and steady. Umur dah lanjut.

Cuba pak lebai kemukakan persoalan yg mudah seperti dibawah;

7)  Sekiranya PR menang, siapakah/apakah yang akan ditangkap/dibalun dulu? Mahafiraun atau ular?

Slow sampai ketulang sulbi/tongkeng/coccyx.

liq