Saturday, September 8, 2012

Kisah Taat Uwais al Qarni Pada Ibunya



Ini ialah kisah seorang anak yg amat taat pada ibunya di zaman Umar al Khattab . Aku mendengar kisah ini ditazkirahkankan oleh seorang ustaz (namanya pun aku dah lupa) pada 2 Ramadhan 1433 di Surau al Falah, Kuala Lumpur. Kisah ini akan aku cuba kisahkan semula dengan seterbaik mungkin. Bacalah kisah ini sehingga tamat untuk dibuat renungan dan teladan. Kisah ini aku perolehi secara lisan, jika sekiranya ada kekurangan dari segi ejaan dan naratifnya, maklumkan aku. Okey? 

Kisah Taat Uwais al Qarni Pada Ibunya 

Rasulullah pernah menyatakan akan lahir di Yaman seorang bernama Uwais al Qarni di zaman Umar al Khattab dan baginda telah berpesan kepada Umar dan Ali agar berjumpa dgn Uwais dan meminta Uwais mendoakan keampunan dari Allah bagi pihak mereka. Ini kerana doa Uwais amatlah mustajab. 

Uwais menderita sopak sejak lahir. Hilang ayah sewaktu kecil dan dipelihara ibu sehinggalah dewasa. Uwais amat sayang dan taat pada ibunya yg telah tua dan lumpuh itu. 

Pada suatu hari ibunya menyatakan hasrat untuk menunaikan haji di Mekah. Uwais yg bersopak dan serba kekurangan itu masakan mampu membiayai unta , pembantu dan makan minum untuk perjalanan ibunya itu. Tambahan pula jarak dari Yaman ke Mekah amatlah jauh. Namun Uwais bertekad untuk memenuhi permintaan ibunya. Apakah daya Uwais? 

Langkah pertama yg diambil Uwais dalam merealisasikan cita-citanya untuk membawa ibunya ke Mekah ialah dengan membeli seekor anak lembu. 

Anak lembu tersebut ditempatkan di sebuah pondok yg dibinanya diatas sebuah bukit. Uwais telah dianggap tidak siuman oleh masyarakat setempat kerana saban hari dia akan mendukung anak lembu tersebut turun naik bukit dan kadang kala didukungnya pula mengelilingi bukit itu. 

Pebuatan ini berlanjutan sehinggalah anak lembu itu telah membesar menjadi seekor lembu dewasa yg besar dan sihat. Dan diwaktu yg sama juga Uwais telah berubah menjadi seorang lelaki yg kuat dan tegap tubuh badannya hasil dari perbuatan mendukung anak lembu setiap hari. 

Uwais menyatakan kepada penduduk setempat, mendukung anak lembu itu ialah persediaan untuk membawa ibunya ke Mekah. Dia tidak punya wang untuk membeli unta sebagai kenderaan untuk ibunya tapi kini dia punya kudrat untuk mendukung ibunya dari Yaman hingga ke Mekah.

(Yes, ladies and gentlemen, Uwais mendukung ibunya dari Yaman ke Mekah. Atas padang pasir tu Doooool!)

Uwais berjaya membawa ibunya ke Mekah dan sepanjang masa dia di Mekah doanya hanya satu, “ampunilah segala dosa ibuku, ampunilah segala dosa ibuku, ampunilah segala dosa ibuku” Sehinggalah suatu hari diketahui ibunya bahawa Uwais tidak pernah mendoakan satu apa pun untuk dirinya sendiri, ibunya telah mengarahkan Uwais berdoa untuk dirinya pula. Arahan itu berserta ugutan akan derhakalah Uwais terhadap ibunya jika dia masih tidak mahu mendoakan sesuatu untuk dirinya. 

Maka Uwais pun memohon agar penyakit sopak yg dianggapnya rahmat dari Allah itu sembuh. Pun begitu, Uwais memohon ditinggalkan sedikit kesan sopak itu pada dirinya sebagai peringataan dan kenang-kenangan atas rahmat yg telah dikurniakan. Allah memenuhi permintaan Uwais serta merta dan meninggalkan setompok putih dileher Uwais sepertimana yg diingininya. 

Tompok itulah yg telah digunakan sebagai tanda oleh Umar dan Ali semasa mengesah dan mengenal-pasti Uwais al Qarni dalam pertemuan mereka. Seperti mana yg dipesan oleh nabi, Umar dan Ali meminta Uwais al Qarni memohon kehadrat Allah keampunan atas segala dosa-dosa mereka. 

Moral kisah ini? 

1) Umar dan Ali yg dah kompom masuk syurga pun masih lagi memohon keampunan dari Allah. 
2) Buat baik la dengan mak. Ambik ati mak. Gembirakan mak. Bukan susah pun. Terutamanya orang lelaki, haruslah diingat syurga lelaki bukan terletak dicelah kangkang bininya tapi dibawah telapak kaki ibunya.

liq