Monday, September 10, 2012

Darling, Tunggu Selepas Zohor Ya?


Ini ialah kisah Abu Qudamah dan seorang pemuda syahid. Kisah ini ditazkirahkan pada malam 10 Ramadhan 1433 di Surau al Falah, Kuala Lumpur. Penazkirahnya ialah seorang imam old-timer, memang best dengan loghat Peraknya yang masih pekat berbaki meskipun telah menetap di Kuala Lumpur buat sekian lama. Kena sangat la dengan aku yg memang thorough and thorough born, bred and bleed Kuale Kangsor. Kahkahkah!!!

Kisah ini aku perolehi secara lisan, jadi sekiranya ada kecacatan sila maklumkan.

(libang libu)

Kisah Abu Qudamah dan Seorang Pemuda Syahid

Abu Qudamah ialah seorang sahabat nabi dan beliau seorang panglima perang.

Pada suatu ketika Abu Qudamah telah bekelana hingga ke utara Iraq mencari dana perang. Didalam perjalanan seumpama ini Abu Qudamah akan menerima apa saja sumbangan samada dalam bentuk wang, peralatan mahu pun tenaga sukarela untuk menyertai perang.

Pada suatu malam semasa  perkelanaannya itu, Abu Qudamah telah didatangi oleh seorang perempuan tua yang mengetuk pintu kediamannya. Perempuan tua itu meminta maaf kerana lambat datang untuk menyampaikan sumbangan. Ini adalah kerana beliau telah mengambil masa yg lama memotong rambutnya yg panjang dan memintal-mintalnya. Perempuan tua itu telah kematian suami dan dia juga miskin. Dia tidak perlukan lagi rambut yang panjang sebagai perhiasan diri memandangkan suaminya telah pun tiada. Hanya rambutnya sahajalah yg dapat disumbangkan kepada Abu Qudamah untuk dibuat tali mengikat unta-unta dan kuda-kuda perang.

Perempuan tua itu menambah lagi bahawa dia akan menyerahkan anak mudanya sebagai sukarela menyertai angkatan perang Abu Qudamah.

Setelah beberapa lama disitu Abu Qudamah pun meneruskan perjalanannya. Pada suatu hari Abu Qudamah mengadakan pemeriksaan pasukan tenteranya. Didapati ada seorang pemuda yg berpakaian menutup litup tubuh badannya hanya menampakkan bahagian mata sahaja. Takut dengan ugutan Abu Qudamah yg akan menyingkirnya sekiranya tetap enggan menunjukkan wajahnya, pemuda itu mengalah. Apabila dibuka, nyata pemuda itu sememangnya amat muda dan masih dalam awal belasan tahun. Maka teringatlah Abu Qudamah kepada perempuan tua yg inginkan anaknya menyertai pasukan Abu Qudamah.

Anak muda itu dibenarkan meneruskan perjalanan bersama pasukan Abu Qudamah. Dia diberikan tugas sebagai seorang tukang masak.

Pada suatu hari, pasukan Abu Qudamah telah kelewatan hidangan makan tengahari. Hidangan yg ditunggu-tunggu tetap tidak muncul. Sebagai ketua, Abu Qudamah lantas kedapur untuk memeriksa situasi. Didapatinya anak muda itu sedang tidur lena.

Abu Qudamah tidak marah sedikit pun, malah beliau segera mengambil alih tugas anak muda itu. Dalam pada itu, Abu Qudamah terus-terusan memandang kearah anak muda yg sedang lena itu. Pada suatu ketika, kelihatan anak muda itu tersenyum.Tidak lama selepas itu dia tersedar dari tidur dan segera memohon maaf dari Abu Qudamah atas kealpaannya. Abu Qudamah sedia memaafkannya, dengan syarat anak muda itu memberitahu kenapa dia tersenyum didalam tidurnya tadi.

Anak muda itu menjawab, “Aku bermimpi telah sampai ke syurga”

Anak muda itu meneruskan bahawa bagaimana didalam mimpinya dia telah berada dikawasan sebuah istana. Didapatinya ramai perempuan-perempuan yg amat cantik disekitar istana tersebut. Namun perempuan-perempuan itu tidak membenarkan anak muda itu mendekati dan menyentuhi mereka kerana mereka hanyalah pembantu atau inang kepada isteri anak muda itu yg berada didalam istana tersebut. Sudah tentulah ianya menghairankan anak muda itu memandangkan usianya masih remaja dan belum lagi berkahwin. Menurut perempuan-perempuan itu lagi, isteri anak muda itu ada didalam istana menunggu kehadiran suaminya.

Anak muda itu pun terus memasuki istana serba mewah dan indah itu untuk menemui isterinya. Didapati sang isteri sedang bersantai-santai diatas katil emas dan tersenyumkearahnya. Anak muda mendekati katil tersebut, menghampiri isterinya dan cuba menyentuhinya. Namun isterinya juga tidak membenarkan anak muda itu berbuat demikian.

Kata isterinya pula, “Tunggulah selepas Zohor”

Menurut anak muda itu, ketika itulah dia terjaga dari tidur dan didapatinya Abu Qudamah sedang memasak didapur.

Maka apabila selesai hidangan makan tengahari dan mengerjakan solat Zohor, pasukan Abu Qudamah pun  meneruskan perjalanan. Ditakdirkan mereka terserempak dengan pasukan musuh dan pertempuran terjadi. Seusai pertempuran, Abu Qudamah memeriksa kembali pasukannya dan memang tepatlah janji isteri anak muda itu kerana Abu Qudamah mendapati anak muda itu telah gugur syahid.

Sebagai tanda kepada ibu anak muda itu, Abu Qudamah menyerahkan baju yg berlumuran darah kepadanya. Ibu anak muda itu bersyukur tidak terkira atas kesyahidan anaknya dan mahukan Abu Qudamah mengucapkan tahniah kepadanya bukan takziah.

Ujar Abu Qudamah, “Tahniah wahai ibu, anak mu telah syahid dan kini berada di syurga”.

liq