Tuesday, August 7, 2012

Oit Melayu, Cepatlah Berbuka!!


Berbuka dan raikanlah!

Segeralah berbuka. Jangan melambat-lambatkan berbuka.
Jangan poyo-poyo nak berbuka selepas solat tarawikh.
Itu bangang namanya, tak dapat pahala pun.

Segera berbuka itu sunah.
Cepat berbuka, cepat selesai, cepat pakai kopiah untuk solat Maghrib.
Solat Maghrib waktunya pendek.
Jangan tersadai kenyang terbalik pusat mengadap Astro.

Begitu juga sunah melambat-lambatkan sahur.
Lambat bersahur, dekatlah dengan waktu Subuh.
Kalau lambat bersahur tapi kantoi juga Subuh, 
itu org pompuan datang bulan temankan laki bersahur. Kah kah kah!


Berbukalah bila tiba waktunya.

Raikanlah!
Ringkaskanlah seadanya.
Lagi cun kalau hasil tangan bini sendiri.
Walau tak sedap mana, raikanlah!
Kerana itu  berpuluh-puluh kali ganda lebih baik dari mencekik kuih dari bazar Ramadhan.
Bukan semua sedap. Harga mahal melantun-lantun.

Ingatlah! Boikot peniaga tayang lurah tetek, tayang lengan, tayang bulu ketiak, bersubang, bertatoo.
Kuih-muih puak-puak ini boleh mengeras hati nurani dan menjadikan kita manusia degil.

Tak perlu raikan bazar Ramadhan.
Bazar Ramadhan dah jadi catwalk.
Terbelah. Terkoyak. Terkangkang. Ramainya tak cukup kain.
Yang blonde, blondenya lebih blonde dari orang putih.

Apalah guna puasa, kalau sebelum Ramadhan berat 60kg.
Selepas puasa berat 62 kg.

Raikanlah!
Berbukalah!
Ramadhan 1434 belum tentu hadir.

liq