“Esah, benda–benda saham ini memang sentiasa meningkat .
Sekarang saham kita tengah meningkat turun Esah. Isk isk isk… nanti dia
mencanak le macam dulu. Moga-moga le.
Isk isk isk.. sabar Esah, sabar. Jgn dikau terpedaya dakyah
pembangkang.
Mereka itu, sikit-sikit Janji Dicapati, sikit-sikit Janji
Dicapati. Kadangkala dah melampau sangat Esah, ada ke patut diaorang
kata Rakyat Dibaulukan, Pencapaian Ntah Kemana?
Paling kelakar, diorang kata sawit dah diniagakan oleh
Yahudi pulaaaak… Puak-puak ni tak belajar Ilmu Alam kot, orang sebelah sana
makan minyak zaitun bukan sawit! Jgn
percaya cakap diorang Esah.
Sabar Esah.. isk isk isk abang janji bila saham naik mencanak
pecah siling nanti, kita pergi melawat Isa Katik. Kita ucap thank you dapat
saham walaupun tak sampai satu lot pun. Kita orang kecik Esah.
Banyak2 lot pun nak buat hapa. Kita bukan reti pakai duit.
Isa Katik lain le. Dia orang besar walaupun katik. Dia reti
pakai duit, keraknya pun banyak. Kita akan ucap
tahniah kat Isa Katik kerana dapat beratus ribu unit.
Sabar la Esah, kanda akan terus berjuang hingga titisan
terakhir. Oooopsss..! titisan susu getah terakhir.
Sabar la Esah, isk isk isk… sabar”
Sabar la Esah, isk isk isk… sabar”
