Tuesday, February 7, 2012

MADEY Pun Tidak Terima Saman Dalam BAHASA TAMIL


Sikit-sikit saman. Sikit punya hal saman.

Queen Elizabeth pun dah kena saman dengan Hindraf! Jangan buat main. Kah kah kah!!!

Tapi pelik, puak Hindraf ini tak pulak nak menyaman tauke samsu haram. Sedangkan satu Malaya sudah tau, geng-geng Hindraf inilah pemacu samsu negara.

Nak tanah 10 ekar, nak maktab sendiri, nak ganti rugi RM55 bilion. Lancaw! (sini)

Mungkin puak Hindraf ini tak tau bahawa PM berbangsa Bugis manakala TPM berbangsa Jawa. Nak buat kepala bana hapa kasi saman dalam Bahasa Tamil?

Kalau nak menyaman guna Bahasa Tamil, pegi saman Madey. Poooorah!!!


"Saya dah jadi Melayu. Tak nampak songkok ka?"


~Libang Libu~

liq

YB Ameno Dulu Tak Se-LAHANAT YB Ameno Sekarang.


Masa aku kecik² dulu, YB jajahan aku orang Ameno. Ameno pekat likat, toreh kulit keluar darah biru. Semua orang kenal. Namanya YB Aris bin Akupuntaktau.

YB Aris disegani semua puak, walaupun puak berketayap. Sebab orangnya serba sederhana. Ada kereta Citroen kerajaan punya, drebar digajikan kerajaan. Duduk dalam rumah batu, pun kerajaan punya. Tak ada kolam renang nak mandi telanjang pun. Ada orang gaji yang aku rasa kaum kerabat dia juga.

Rumah batu kerajaan memang selesa. Ada jamban duduk bersila dalam rumah, jamban aku jamban cangkung kat luar rumah. Nak berak kena bawak ubat nyamuk.

Rumah YB berlampu kalimantang terang benderang, rumah aku pelita minyak tanah. Ditiup angin gelap sekejap satu rumah sementara nak meraba-raba cari mancis.

Rumah YB ada byk paip air, sampaikan satu paip khas utk pancut kereta. Rumah aku ada satu sahaja kepala paip dalam bilik mandi, pun kat luar rumah.

Walau pun aku tak tau apa yang YB cekik siang malam, tapi aku dapat agak mesti yg sedap² yg aku tak pernah rasa. Aku pun mencekik yg sedap², ayam kampung, ikan sungai dan segala bagai ulam ada keliling rumah.

Anak-beranak dia aku tak pernah tau, semua low-profile.

Kehulu-kehilirlah YB Aris dgn bush-jacket warna kelabu taik anjing. Semua puak senang dan tidak beriri-hati dgn cara hidup YB Aris, termasuklah puak berketayap.

Sekarang tinggal 4,5 ketul sahaja YB dari puak Ameno macam YB Aris.

YB Ameno sekarang kalau tak berkereta 7, 8 bijik tak sah. Kalau duduk rumah batu kerajaan punya, berdosa besar. Contoh rumah² YB Ameno skrg macam yg dalam gambar. Mesti 2, 3 tingkat. Nak cantik lagi taruk menara. Kalau tak berskandal, masuk tahap pelik. Kalau tak mengapor, dah tak join klik pulak. Kolam mandi wajib, takde kolam tak boleh buat babi-que tepi kolam. Nak jumpa? Kena lepas 2, 3 lapis Pak Guard dulu. Anak² tak kira ada lesen atau belum, kereta sorang satu. Mengangkang pun dapat duit.

Mewah. Membazir. Boros. Menunjuk-nunjuk. Bongkak. Bodoh. Tongong.

Dari langit mana lahanat-lahanat ni dapat duit? Rumah satu hal, kereta² mewah satu hal, bini 3 satu hal, anak-pinak perangai macam sial satu hal, berjoli-sakan satu hal.

Kalau hidup bergantung gaji sebagai YB, cara hidupnya tak akan berbeza dgn YB Aris. Tak kaya raya, cuma selesa.

Dari mana YB² Ameno lahanat ni dapat duit? Duit turun dari langit mana, kalau tak korup?

~Libang Libu~

liq

Misery for the people, luxury for BN leaders


by Joseph Tawie | February 7, 2012

Sarawak's wealthy BN leaders from Taib Mahmud's Pesaka Bumiputera Bersatu and its coalition partners, have done nothing to improve the lives of the poor Dayaks.

KUCHING: Self-indulgent Barisan Nasional leaders in Sarawak have no business warning the Dayaks to steer away from DAP simply because it is a Peninsula-based party.

Mordi Bimol, a special assistant to DAP’s Kota Sentosa assemblyman Chong Chieng Jen, said although Chief Minister Taib Mahmud’s Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) party had ruled Sarawak, in collaboration with its other BN partners, for more than 40 years, “nothing has changed”.
“Although Sarawak has voted PBB and its partners for the past 40 years, nothing has changed. Why are so many people still poor? What have the BN done?

“Look at some of the outskirts of Kuching where you can find people still living in misery and poverty, while BN leaders not only live in luxury, but keep on enriching themselves.

Read more at freemalaysiatoday.com
liq

Kuasa di tangan Melayu, mengapa kita kata orang Melayu dalam bahaya?

7 February 2012
Wawancara Roketkini bersama A. Samad Said


Seniman muda dilihat lebih terjurus kepada menerbitkan karya mereka sendiri. Bagaimana Pak Samad melihat fenomena ini?

Kelompok muda ini saya fikir, memang ramai berusaha menerbitkan bukunya sendiri, dan kadang-kadang menerbitkan secara agak terdesak oleh kerana tuntutan masa. Ambil misalan antologi Puisi Jadi Senjata (kumpulan puisi dedikasi kepada Bersih 2.0), itu boleh dikatakan secara mendadak tumbuh daripada (Editor Suara Keadilan) Fazallah Pit.

Dia yang mengumpulkan anak-anak menulis puisi dan dia datang kepada saya, dia kata, “Pak, ini sesuai dengan iklim sekarang ini yang sedang berlaku.” Makanya, dia hendak saya tulis prakata, dan saya tulis itu jam juga. Antologi puisi itu memang laku bila ada acara-acara kecil-kecilan di sana sini. Tetapi secara menyeluruh, ia belum lagi diterima. Tetapi permulaan itu sesuatu yang amat bagus.

Baca lagi di roketkini.com
liq